Hari ini malam ke-5 aku bawa Hazirah keluar. Haa nak sangat kan keluar? -..- Tapi aku keluar bukan dengan Hazirah sorang. Kena juga bawa Faiz atau Kaem. So aku bawak gilir-2 ikut hari.
Lets Throwback 1st night
"Mak.. Nak keluar dengan Hazirah kejap."
"Ooo.. Patutlah hensem semacam je malam ni... Pergilah. Tapi tak boleh berdua. Kena bawak Kaem atau Faiz."
"Mak!! Mana bo......"
"Bila berdua, maka ada yang ketiga."
Huh. Siapa kata kalau dah habis sekolah menengah tak kena kongkong! Dulu masa sekolah menengah.. "Dah habis sekolah nanti kau nak buat apa pergi mana pergilah"
Aku mengeluh beberapa kali.
"Yelah maaaak" jawab aku dengan 10 harkat."Kaem jom temankan aku????" ajak aku kepada Kaem.
"Faiz nak ikut jugak!!" sampuk Si Faiz pulak dengan muka tebalnya.
Aku pandang Kaem. Rasa serba salah. Takkan aku nak angkut dua-2 !
"Dua-dualah ikut" ujar aku.
"Okay lah. Bawalah Faiz sorang. Bukan dating namanya kalau sampai 4 orang" ujar Kaem terus menuju ke bilik.
"Kaem!!"
k. Tak dilayan.
Dia sentap ke? Aku pulak yang rasa serba salah."Duit belanja ada tak Fiqry?" Tegur papa yang baru sahaja masuk ke ruang tamu.
"Adalah sikit Pa. Okaylah.. Fiqry keluar nak start enjin dulu" jawab aku sambil menjeling papa yang tengah keluarkan dompetnya.
"Nah" Papa hulurkan duit pada aku.
"Tak payahlah pa.. Fiqry ada duit sendiri" Konon-2 tak perlukan duit XD.
"Ambiklah buat tambah-2. Bukan selalu pun kamu bawak Hazirah keluar. Bukan tak selalu, tapi tak pernah pun"
"Thanks Paaa"
____________________________________________Hari ini hari ke-5. So giliran aku bawa Faiz lagi. Semalam bawa Kaem. Nasiblah jenis Hazirah ni tak kisah. Tak tahulah kalau dalam hati dia kan??
Tapi harini aku ada akal kotor sikit. Aku hantar Si Faiz ni ke rumah Ameer.
"Hai? Boleh pulak keluar sorang-2???"
"Saya letak Faiz kat rumah Ameer. Hehe. Bijakkan saya??"
"Bijak!? Bawa jelah diorang lain kali. Saya tak kisah puuun.. Eh? kejap!!!! Apa kaitan pulak Faiz dengan Ameer tu??"
"Adik angkat dia."
"Err.. Adiklah sangat. Jangan-2 anak ikan. Eeee! Yerk!!!"
"Diorang dah kenal sejak Faiz darjah 4 kot. Cuma agak lama lost contact"
"Oh ok. Ingat anak ikan Ameer. Ameer tu bukan betul sangat otak dia. Ops! Terkutuk BFF you merangkap cousin I"
"Kita nak ke mana malam ni??" tanya aku menutup perbualan tadi. .
"Entahlah. Bawaklah ke mana-2 pun.."
"Tengok tu. Dulu nak keluar sangat. Bila dah bawak keluar.. Tak tahu pulak nak ke mana" rungut aku . Haih.
"Up to you lah... Saya ikut je."
"Ha. You pernah cakap kan.. Kawan you selalu keluar malam dengan BF diorang. So BF diorang ke mana? Biar saya bawa awak ke tempat tu"

ANDA SEDANG MEMBACA
From Siam with Love
Teen Fiction#Sambungan cerita My Bromance I Atas dasar kesetiaan Fiqry terhadap Bromance-nya (Si Fahmi) dalam dunia songsang.... Dia mengambil keputusan menjadikan Hazirah sebagai kekasihnya supaya dia tidak mencurangi Bromance-nya dengan lelaki yang lain sebab...