Nenek Kebayan

1.2K 112 18
                                    

Usai membersihkan diri, Sana termenung duduk di atas katil. Jam dinding dipandang lama.

Krak.

Mata Sana tertumpu ke arah pintu yang baru sahaja dibuka. Yuju nampak letih kerana baru pulang dari kerja. " Sana-shhi.. ". Muka Yuju berubah menjadi pucat.

" Urm? Jom lah berbual. Aku tengah tak ngantuk ni ". Sana memeluk bantal peluknya erat. " Bantal pelukku sungguh empuk oh~ "

Yuju berpaling dan terus cuba melelapkan diri. Ajakan Sana turut diabaikan membuatkan Sana agak terkilan.

Tetapi dia faham, mungkin rakannya letih. " Takpe lah, rest dear "

Keesokannya harinya, Sana kelam kabut pergi ke dapur untuk membuat sarapan. Dia terkaku seketika kerana Yuju sudah pun menyediakan sarapan dan sedang menjamu selera.

" Eh Yuju, awalnya kau bangun "

" Ha alang-alang tak kerja harini. Eh sini lah duduk sekali ". Yuju menyapa mesra. Sana duduk di hadapannya kekok kerana Yuju nampak ceria harini berbanding semalam.

Yuju sibuk mencedok nasi, Sana terus menyoal. " Kau kenapa semalam— "

" Err mian aku tak maksud, sebenarnya semalam aku nampak penat tapi aku pun niat nak berbual ngan kau. Tapi.. "

Berkerut dahi Sana dibuatnya. " Waeyo? "

" Semalam tu, err aku tak tahu nak cakap macam mana. Kenapa err kenapa kau peluk nenek kebayan? Muka dia.. "

" Huh? Nenek kebayan? "

" Bantal peluk kau tu "

Sana menggeleng. Tak. Tak mungkin..

creepypastaWhere stories live. Discover now