Wayang

2.1K 192 3
                                    

" Awak saya minta maaf "

Taehyung memegang tangan Taera lembut. Bermohon agar teman wanitanya itu tidak memarahinya.

" Satu jam Taehyung . Awak ingat saya ni tunggul ke? Saya dah macam apa tunggu dekat sini sorang-sorang "

Taehyung mengeluh. Bukan sengaja dia hendak memperlambatkan janji temu bersama Taera.

Lambat kerana ada urusan penting yang perlu dia selesaikan sebentar tadi.

" Takpe lah, kita masih boleh pergi tengok wayang bukan? " Taera cuba mengukirkan senyuman manis walau hakikat hatinya masih sakit terkenangkan hal tadi.

" Betul awak masih nak tengok? "

" Waeyo? Awak taknak ke? ". Soal Taera muram.

" Aniya saya ok je. Jum lah tengok cerita seram "

Masuk sahaja ke dalam panggung wayang, mereka terus mengambil set bagi pasangan dan menonton wayang bersama-sama. Taera menyandarkan kepalanya di bahu Taehyung dan lengan Taehyung dipeluk erat.

Tanpa disedari, dia mula terlelap ketika wayang sedang berlangsung.

Hidungnya terasa seperti dicuit. Matanya dibuka perlahan, wayang masih berlangsung. Taera menatap Taehyung di sebelah yang masih leka menonton.

Bau busuk yang menusuk masuk ke dalam hidung membuatkan Taera terus memandang ke sebelah kiri. Alangkah terkejutnya dia melihat benda berbungkus itu sedang duduk di sebelahnya.

Taera menggeleng beberapa kali. Ditarik berkali-kali tangan Taehyung namun dia masih tidak bertindak.

Taera mengangkat muka. Matanya membulat dann badanya terketar-ketar. Benda yang ditarik ini sama seperti apa yang dilihat di sebelah kirinya.

" Andwae ANDWAEEEEE "

" Taera? Sayang ireona "

Mata Taera terbuka luas. Badan Taehyung di sebelahnya segera dipeluk. Mendengar tangisan Taera sudah membuatkan Taehyung cuak.

" Taera? Awak ok tak ni? Hey kenapa ni? Awak mimpi buruk ke? "

" Saya takut hikk hikk "

" Shh Awak penat sangat ni. Dah jum balik saya hantar "

Taera hanya mampu mengangguk lemah. Walaupun mimpi, dia terasa seperti semua kejadian ini adalah benar-benar berlaku.

Di rumah, Taehyung menyelimutkan badan Taera lalu dahi Taera dikucupnya lembut.

" Saya balik dulu tau "

" Taetae, teman saya "

Taera menarik lengan Taehyung menyebabkan langkahnya terhenti. Taehyung menoleh ke belakang. " Ah dae "

Taehyung hanya merebahkan diri bersebelahan Taera. Taera sekadar memeluk badanya erat.

Ting!

Taera menggosok matanya perlahan. Gajet di atas laci bersebelahan denganya diambil lalu dilihat.

_______________________________

From : Taehyung ma bae ♡

Sayang, mian tak dapat teman awk date harini. Saya betul-betul minta maaf sebab saya sibuk dengan urusan dekat tempat kerja harini, tapi saya janji esok saya akan teman awak. Awak cakap je awak nak pergi, saya akan bawak.

Okay sayang? Maaf ganggu lena awak. Dah pergi sambung tidur. Jalja yeobo.

______________________________


" Taera? Siapa mesej tu? "

-----

Friend : Iman, kenapa kau senyum macam Jungkook? Gigi kedepan? HAHAHAHAHA

Me : Like dad like son

Friend : Puih menyesal puji

Moment with my friend lmao 😂

creepypastaWhere stories live. Discover now