Mimpi (Part 3)

312 34 6
                                    

"Apa yang kau cakap ni?!"

Joongki mula menceritakan apa yang sebenarnya terjadi pada 2 minggu lepas.

Joongki dan Hyekyo bergaduh besar. Joongki memaksa Hyekyo untuk menjual rumah banglo tersebut kerana mempunyai hutang yang banyak.

Rumah banglo itu ialah kepunyaan Hyekyo.

Hyekyo tidak ingin menjualnya membuatkan Joongki hilang sabar. Tambahan pula Joongki ialah seorang yang panas baran. Dia ikat Hyekyo di atas kerusi dan masih mengugut Hyekyo untuk menjual rumah tersebut.

Tapi mulut Hyekyo sangat lantang. Amarahnya terlampau membuak-membuak sehingga kata-kata carutan habis dihembus kepada suaminya.

Joongki jadi semakin marah seakan-akan isterinya sengaja menguji kesabarannya. Joongki mencekik leher Hyekyo dengan sangat kuat.

Orang gaji rumah yang melihat kejadian tersebut mengambil pisau di dapur dan ingin menikam Joongki dari belakang.

Tetapi, Joongki berjaya mengelak semasa orang gajinya ingin menikamnya dan membuatkan orang gajinya tertikam Hyekyo.

Hyekyo mati ditikam di dada oleh orang gajinya. Orang gajinya menangis ketakutan dan cuba melarikan diri dengan terketar-ketar. "P..Puan sa..saya minta maaf... Saya minta maaf saya tak sengaja!"

"Kau... KAU BUNUH ISTERI AKU!" Joongki mengambil pisau yang terlekat di dada Hyekyo lalu menikam orang gajinya bertubi-tubi sehingga mati. "Rasakan! Kau tak berhak nak bunuh isteri aku!"

William datang melihat ke bilik yang berlakunya pembunuhan tersebut dan menangis. "Kenapa ayah bunuh ibu?"

"Baik kau diam sebelum kau pulak yang aku bunuh."

Secara mengejut bunyi orang menekan loceng rumah berkali-kali.

Joongki membersihkan tangannya yang penuh dengan darah lalu menukar bajunya. Joongki membuka pintu rumah dan terkejut.

Muncul seorang perempuan yang wajahnya mirip isterinya.

Joongki bertanya "maaf, kamu ni siapa? cari siapa?"

"Betul ke ini rumah Song Hyekyo?" tanya perempuan itu meminta kepastian.

"Ye ini lah rumahnya. Saya suami Song Hyekyo, Song Joongki."

"Ouh saya Song Hyera, adik kembar Hyekyo". Jawab Hyera mesra.

Joongki terkejut sebab dia tidak pernah tahu pun yang isterinya ada adik kembar?

Tanpa membuang masa, Joongki menjemput Hyera masuk.

"Kenapa saya tidak pernah tahu pun yang Hyera ni adik kembar Hyekyo?"

"Saya rasa Hyekyo pun tak tahu. Dulu masa kami baru lahir, keluarga kami sangat susah. Jadi kami di hantar ke rumah anak yatim. Semasa di rumah anak yatim, kami terpisah lagi kerana diberi pada keluarga angkat." Balas Hyera sambil memandang suasana rumah banglo tersebut.

"Err mana Hyekyo ye? Boleh saya jumpa dia sebentar?"

"Haaa... Hyekyo dia keluar sekejap. Awak duduk la dulu, saya pergi buat air." Kata Joongki lalu bergerak pergi ke dapur.

Hyera pelik melihat William dan memanggilnya untuk bertanya. "Kenapa kamu menangis ni?" Hyera cuba menenangkan William.

"Ibu..." jawab William dengan esakan yang semakin kuat.

"Kenapa dengan ibu?"

"Ayah bunuh ibu." kata William yang membuatkan Hyera terkejut.

Hyera bangun ingin berlari keluar dari rumah dan hendak membuat laporan polis. Dia memeriksa kocek seluarnya mencari sesuatu tapi...

Kunci keretanya tiada? Dalam keadaan gelabah, tanpa fikir panjang Hyera mengambil kunci kereta yang ada di dalam rumah tersebut lalu keluar dari rumah.

Joongki yang sedang membawa segelas air di tangannya terkejut melihat Hyera berlari keluar dari rumah. Dia melihat William ada di tempat Hyera duduk tadi.

Dia dapat menyangka yang William memberitahu sesuatu pada Hyera. "Dasar anak tak guna! Menyusahkan aku betullah!"

Joongki mengambil pisau di dapur ingin menghalang Hyera.

Apabila Joongki keluar sahaja dari rumah, Hyera sudah keluar terlebih dahulu dari kawasan rumahnnya dengan kereta isterinya. "Ambil kereta bini aku tak minta izin. Bacot."

Joongki masuk semula ke rumah lalu menampar William. "Kalau kau buat lagi macam ni, aku tak teragak-agak untuk hantar kau pergi rumah anak yatim. Kau nak ke?"

William mengeleng ketakutan.

"Sekarang kau kena tolong aku tanam 2 mayat tu kat belakang rumah. Now!" ajak Joongki pada anaknya.

Mereka menanam 2 mayat tersebut di belakang rumah.

Setelah selesai, Joongki mendapat satu panggilan.

"Hello Encik Joongki ke ni? Isteri encik terlibat dalam kemalangan."

Di dalam kereta yang dibawa Hyera, ada dompet Hyekyo.

Dari situlah salah faham berlaku. Mereka menyangka bahawa Hyera adalah Hyekyo. Manakala dompet Hyera tertinggal di dalam keretanya.

Joongki mendapat idea untuk menghapuskan kereta Hyera.

Dia berharap sangat yang Hyera mati masa koma then orang akan ingat yang mati itu ialah Hyekyo dan harta Hyekyo akan pergi kepadanya.

Tapi Hyera tersedar dari koma membuatkan Joongki murung dan insaf. Joongki segera ke surau untuk solat tahajjud.

Dah lari dari jalan cerita ni.

Joongki menukar rancangan. Dia akan menjadikan Hyera sebagai Hyekyo.

Tamat cerita dari Song Joongki.

Jadi yang berdiri dihadapan Joongki dan William sekarang ialah Hyera bukan Hyekyo.

"Aku tiada pilihan lain. Aku terpaksa bunuh kau, sebab kau dah tahu kat mana mayat tu." Joongki mengeluarkan pisau hendak membunuh Hyera.

"Lepaskan senjata yang ada di tangan kau!" Terjah seorang perempuan dari arah belakang Joongki.

Joongki memandang ke belakang. Kelihatan seorang perempuan sedang memegang pistol. Pistol tu dihalakan ke arah Joongki.

Yang mengejutkan perempuan itu ialah Sehah.

"Wah Sehah dah epic comeback. Macam mana boleh ade pistol ni?" tanya Joongki.

"Nama aku bukan Sehah, nama aku Inspektor Irene."

Joongki terkejut mendengar kenyataan Sehah. "Eleh tipu, pistol beli kat ninso je."

Inspektor Irene mula bercerita pada Joongki. "Sebenarnya semasa Hyera memandu kereta, Hyera sempat membuat satu panggilan ke balai polis dan mengatakan kakaknya telah dibunuh. Setelah Hyekyo kemalangan, kami dapati dia membawa kereta milik Hyekyo.

Jadi kami merancang supaya Hyera menyamar sebagai Hyekyo supaya kami boleh mendapatkan lebih banyak bukti pembunuhan, lokasi mayat, dan tempat pembunuhan.

Aku telah dihantar untuk menjadi orang gaji dirumah kau. Apabila Hyera sedar, dia hilang ingatan. Tapi kami teruskan sahaja rancangan kami.

Aku memasang kamera kecil dan recorder kecil untuk merakam segala perbualan di dalam rumah ni."

Selepas Inspektor Irene habis bercerita, muncul sekumpulan polis menahan Joongki.

Joongki dibawa ke balai polis dan di masukkan ke dalam penjara.

Manakala William telah dihantar ke rumah anak yatim dan Song Hyera telah menjalani kehidupnya seperti biasa.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Dec 01, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

creepypastaWhere stories live. Discover now