Halau Hantu

2.3K 213 19
                                    

Cerita ini telah dikongsi oleh @Vwifeu (Maaf tak boleh mentioned huhu) btw terima kasih sebab share ya.

❲❁❁❁❳

Lee Jong Suk baru sahaja menjadi seorang pemandu kereta mayat. Sebelum melakukan tugas, dia perlu mendengar taklimat tentang peraturan dan pantang larang yg berkaitan dengan pekerjaanya.

" Kamu semua jangan takut jika bahu kamu terasa sakit. Biasalah roh hantu meletakkan tangan diatas bahu " Kata seorang senior.

Pada mulanya, Jong Suk ingat senior tersebut hanya bergurau tetapi muka senior tersebut kelihatan serius.

" Tapi jangan risau, ada cara untuk kamu semua menghalaunya "

" Apa caranya? " Jong Suk bertanya.

" Kamu hanya perlu mengurut bahu secara ringan lalu berkata "

" Letihnya, sila beredar dari sini kerana saya sedang memandu "


Jong Suk sekadar mengangguk faham.

Selepas beberapa hari dia menjalankan tugas, masih tiada kejadian pelik yang berlaku. Seperti biasa, Jong Suk baru sahaja lepas menghantar mayat dan ingin pulang ke rumah. Tiba-tiba bahunya terasa sakit. Dia teringat akan tentang apa yang telah diajar oleh seniornya.

" Letihnya, sila beredar— "

Jong Suk menggaru kepala kerana tidak ingat perkataan penuhnya. " Letihnya, saya sedang memandu. Sila datang lain kali "

Jong Suk mengeluh lega tatkala sakit dibahunya serta merta hilang.

Sampai sahaja di rumah, Jong Suk terus baring di atas sofa. Tiba-tiba dia merasakan dirinya telah ditenung oleh seseorang. Matanya beralih ke atas syiling dan lihat ade makluk berwajah pucat sedang melihatnya.


" Bukankah kamu suruh saya datang lagi? "



━━━━━━━━
Sesiapa nak request kisah seram yang pernah korang hadapi atau dengari, boleh pm tepi ya
━━━━━━━━

creepypastaWhere stories live. Discover now