Sejeong menyikat rambut panjangnya dihadapan meja solek sambil tersenyum sendirian. Fikirannya mengatakan hendak mewarnakan rambut bulan ini kepada blonde.
Melirik senyuman Sejeong melihat kakaknya yang bersandar di pintu bilik melihat dirinya menyikat rambut sambil tersenyum.
Ya satu-satunya kakak yang dia sayang. Kwon Yuri.
Selesai menyikat, terus dia mengorak langkah pergi ke ruang tamu. " Sejeong, melawa ni nak pergi mana? ". Soal ibunya mengejut sambil melihat dari atas ke bawah.
" Sejeong rasa nak tukar warna rambut jadi blonde. Tadi Yuri unnie dah tunggu dekat pintu nak temankan Sejeong agaknya ". Sejeong tersengih dan mengelus rambut panjangnya. Jarang dia meluangkan masa bersama kakaknya.
" Yuri unnie? " Soal ibunya terkejut.
" Nae unnie, waeyo omma? "
" Kamu dah lupa unnie kamu dah meninggal? "
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...