Kisah Benar
Minzy mendengus. Mahu tidur tetapi terasa hendak buang air. Momo di sebelah yang masih lena dibuai mimpi digoyang perlahan " Momo temankan aku pergi tandas boleh? "
" Em ". Momo menyembamkan mukanya di bantal peluknya kerana malas mahu melayan Minzy membuatkan Minzy menghentak kaki diatas katil.
" Teman lah aku Momo teman lah! "
Minzy menjerit kuat di telinga Momo. Momo menggaru rambutnya kasar dan menjeling Minzy geram. " Jangan lah jerit sakit lah telinga aku! Ye lah jom ish "
Minzy terus menarik tangan Momo pergi ke tandas.
" Cepat sikit! Ganggu je aku nak tidur! ". Momo memeluk tubuh dan bersandar di hadapan pintu tandas dimana Minzy melepaskan hajat.
Momo menilik jam tangannya apabila 2 minit sudah berlalu. " Woi dah ke belum! Cepat lah! "
" Kau ni sabarlah aku baru masuk! ". Kedengaran suara Minzy di dalam tandas bersama bunyian dijirus. Momo memejamkan mata sebentar cuba menahan barannya.
8 minit sudah berlalu tetapi batang hidung Minzy masih belum dilihat. " Kau tidur ke kat dalam tu?! ".
Tiada sahutan. Momo mengeluh memandangkan Minzy sempat lagi mahu bergurau dalam waktu begini. " Aku masuk dorm dulu "
" Sabar lah! "
Minzy yg berada di dalam mula bersuara dan memarahi Momo. " Kau tu yang lambat sangat! Sampai 8 minit masih tak keluar kau buat apa kat dalam hah?!
Momo meraup mukanya kasar. Kesabaran di dalam diri juga sudah hilang.
" Aku kata sabar! Sabarlah! "
Momo terkedu mendengar jeritan Minzy. Jeritannya kali ini sudah bertukar menjadi garau. " Mi—Minzy kenapa suara ka— "
" AKU CAKAP SABAR LAH!! "
Kalini suaranya bertukar menjadi lebih garau. Momo mengundurkan diri perlahan dan berlari keluar kembali semula masuk ke dalam dorm dengan badan yang terketar-ketar.
Pintu bilik dorm dikunci dan dadanya diurut. " Takguna punya Minzy kau sengaja nak takut kan aku huh! "
Momo mengeluh kasar. Pandanganya beralih ke arah katil Minzy. Kelihatan Minzy sedang duduk sambil menggosok mata lalu lampu tidur di sebelahnya di buka. " Momo baru balik dari tandas ke? Bagus lah, aku risau dari tadi. Dah lah, aku nak sambung tidur balik ". Tegur Minzy dan menyambung lenanya.
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...