Kisah Benar
Beberapa minggu lepas, mak Iman ada cerita satu kisah ni kat Iman. Mak Iman cerita apa? Ha ni lah kisah dia.
Ada sorang pakcik ni, kira macam mak Iman sekarang umur 40 dia 58 masih kira pakcik bukan? Tak sedap pula nak gelar atuk.
Pakcik tu termenung kat atas motor. Kebetulan mak Iman pun dah siap beli semua bahan kat pasar tu, dia letak motor sebelah dengan mak Iman. Iman iman iman iman aku je lah heh. Terlebih formal dah ni ha sambung.
Mak aku letak plastik ayam dengan ikan dekat bakul motor lepastu tanya pakcik tu. " Pakcik kenapa termenung? Pakcik okey? ". Pakcik tu hanya senyum dan mengangguk.
" Pakcik okey je, cuma teringat satu kejadian bila nampak orang dekat pasar ni jual ikan "
" Kejadian? Boleh saya tahu kejadian apa? ". Mak aku mula berminat, tidak mahu dan tidak ada niat mahu membawang. Cuma mahu mengambil tahu.
" Macam ni "
Nama adik pakcik ni aku tak ingat. Takpe lah, halalkan lah eh aku guna nama Chanyeol? Siapa minat Chanyeol kat sini? Untung aku petik nama suami kau ok sambung.
Chanyeol ni jenis suka memancing ikan dekat waktu maghrib. Jadi nak dijadikan cerita, lepas puas dia memancing, dia terus balik. Bila naik motor, ternampak ada orang berdiri betul-betul dekat tengah jalan. Memang tak gurau dan rasa orang itu benar-benar mahu bunuh diri.
Bila dah dekat, lain pulak yang muncul. Lembaga berbaju putih berambut panjang betul-betul berdiri tegak dihadapan Chanyeol. Kecut? Siapa tak kecut kalau dah benda tu pandang pastu ngilai.
Tak masalahnya.
Suara sedap macam Siti Nurhaliza tu boleh lah ambil buat perhiasan kat rumah. Mengilai lagu raya.
Sayu~
Hati ini makin sayu~
Rindu~
Mengenangkan kisah Iman dan Taehyung~WOI.
Azan maghrib berkumandang, kelibat benda itu hilang tetapi Chanyeol masih terkaku. Sampai rumah dia terus cerita. Sampai sekarang dia masih demam. Boleh diambil iktibar dari kisah ini supaya tidak pulang lambat ke rumah, bukan apa. Waktu maghrib lah waktu yang paling berbahaya, jadi duduk lah rumah.
Mohon ambil perhatian untuk menjamin keselamatan anda semua ya.
~~~
Iman haritu pernah hampir kena culik dengan lelaki di bawah ini. Hampir. Memang hampir ikut dia masuk van.
Nasib baik Jungkook sempat tarik, ya ayah gigi arnah yang terchenta emuah bye.
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...