Video Game (1)

2.8K 277 41
                                    

START

" Kyungsoo, yah "

Panggilan Jimin masih tidak mendapat sambutan. Difikirkan Kyungsoo mungkin masih terlena, tetapi jarang dia bangun lambat.

Terbeliak mata Jimin melihat kawasan dapur yang sudah dibanjiri cecair merah pekat.

" Kyungsoo pandai buat air sirap ke tak ni? "

Kelibat Kyungsoo masih belum kelihatan. Diendahkan kawasan sekelilingnya. Perutnya sudah berkeroncang minta diisi.

Pinggan di rak tingkat diambil bersama sudu dan garfu. Jimin menghampiri periuk nasi. Kepulan asap yang keluar ditiup. Berkerut mukanya, bukan nasi yang muncul tetapi kuah?

Kuah bewarna merah pekat itu dihirup Jimin laju. Sedap!

Daging kambing di cari di dalam kuah tersebut malangnya tiada. Tetapi muncul bebola ikan.

Pecah berderai pinggan kaca yang dipegangnya terlepas jatuh ke lantai. Bukan bebola ikan, tetapi mata.

" ARGHHHHH "

" Waeyo ChimChim? ". Soal Jungkook menggosok matanya bersama rakannya yang lain yang baru sahaja terjaga dari tidur.

Jimin mula membuka cerita dari A sampai Z. Rakannya yang lain sudah tergelak mendengar kisah dongeng bagi mereka yang disampaikan oleh Jimin.

Tawa mereka mati. " JIMIN HATI-HATI!! "

" Urgh! " Leher Jimin dicengkam kuat dengan satu benda tajam membuatkan dia sudah kesesakan nafas. Sebelum matanya terpejam, sempat dia melihat rakannya yang lain sudah cabut menghilangkan diri.

" Welcome to the hell "

[ Rakaman Ulang Tayang Tamat ❗ ]

" Maksudnya Jimin lah yang dimaksudkan perempuan tadi. Fokus, cari namchin dia "

Langkah dijejak masuk ke dalam sebuah bilik. Terdapat seorang lelaki duduk di atas katil sedang menunduk tanpa berbaju.

Untuk memastikan lelaki itu ialah Jimin, bahunya cuba disentuh tetapi dia segera menepis kasar.

" DON'T TOUCH ME! HOW DARE YOU?! "

Bomi menggulingkan mata ke atas.

QUIZ TIME..

Park Jimin's Girlfriend?

A. Key (Lovelyz) ✔
B. Momo (Twice)
C. SinB (Gfriend)
D. Army

Are you sure?

A. Yes ✔
B. No

Jimin tersenyum.

" Tahniah kerana sanggup mencabar diri untuk menyelesaikan kes ini tetapi harap maaf, perempuan di tadi hanya lah ex saya. Jawapan anda salah. Jawapan yang sebenar ada lah D. Memandangkan anda budak bawah umur yang melanggar peraturan, anda terpaksa dikenakan tindakan! Welcome to the hell "

Mengejut kelibat Jimin keluar dari kaca televisyen dan menarik Bomi masuk mengantikan tempatnya.

Smirk.

" Andwaee!! "

YOU LOST ❗

THE END

creepypastaWhere stories live. Discover now