" Beb, serius ke nak uninstall wattpad? " Chungha menyoal Somi berkali-kali meminta kepastian. Ialah, haritu kemain semangat dia nak karang cerita katanya.
" Iye. Kau tau kan apps ni berat? " Keluh Somi mahu membuang apps tersebut tetapi dihalang segera oleh Chungha membuatkan dirinya terpinga-pinga. Bengang.
" Andwae! Jangan buang! Kalau kau sayang aku jangan buang!! "
" Kyaa waeyoo?! "
" Kau tak baca ke dekat laman web! Dah kecoh lah benda ni! "
" Huh? What? Tell me now " Giliran Somi menikam tepat anak mata Chungha. Sudah lah mahu cepat kerana gambar-gambar kerja kelas di grup WhatsApp tidak dapat dimuat naik. Buang benda alah ni bukan kena bayar pun.
" Semalam aku baru baca kat blog. Baru tersebar benda ni. Serius. Pemilik Wattpad ni info kat kita semua kalau nk buang watppad ni, wajib buat satu horror fanfic "
Muka Chungha kelihatan serius tetapi mungkin ini tips untuk dia halang aku supaya jangan buang Watpadd. Okey aku tak termakan tipu helah kau Chungha.
" Kau ada nampak muka aku bergurau ke sekarang? Eh bro, dah ramai mati sebab benda alah ni tau tak? Sebab ape? Kosong! Dia tak buat cerita! Dia tak write langsung! "
Somi terdiam. Terasa ragu-ragu untuk buang tetapi mana mungkin dia nak bunuh anak orang suka hati. Time dia nak bunuh tu cepat-cepat lah call polis. Boleh kan?
" Mengarut lah. Eh aku seumur hidup jarang malah tak pernah nampak hantu ". Somi membantah.
" Lantak kau lah. Asal benda tu seram, kisah benar pun dah cukup. Ingat. Aku tak tipu. Kau boleh search kat google sekarang nama-nama yang dah mati tersenarai! "
Hilang sahaja bayangan Chungha, Somi menggaru kepalanya kasar sambil menendang beberapa kali beg sekolah di hadapannya geram. Menyesal tau menyesal download apps ni!
" Kisah ape aku tipu ke tak. Dia bukan tau hahaha " Hampir satu jam Somi menyiapkan dan publish fanfic yang direkanya membuatkan hampir kesemua yang membaca ceritanya percaya dengan kisah yang diceritakan.
" Ok done. Views ada comment ada vote ada okey done bebeh " Somi tersenyum senget tanda kemenangan berpihak kepadanya.
Tetapi senyumannya mati apabila terasa serpihan kaca di lehernya. " Ergh " Darah menitis sedikit demi sedikit membuatkan mata Somi membulat besar. Dari mana serpihan kaca ni datang?!
" Lain kali jangan tipu "
Somi menoleh ke belakang. Terus berubah pucat mukanya. " OMMAAAA!!! "
Dicungkil mata belah kiri tanpa belas kasihan bersama lidahnya yang dijerat habis-habisan menyebabkan banyak darah memancut di sekitar ruang tamu yang didudukinya. Badan yang lemah seperti nyawa-nyawa ikan hanya menunggu ajal menjemput. Sebelum gelap dunia, Somi dapat menangkap satu maklumat menggunakan mata sebelah kanannya.
Phone yang sudah retak di sebelahnya sempat mempamerkan senarai nama-nama seperti yang diperkatakan oleh Chungha sebentar tadi.
Benar apa yang Chungha kata kan. Sudah ramai mati dibunuh. Angka terakhir buat masa sekarang ialah 905.
Tertera nama aku kat situ.
YOU ARE READING
creepypasta
HorrorSemua kisah yang diceritakan adalah dari pengalaman sendiri, pengalaman dari pembaca yang mahu dikongsikan dan cerita seram dari internet yang akan diubah semula supaya boleh di baca dengan lebih menarik. Walaupun karya yang dihasilkan dari saya ini...