" Sini semua singgah-singgah! Banyak gelang yang cantik-cantik dan murah harganya! ". Gerakan Juniel terhenti setelah mendengar jeritan dari kedai di sebelahnya. Sebuah kedai kecil yang dipenuhi dengan pelbagai bentuk gelang diletakkan di atas meja.
Juniel mula berminat memandangkan ramai berhenti di kedai tersebut. Perlahan kakinya melangkah dan melihat gelang-gelang yang dijual.
Disebabkan harganya yang murah, ramai pelancong tertarik minat untuk membeli sehingga 2-3 plastik tetapi Juniel masih terdiam kerana tiada satu pun mampu menarik minatnya.
Mata Juniel tertatap ke arah gelang yang dipakai oleh penjual. Cantik. " Boleh saya beli gelang yang awak pakai tu? "
" T-tak boleh sebab gelang n— "
" Macam mana kalau saya bayar lebih sikit? "
Penjual itu mengetap bibir dan melihat jam di tangannya lama " Ini bukan gelang biasa tapi— "
" Jangan risau, saya boleh bayar 2 kali ganda dari harga asal ". Juniel tersenyum. Sungguh dia terpegun melihat gelang di tangan penjual itu.
Penjual itu membuka lalu menyerahkan gelang kepada Juniel. " Gelang ini mudah terputus, tetapi harga asalnya memang mahal. Awak jaga baik-baik sebab dia bukan sembarang gelang "
Juniel mengangguk walaupun dia masih tertanya-tanya kenapa penjual ini seperti susah mahu melepaskan gelang tersebut.
~~~
Sementara menunggu air mendidih, tangannya terpaksa dipanjangkan untuk menarik bungkusan makanan ringan di atas kabinet dapur malangnya mata Juniel membulat kerana gelang ditangannya terputus dan berderai jatuh merata di atas lantai." Takguna! ". Beberapa minit kemudian, lampu mula terpadam membuatkan Juniel meraba dinding di sebelah untuk berjalan.
Zup!
Akibat kecuaian, air yang didih jatuh membasahi pergelangan tangan Juniel yang baru dipakai gelangnya sebentar tadi membuatkan dia meraung kuat. Tangannya mula mengelupas dan berdarah.
Sakit. Sungguh sakit.
Lampu kembali terbuka. Juniel bersandar di kaki meja makan dan terasa benda tajam menusuk dari belakang sehingga tembus ke bahagian depan. Darah memancut di sini sana. Dia tersenyum dan makhluk bewarna hitam mengutip semula gelang tadi.
" Kau pandang remeh dengan gelang ni. Balasan kau sebab ingkar arahan! Mangsa lepas ni siapa eik? Yang tengah baca ni suka pakai gelang tak? "
YOU ARE READING
creepypasta
HororSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...