━━━━━━━━
TAKE A NOTE!
━━━━━━━━
❝ Ni member kena tapi memang kisah benar ❞
—
Ada satu malam tu dia lapar, jadi dia pergi dapur selongkar peti ais. Punah harapan sebab yang tinggal cuma coklat cadbury.
Takpe lah rezeki depan mata.
Sampai dah melantak separuh terasa ada rambut panjang macam melingkar dekat leher.
Dia dah biasa sikit walaupun takut, dia cuba biarkan dulu sebab kalau boleh nak habiskan semua coklat tu.
Rasanya benda tu tak puas hati.
Benda tu cengkam kaki dengan tangan dia yang tajam tu. Kau bayangkan kuku dia ya allah.
Esoknya demam panas. Hampir tiga hari dia tak boleh bangun sebab badan betul-betul sakit. Mak ayah dia hampir nak bawa jumpa ustaz, nasib baik dia okey dah lepastu.
Masa kitorang lepak tu senanya, banyak dia cerita dia kena ganggu. Ha lebih kurang aku lah tapi teruk dia sikit.
Dia ada tanya. " Tah kenapa benda tu tak puas hati kalau aku tak layan "
Yang penting Iman tu kena kuat. Sebolehnya jangan lah cari pasal, kau buat benda berfaedah lagi bagus.
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...