Babak 5

3.3K 83 0
                                    

Hari ni aku pergi ke kolej dan pulang dari kolej tak berseorangan lagi. Start hari ni aku pergi kolej bersama Kaem. Tapi hubungan aku dengan dia terbatas sebab bilik asing-2 atas arahan papa. Takut sangatlah hal lama tu terjadi balik. So aku memang tak ada masa nak kenal Kaem lebih dekat. Mengharapkan Talking while driving jelahkan. Sedikit sebanyak aku tahu hal dia.

1) Kaem kenal Naufal sejak kes peristiwa malam pertelingkahan kami bertiga.

2) Kaem Single.

3) Kaem dapat tawaran dari Negara dia sambung belajar di sini sebab dia Fasih berbahasa Melayu.. Alang-2 tu datang Malaysia dengan Naufal.

4) Kaem ada 8 adik beradik. Dia anak ke 4. That's why aku fikir masa kecik2 mesti hidup dia susah. Lagi susah daripada aku kot! Apatah lagi duduk Siam kan?

5) Kaem pandai Menyanyi dan Main alat musik. Aku rasa dia ni tandingan Ameer kot. Aku boleh agak hubungan Naufal dengan Ameer akan jarak sebab "Kecemburuan" Ameer bila Naufal puji lebih-2.

6) Kaem orangnya agak lembut. Tak. Bukan lembut macam pondan patah or bapok gedik. Tapi nampak sopan je dalam semua perkara. Okay. Sopanlah senang cerita.

"Kaem. Kau boleh tolong aku tak?" ujar aku selepas menghidupkan enjin kereta.

"Boleh."

"Kau tumpang Naufal boleh? But sebelum balik rumah kau ajak Naufal lunch dekat Tasik."

"Boleh. Tapi kenapa?"

"Buat ajelah." ujar aku lalu membuka lock pintu.

Tangan aku digenggam. "Cakap lah kenapa saya perlu buat macam ni?"

Aku terdiam kerana genggaman tangannya. Terasa kehangatan semakin membara! Eceh.

Setelah tangan aku digerakkan, aku tersedar daripada sentuhannya.

"Macam ni. Naufal gaduh dengan Boyfriend dia. So aku nak temukan mereka kat Tasik tu." jelas aku.

"Boyfriend??? So Naufal is gay??"

"I mean his Best Friend is boy."

"Oh. Ameer Khan ke? Dia still tak baik lagi ke dengan Best Friend dia sebab peristiwa di Hatyai haritu?"

Aku mengangguk. Nampaknya Naufal dah cerita semuanya.

"Kenapa mereka bergaduh? Ada lagi ya lelaki yang bergaduh lebih dari tiga hari? Ini mesti kes besar" jelasnya tergelak kecil. Tanpa sedar tangannya masih mmemegang tangan aku.

"Yes. Agak besar pergaduhan mereka. So boleh tolong tak?"

Kaem mengangguk sambil mengelap mukanya dengan Tisu.
. Aku tatap matanya. Ikut nafsu nak aku kiss bibir merah jambunya.

"Kenapa suka pandang saya? Mengancam tahu tak!" ujarnya lalu keluar daripada kereta.

Kelibat Ameer yang sedang menghampiri kereta aku. Dari dalam kereta aku nampak mata Ameer memandang tajam ke arah Kaem.

"Fiqry! Mamat tu sapa? Macam Fahmi doh?! Adik kandung Arwah ke?!?" ujar Ameer lalu menutup pintu kereta aku dengan kuat. Fikir kereta kancil ke kena hempuk pintu kuat2.

"Dia kawan Naufal. Masa kat Hatyai haritu, Naufal tumpang rumah dialah, "
"nama dia Kaem. Sekarang dia tumpang rumah aku. Itu pun Naufal suruh " terang aku

"Boleh pulak macam tu? Menyesal aku ajak korang pergi Hatyai."

Aku mula menghidupkan enjin kereta.

"Kau risau ke kalau Naufal tinggalkan kau?"

"Mestilah risau. Aku memang sayangkan dia kot!."

"Sekarang ni aku akan bawa kau jumpa Naufal kat tasik. Aku yakin dia akan terima kau. Sebab dia sayang kau Meer"

"Aku tak rasa macamm tu pun. Dia dah ada Kaem."

"Kaem aku punyalah"

Ameer memandang aku yang sedang memandu.

"Serious?"

"Taklah. Tapi aku cuba dapatkan dia even dia straight"

"Baik kau pilih aku. Lama aku tunggu kau"

"Taste aku dengan Siam je sekarang ni. Hahaah!"

"Badan aku lagi sedap kot!!"

"Tak hadap pun dengan badan kau tu. Er.. iNgat sikit.. Kau tu Naufal punya!"

Pipi aku dikucup tiba-2.
Ah. Pipi dikucup aku tak hairan lagi.

"Sorry terkiss"

"Kalau sengaja pun tak apa. Jangn lebih-2 pulak"

Lebih kurang 10 minit lagi sampailah ke destinasi. Harap rancangan aku untuk rapatkan mereka berhasil

From Siam with LoveWhere stories live. Discover now