Derapan Kaki

2.4K 229 5
                                    

Kisah Benar

Semua budak hostel sudah terlena manakala Jennie masih bergolek di atas katil cuba melelapkan mata tetapi tidak boleh.

Jennie lantas berselubung di dalam selimut apabila ternampak satu bayangan seseorang berjalan dan berhenti di hadapan tingkapnya.

Logik ke pukul 3 pagi dalam hostel masih ada orang lalu lalang?

Jennie cuba memejamkan mata menenangkan diri, mungkin budak hostel mahu pergi ke tandas.

+++


" Jennie bangun dah pagi ". Kejut Lisa menggoyangkan bahu Jennie lembut membuatkan mata Jennie tercelik sedikit. Badannya disandarkan di kepala katil lalu badannya direngangkan.

Mata aku membulat kerana teringat akan hal semalam. " Lisa biasa pukul 3 memang budak hostel ada yang belum tidur eh? Takdelah semalam aku nampak ada budak lalu sebelah tingkap aku ni ha "

Lisa memandang Jennie serius " Kau dah lupa ke? "

Jennie blank. Apa maksud rakannya itu? Lupa? Apa yang dia lupa?


" Sebelah kau mana ada pejalan kaki. Lagi pun bilik kita ni tingkat 2 "

creepypastaWhere stories live. Discover now