2 Kali Ketukan

2.9K 297 45
                                    

━━━━━━━━
ATTENTION!
━━━━━━━━

❝  Mana Carat? Untuk part ni Iman terpaksa pinjam habang-habang Seventeen awok semua jadi watak ya ❞

" Nasib baik dorm kita kalini bersih kan? ". Kata-kata Mingyu telah disetujui dari kesemua rakan sebiliknya. Terus mereka mengambil tempat masing-masing.

Memandangkan katil di sini 2 tingkat, Mingyu cepat-cepat menarik pergelangan tangan Wonwoo yang masih bingung mahu mencari teman sekatil dengannya.

" Hyung, tidur ngan Gyu lah "

Wonwoo mengangguk perlahan. " Arraso "

S. Coups tidak sebagai leader tidak lupa mengerah kesemua ahlinya supaya menyusun atur semua barang yang mereka bawa dengan kemas.

Jun dan The8 lantas pergi ke bilik stor di sebelah dorm mereka mahu mengambil kain buruk kerana bilik mereka agak berhabuk seperti sudah lama tidak digunakan.

Manakala Seungkwan dan Jeonghan cuba menyapu sampah. Ahli lain turut membantu setelah mendapat tugas-tugas yang diarahkan.

" Dino! Hoshi! Korang berdua— aaa kamcagiyaa ahjushi annyeonghaseyo "

S. Coups menunduk hormat segera bersama ahli-ahli yang lain apabila seorang pakcik mula masuk ke dalam bilik mereka dengan wajah bengis.

Pakcik itu sekadar memerhati gerak-geri budak-budak itu dan akhirnya mengukirkan senyuman tawar. " Bagus lah, pandai kamu semua bersihkan sendiri tanpa disuruh. Saya Park Bogum, warden awak semua mulai sekarang "

" Saya cuma nak pesan, lepas pukul 12 malam jangan ada sesiapa yang merayap. Kalau ada yang nak pergi toilet mesti berteman. FAHAM TAK?! "

" FAHAM TUAN! "

Bogum mengangguk. " Bagus, sekarang semua bersurai pergi ke kantin. Sekarang waktu makan tengah hari ". Bogum terus melangkah keluar memandangkan ahli Seventeen patuh kepada arahannya.

" Mingyu-ah, berangan pe woi. Ajumm la makan aku dah kebulur ni ". Vernon memeluk bahu Mingyu lalu menyerabaikan rambut Mingyu sambil tertawa.

" Aish aniyaa "

Mingyu memberhentikan perlakuan Vernon memandangkan rambutnya sudah seperti kena ribut taufan.

" You alls teman lah aku pergi toilet sat. Cepat lah siapa teman aku bagi Rm2. Gapo semuo dok selok-selok buku tak bosan ka ". Joshua tidak lepas berguling-guling di atas katil menahan dari terkucil.

Dokyeom menaikkan bebola matanya keatas dan sambung membaca buku. " Josh, berapa kali aku nak pesan. Kurangkan sikit dialek kau, ingat kitorang ni robot ker nak tafsir semua apa yang kau cakap tu "

" Woi pergi lah teman, dia kan sekatil dengan kau ". Seungkwan menjeling Dokyeom yang berada di sebelahnya manakala Dokyoem hanya menggeleng tidak mahu mendengar sebarang celoteh.

Joshua menghentak kaki geram. " FINE! ni kan member! Takpe la gue ni cowok ganteng malahan berani ah sudah ah lo semua sama ja pengecut! Kalau aku ketuk pintu 2 kali tu aku tau! Jangan tak buka pintu pulak! "

Yang lain tidak lepas memerhati bayangan Joshua yang semakin menghilang dan menghela nafas lega. " Dialek dia kalah nenek gua ". Jeonghan sambung merebahkan diri di atas katilnya.

Tok Tok Tok.

Alhamdullilah yini anak pergi toilet tak sampai 5 minit. Kau buang air masa tengah jalan ke bajoii?

Baru sahaja Hoshi hendak membuka pintu, S. Coups terlebih dahulu menarik tangan Hoshi dan menahan ahli yang lain supaya jangan membuka pintu.

" Jangan buka, dia kata dia cuma ketuk 2 kali "

Masing-masing tertelan liur dan kembali memandang ke arah pintu dengan ketakutan mengusai diri. Baru mereka perasan ketukan tadi berbunyi sebanyak 3 kali.

Tok Tok Tok Tok Tok Tok Tok!

" JEBAL TOLONG ARGHHHHH!!!! "

Semua terkejut mendengar ketukan pintu yang bertalu-talu bersama jeritan ngeri Joshua. Semua mula berkumpul dan mengundur diri ketakutan. " We—Weh Joshua macam mana?! "

S. Coups perlahan-lahan ke arah pintu walaupun masih berada dalam ketakutan kerana ketukan tersebut tidak berhenti dari tadi.

" Chill guys kita ramai "

Menggigil-gigil tangan S. Coups memulas tombol pintu bertemankan peluh-peluh yang mula membanjiri satu badan.

" ANDWAE S. COUPS JANGAN BUKAA!!! "

Damn.

" ARGHHHHHH! "

Joshua.

Dia.

Terbuang air dalam seluar sebab tandas terkunci.

creepypastaWhere stories live. Discover now