Nombor

4K 414 10
                                    

" Bambam, serius aku minta maaf sebab kena balik dulu. Omma aku sakit kat rumah, jeongmal mianhaeyo ".

Jackson tersenyum pahit kerana terasa bersalah tetapi memandangkan kesihatan ibunya yang tidak berapa sihat buat masa sekarang.

Bambam mengangguk lalu mengukirkan sebaris senyuman memahami keadaan rakan karibnya. " Arraseo, takpe aku faham. Pergi lah hantar mak kau cepat pergi hospital "

Pecut sahaja motor milik Jackson meninggalkannya, Bambam segera mengunci pintu kedai 7 Eleven dan pulang ke rumah.

Bambam sempat menyanyi lagu Lion Heart dan membuat gaya harimau comel seperti di dalam video tersebut. Pergerakkannya terhenti apa ternampak seorang budak lelaki sedang duduk di lorong gelap yang menuju ke rumahnya.

" Dik balik dik, dah malam dah ni. Rumah kat mana? "

Senyap.

Soalan Bambam sekadar tergantung.

Berkerut dahi Bambam melihat budak tersebut ligat menulis nombor 2 di atas kertas A4. Malah penuh satu kertas itu ditulis dengan nombor 2.

" Kenapa mesti nombor 2? "

" Sebab kau yang seterusnya ". Terus matanya bertukar warna merah menyala dan mulutnya terkoyak besar membuatkan Bambam menggeleng kepala laju dan mahu melepaskan diri.

Malangnya habis satu badan di telan hidup-hidup. Kertas A4 sebentar tadi turut ditelan dan mengambil kertas A4 baru di sebelahnya.

" Next, 3 3 3 3 3 3 3 3— "

creepypastaWhere stories live. Discover now