" Unnie, dalam gambar ni unnie yang mana? ". Soal Yuqi kepada Soyeon. Soyoen yang tersedar mendengar pertanyaan dari adiknya terus meletakkan gajet di tanganya dan memandang adiknya tidak percaya. " Mwo? Saeng tak kenal ke unnie yang mana? Tak boleh cam muka unnie langsung? "
Yuqi menggaru dan menggeleng kepala tanda benar-benar tidak tahu. Satu persatu wajah rakan Soyeon dilihat malangnya ada seorang lelaki hanya berwajah tegang sedangkan rakannya yang lain sibuk membuat pelbagai posisi.
Lelaki itu berdiri di hujung sekali. Yuqi menutup mulut apabila ternampak wajah kakaknya berada di sebelah lelaki tersebut. " Saeng dah jumpa unnie! ". Yuqi mengecilkan mata melihat wajah lelaki itu lama. " Unnie, namja sebelah unnie ni siapa nama dia? "
" Namja? Sebelah unnie? Unnie kan orang paling hujung. Mana ada lagi orang lain ". Yuqi tersentak dan menatap semula gambar tersebut. Terbeliak matanya melihat lelaki di dalam gambar itu sudah bertukar menjadi senyuman sinis.
Yuqi membaling gambar tersebut dan memeluk lututnya dengan badan yang terketar-ketar. Mana mungkin dia salah nampak. " Saeng waeyo ". Soyoen mengutip semula gambar tersebut dan memandang Yuqi pelik.
" Unnie, jangan tipu saeng. Baik unnie cakap sebelah unnie tu siapa?! ". Balas Yuqi mendesak.
" Unnie dah kata takde sape-sape "
Tingkap di sebelah belakang Soyeon sedikit terselak langsirnya.
Yuqi mengundurkan diri kebelakang.
Seorang lelaki sedang menunjukkan sebilah parang dan. Muka lelaki itu sebiji seperti dalam gambar tadi.
Yuqi menggeleng kepala. " ANDWAEEE!!! "
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...