Babak 34

2.3K 85 21
                                    

Papa aku tak ada di rumah sejak 2-3 hari ni. Mak aku cakap papa aku dapat tender baru lagi. Haih untung lah adik aku Si Double A a.k.a Akid Aryan bin ShamShahrol tu sebab dapat warisi harta papa. Oleh sebab papa aku tak ada di rumah, aku berjaya pujuk Kaem untuk menemani aku di rumah.

---------- ---------- ----------

2.00 pm..
Pulang sahaja daripada Office... Aku menuju ke dapur dek kerana tergoda dengan bau ikan masak tiga rasa yang menusuk hidung aku. Wah mak aku ni tahu-2 je aku mengidam ikan masak tiga rasa . Ikut hati nak makan luar je dengan Kaem. Aku membesarkan langkah kaki aku ke dapur dek kerana penangan Ikan masak tiga rasa.

'Kaem?' hati aku terdetik nama Kaem apabila melihatnya berdiri berhadapan dapur gas.

Aku menjengket-jengket perlahan menuju ke arah Kaem untuk memeluknya secara senyap.

"Sayang dah balik??" tanya Kaem kepada aku yang belum sempat mahu mengejutkannya.

"Hm.. Baru nak kejutkan kau. Kau sedar pulak aku dah balik" ujar aku lalu memeluknya.
"Kau masak apa tu? Macam sedap jee"

"Ikan masak tiga rasalah"

"Tahu."
"Saja je buat tak tahu" jawab aku lalu memeluknya bertambah erat.

"Pergilah naik mandi. Aku nak masak lah"

"Taknak mandi. Nak peluk kau" ujar aku lalu mencium lehernya. Kaem mengeliat geli.

"Janganlah. Aku nak masak lahhh." rungut Kaem sambil menerbalikkan ikan di dalam kuali.

"Okay. Kiss me before......"

-MUAH- Pipi aku dikucup dengan bibir seksinya. Nafasnya yang berdesir membuatkan syahwat aku naik mendadak.
"Dahlah pergi naik mandi.Busuk tahu" tempik nya lalu menyiku aku perlahan.

"Nanti kalau kau dah kawin, susah tau nak macam ni"
"Lagi-2 kau. Yelah kau kan dah ada Tara nanti"

"I have say before, Tara is my fav woman. And you is...."

"I'm your fav man right?. I know it, Kaem"

"Hm... Boleh tak kau letakkan aku sorang dalam hati kau?" Kaem bersuara perlahan lalu menutup api dapur gas.

"Hm.. Kau nak aku lupakan Hazirah?" tanya aku lalu melabuhkan diri di atas kerusi.

"Hm.. Yes."
"Aku nak, Aku sorang ja yang ada dalam hati kau" ujarnya lalu duduk berhadapan aku.
"Aku taknak berkongsi"

"Hm.. Kalau aku rela berkongsikan kau dengan Tara, kenapa kau tak boleh berkongsikan aku dengan Hazirah?"
"Kaem, dont take serious in our relationship. Kau pun dah nak kahwinkan?"

"But I have loved you more."

"Hm. Aku pun sama. Tapi macam mana pun kita kena kawin kan?"

Kaem hanya mengeluh dan diam tanpa berkata apa-2 lagi.

Aku mencapai tangannya lalu aku kucup lembut. 'Bau bawang' tempik hati aku.
"I promise.. I will not leave you."

"Hmm.. Please Fiqry. Tinggalkan Hazirah."

"Senang je kan suruh aku lepaskan Hazirah? Cuba kalau aku suruh kau lepaskan Tara. Kau nak? Tak nak kan?"

Kaem diam tanpa menjawab apa-2. Hanya keluhan demi keluhan terluah daripada mulutnya.

"Aku naik dulu ah. Nak mandi." ujar aku lalu meleraikan tangannya.
Sebelum aku meninggalkannya, aku sempat mencium pipinya lalu berbisik "Hidangkan makanan untuk aku erk. Lapar ni."

"Okay sayang" jawab Kaem tersengih sambil memainkan jarinya pada dagu aku.

"Haa lain kali senyum macam ni . Barulah ada selera aku tengok muka kau."

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now