Salah Nampak

2.9K 255 17
                                    

" Suho hyung, ada nampak Kai tak? ". Soal Sehun mengejut lalu menepuk kuat bahu Suho sehingga terjerit lelaki itu dibuatnya.

" Takde. Ish lain kali jangan sergah hyung! ". Suho menonjol kepala Sehun menggunakan jari telunjuk dan membuat muka muram. Sehun menghentak kaki dan berlari ke arah Kyungsoo sambil mendepakan tangan.

" Ommaaaa "

Kyungsoo menggeleng dan menapak 2 langkah ke belakang " SIAPA MAK KAU "

Suho menggeleng, tidak habis-habis maknae ni. Ada sahaja perangai dia. Kelibat Chanyeol lalu dihadapan Suho. Suho sekadar tersenyum tetapi Chanyeol menjelingnya dan masuk ke dalam tandas.

Senyuman Suho mati.

" Bro washinshin hakiu nanamata ya lapiu na kao to ni waha pun ja bi ". Sergah Lay pula dalam bahasa Cina membuatkan ini kali kedua Suho mengurut dada terkejut. Mahu tidak sakit jantung jika disergah berterusan.

Weh Cina atas tu aku hentam je jangan serius sangat.

" Lay, kenapa dengan Chanyeol tu? Takde mood ke? "

" Chanyeol? Eh dia elok je kat sana call member dia dengan muka beria dia tu ". Lay menunjuk susuk tubuh Chanyeol bersandar pada keretanya sambil bergayut dengan gajetnya.

Mata Suho kembali beralih ke tandas. K.

creepypastaWhere stories live. Discover now