Kisah Benar
Ni kawan Iman nak kongsi kisah dia.
Masa ni cikgu kelas dia suruh buang sampah dekat tong sampah. Macam biasa lah kan tanggungjawab pelajar kena kutip sampah bawah meja ceh ayat aku. Ok sambung
Kebetulan tong sampah tu ada depan pintu belakang kelas sebelah. Kelas sebelah tu kosong, memang tak pernah nampak orang guna sepanjang aku sekolah kat situ.
Pernah lah tanya cikgu kenapa kelas tu kosong. Kau tahu cikgu jawab apa?
Dalam tu ada Taehyung tengah betapa.
Gurau. Kau ni serius sangat lah adu.
Kelas tu keras tempatnya. Pernah buat kelas tambahan tapi jarang lah.
Masa member aku ni nak buang sampah, dia sumpah tak sengaja terpandang dalam kelas tu. Betul-betul dekat tepi satu meja tu, ada mata merah perhati.
Dia rasa imaginasi dia kuat sangat lepastu gosok mata dan benda tu hilang? See? Aku dah kata imaginasi dia tinggi melangit so dia endahkan.
Kawan dia panggil kat dalam kelas. Dia pandang belakang.
Dia buat simbol tangan 'okey' dan pandang depan semula. Meremang dia bila pandang depan je ada rambut libas muka dia kuat. Dengan tak cukup nafas terus pejam mata then lari kelam kabut masuk kelas.
Sekian.
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...