Yein menyanyi dengan riang penuh rasa gembira. Didaratkan punggung di atas bangku kecil di taman permainan tersebut.
" Yein unnie! "
Kedengaran suara seorang budak kecil yang umurnya dalam lingkungan empat tahun berlari ke arah yein lalu dipeluk tubuhnya erat. Ini lah budak yang rajin menegur Yein hampir ke setiap hari. Tambahan lagi, budak ini comel dan jenis peramah. " Mijoo heyy ". Yein mengukirkan senyuman manis dan tubuh kecil Mijoo di letakkan di atas pehanya.
" Mijoo nak main buaian dengan unnie boleh? "
" Boleh sayang ". Balas Yein mencuit pipi tembam Mijoo.
Mata Yein sempat menangkap kelibat ibu Mijoo seperti sedang mencari anaknya. Akhirnya mata mereka bertembung dan ibunya terus menuju ke arah anaknya. " Mijoo balik jom. Dah senja ni "
" Aniyaa, Mijoo nak main dengan Yein unnie ". Budak kecil itu mula merungut lalu bibirnya yang mugil dimuncuncungkan.
" Esok kan boleh. Yein, ahjumma pulang dulu ya? ". Mereka sekadar melambai tangan dan berlalu pergi. Yein juga mula mengorak langkah memandangkan taman ini juga sudah tiada orang kerana semua sudah pulang tetapi langkahnya terhenti apabila ternampak sebuah anak patung kecil di dalam tong sampah di sebelahnya. Mukanya agak hodoh. Yein hanya mengabaikan.
" Yein "
Langkahnya terhenti. Mukanya ditoleh ke belakang. Tiada lagi suara. Mungkin salah dengar. Yein menjongketkan bahu dan sambung berjalan.
" Yein sini lah "
Siapa pemilik suara tersebut? Tidak mungkin Mijoo kerana dia baru sahaja pulang. Badan Yein menggigil ketakutan kerana terbayang itu ada suara penculik tetapi diberanikan juga diri untuk balik ke semula tong sampah tadi. Mungkin ada orang bersembunyi di dalam itu. Tidak boleh juga dinafikan.
" Yah nuguya! "
Muka pertama yang muncul hanyalah muka anak patung berwajah hodoh sedang melihat ke arah Yein. Di belakangnya terlekat satu noti bertuliskan.
✏ Jangan ambil anak patung ini!
Yein mengeluh dan mengambil anak patung tersebut. Tujuannya hendak membersihkan dan menjahitnya agar kelihatan cantik dan bersih seperti sediakala.
Kini menjelang waktu malam.
Yein pergi ke dapur kerana terasa tekaknya sudah mula kering. Satu air susu kotak diambil di dalam peti ais.
" Yein "
Perbuatannya terhenti. Mata Yein meliar mencari dari mana datangnya suara tersebut. Jantungnya turut berdegup kencang memerhati segenap ruang di dapur.
" S—siapa kau?! Keluarlah! "
" Sini lah "
Badan yein terasa diapungkan di awangan lalu dibaling kuat ke arah dinding. " ANDWAE ANDWAEE!! ". Terasa hendak patah tulang belakangnya setelah dibaling berkali-kali. Tersembul keluar darah membuatkan Yein menangis dan meraung kuat mahu melepaskan diri " Jebal lepaskan aku hikk hikk ".
Sayu sahaja tangisan bergema. Badannya serta merta jatuh ke atas lantai bersama limpahan darah.
" Kau curi anak patung aku!! "
Mengilai suara perempuan membuatkan Yein semakin tidak keruan dan menutup telinganya. Kepalanya terasa seperti tidak selesa. Mata Yein membulat kerana terasa ada satu wajah di belakang kepalanya. Satu kepala dua muka?!
Mukanya serupa hodoh seperti anak patung di dalam tong sampah tersebut.
" Kau yang pilih jalan untuk diri kau "
" A—apa maksud kau?! "
Roh jahat mula keluar dari badan Yein dan sebilah kapak ditanganya dihayun ke muka yein.
Crit! Crit! Crit!
Setelah dicincang, laju sahaja kepala Yein bersama badanya ditelan rakus.
Anak patung itu diambil dan dilekatkan semula noti di belakangnya mengikut situasi. Yein dibunuh tepat pada jam 2.30 pagi di dapur.
✏ Jangan lupa jenguk di sebelah peti ais jika terjaga
YOU ARE READING
creepypasta
TerrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...