Masuk sahaja ke dalam tempat membeli-belah, bersinar mata Ten melihat kedai cermin mata yang dikelilingi ramai orang kerana terdapat papan kayu yang bertuliskan bahawa diberi harga diskaun sempena hari raya akan menjelma tidak lama lagi.
Banyak cermin mata cantik dipamerkan yang diletak di dalam bekas kaca kesemuanya. Ten mengeluh apabila tiada satu pun cermin mata yang mampu menarik minatnya tetapi dia sudah lama ingin membeli yang baharu.
" Boleh saya bantu? ". Soal seorang penjual di kedai itu lalu tersenyum. Muka dia jarang dilihat di sini. Mata Ten terjatuh kepada tanda namanya yang tertulis Zang Yixing.
Sudah dapat menganggak bahawa ini ialah bewarga cina.
" Ada cermin mata selain daripada ini semua? Yang pelik sikit ke? Yang terbaru ke? ". Soal Ten ingin tahu. Penjual itu sekadar mengangguk dan masuk ke dalam sebuah bilik bersebelahan dengan Ten.
Ten bersandar di dinding. Hampir terlentuk kepalanya kerana sudah masuk 5 jam tetapi batang hidung penjual tadi masih belum muncul.
" Ni lain dari yang lain. Pilihlah ". Penjual itu mula mwmbawa dua buah cermin mata yang bewarna merah jambu dan ungu sambil tersenyum sinis.
Er.
Senyuman yang agak susah untuk ditafsir.
Ten menjungkit bahu. Mungkin sahaja benar ini edisi terhad jadi mana mungkin senang untuk dilepaskan. Ten segera merampas salah satu dari cermin mata tersebut. " Merah jambu lah "
Tiba sahaja di rumah, Ten terus masuk ke dalam biliknya dan menghempaskan diri di atas katil. Bekas cermin mata tadi diambil dan terdapat satu noti kecil bersebelahanya.
_________________________________________
✏ JANGAN MENYESAL SELEPAS MEMAKAI KACA MATA INI
_________________________________________Apa maksud tersirat benda alah ni? Adakah ini adalah noti bersahaja yang ditampal sengaja mahu menakutkan para pengguna?
Ten mencuba cermin mata tersebut dan tergelak kerana begitu sesuai dengan cita rasanya yang memang suka akan warna merah jambu.
Tapi tak boleh bukak.
Ketat.
Terlampau ketat yang mampu menarik sekali kulit muka sehingga darah mengalir. Ten menarik kasar cermin mata itu malangnya dia sudah terlekat pada mata.
Ten mencapai barangan tajam yang berada di atas meja. Dia berjaya mencapai pisau pemotong buah-buahan dan cuba mencungkil cermin mata ini.
Akibat tersalah langkah, dia tidak sengaja tercucuk mata sebelahnya. Darah melimpah banyak bersama raungan dan tangisan yang tidak mampu didengari oleh sesiapa.
" Ergh.. ". Sebelum gelap suasana sekeliling, matanya sempat menangkap seorang lelaki menunduk mengambil cermin mata yang dipakainya. Ya itu lah orangnya.
Zang Yixing.
Zang Yixing tersenyum memandang kesemua pembaca cerita ini. " Ni yang tengah baca takde siapa yang pakai cermin mata warna merah jambu ke? Taknak cuba cermin mata ni hahaha "
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...