" Hayoung tengok ni tengok ni ". Bomi menepuk kuat belakang badan Hayoung membuatkan nasi yang berada di dalam mulut Hayoung tersembul keluar.
" Uhuk uhuk "
Tanganya tergapai-gapai menyuruh Bomi mengambilkan air botolnya yang berisi air merah pekat.
" Kau ni selalu bawak air sirap. Tak jemu ke? ". Tegur Bomi pelik.
Hayoung terus meneguk dengan rakus. Bomi yang melihat hanya mampu menggeleng. Akhbar di tangan segera dihulur kepada Hayoung.
Mayat seorang warga emas telah ditemui mati ditikam di parit berdekatan dengan Yeoja High School.
" Ni bukan nama parit kat belakang sekolah kita ni ke? Kita pergi tengok eh nanti? ". Soal Bomi.
Hayoung terdiam mengenangkan perkara semalam.
" Hayoung! "
Jerit ibu Hayoung sebelum badannya mendarat jatuh masuk ke dalam parit.
Hayoung hanya melihat ibunya menyeru namanya dengan hati yang kosong. Makin disepak kaki ibunya tanpa ada belas kasihan.
" Ups mianhae omma Hayoung tak sengaja ". Hayoung tersenyum sinis melihat mayat ibunya yang sudah terapung.
" Aku tanya ni kau nak ikut aku tengok tak? ". Soal Bomi teruja. Hayoung tersenyum ceria dan mengangguk . " Mestilah. Nak tengok mayatnya dah hanyut ke belum hahah "
" Kenapa kalau dah hanyut? "
" Kau yang seterusnya "
Keesokan harinya.
Seorang lagi mayat pelajar sekolah telah ditemui mati ditikam di parit berdekatan dengan Yeoja High School.
" Kyaa, kau dah dengar berita parit belakang sekolah kita ni dah 2 orang mati ditikam. Kau agak-agak siapa eik pembunuhnya? "
Soal Eunji dan melabuhkan punggung di sebelah Hayoung yang sibuk menghirup air sirapnya.
" Macam mana kalau aku kata aku yang bunuh? "
" Kau pendiam molek macam ni pembunuh? Eh tak mung— ". Eunji terkaku malah wajahnya turut berkerut. Mulutnya ditekup ketakutan melihat bebola putih seperti mata berada di dalam air sirap milik Hayoung.
" Jangan risau lepas ni giliran kau mohon bersabar "
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...