Bab 4

12.1K 212 28
                                    

Pancake. Chocolate. Nescafe. Aku dapat rasakan perut aku berbunyi. Lapar. Aku bingkas bangun. Matahari mulai menerangi bilik. Aku melihat jam. 8.32 pagi. Kesha masih lena tidur. Aku tak nak menganggu dia. Perlahan-lahan, aku mengalihkan selimut lalu berdiri menggeliat. Aku cuba mengingat kembali apa yang terjadi semalam.

"Kesha, what's wrong?"

Kesha tidak membalas. Dia menyandar di bahuku. Tanganku masih digenggam erat. Aku tak pernah nampak Kesha berwatakan begitu. Kemudian dia melihat aku. Mukanya tidak menunjuk sebarang reaksi. Kosong.

Aku mengusap rambutnya. Kemudian dia mulai bersuara, "Zee.. aku tak tau kenapa aku jadi macam nie. What's wrong with me, Zee?"

Aku tak tahu. Sepatutnya kau yang memberi aku jawapan. Bukan memberi aku soalan yang jawapannya hanya kau sendiri yang tahu. Aku tak mampu berkata-kata. Kesha memegang pipiku. Dia menghampiri aku.

Kencang. Deras. Hati aku berdegup saat Kesha menghampirkan bibirnya ke wajahku. Apa yang harus aku lakukan? Aku taknak merosakkan persahabatan kami. Dan aku juga taknak menyakitkan Kesha. Think Zee!!

"Kesha," aku memegang bahunya. Dia terhenti. Matanya terbuka, melihat aku dengan pandangan yang sedikit kecewa. "You're confuse, Kesha." Aku membalas renungannya. Tegas.

"Confuse?"

"You don't want to do this. We're friend, right? Aku takkan kemana. Aku sentiasa akan jadi kawan baik ko, ok? Yes, I admit that I like May but tak bermaksud ko akan kehilangan Player One ko nie," aku melemparkan senyuman. Aku tahu, Kesha takut kehilangan aku jika aku bersama dengan May.

Kesha merenungku dalam-dalam. Aku harap apa yang aku cakapkan nie ada betulnya. Tak lama selepas itu, Kesha membalas senyumanku. Dia cepat-cepat mencium pipiku lalu menarik selimut untuk tidur. Aku tersengih.

"Kesha, aku keluar dulu tau. Ko taknak makan?"

Kesha menarik tangan aku. Menghalang. "Don't go, please. Aku tengok movie horror tadi. Menyesal sial. Ko teman aku tidur malam nie!"

Aku ketawa. Kesha yang original dah kembali. Syukurlah. Aku taknak persahabatan kami rosak. Aku membuka pintu, sedikit cahaya masuk. "Aku gi ambik makanan sket untuk ko, k. Jap lagi aku datang balik."

Kesha angguk. Lapar lettew. Haha.

Aku keluar dari bilik Kesha. Fiona dan May sibuk menyediakan sarapan. Kalau May tinggal serumah dengan kami pasti hari-hari aku akan makan sedap. Masakan dia boleh tahan. Dah boleh buka restaurant sendiri.

"Morning, Zee!" May menyapaku. Di tangannya memegang piring berisi Pancake yang masih hangat. Baru diangkat daripada kuali. Wangi, bau chocolate.

"Morning, ladies. Pergh! Awal pagi lagi dapur dah berasap. Untungnya hari nie!" Aku cuba untuk mengoyakkan sedikit Pancake tadi. Panas! Aku menghisap jari yang terkena panas.

"Sedap kan, Zee?" sindir Fiona. Dia nampak aku cuba mencuri. "Kalau ye pun, pergi la mandi dulu. Takpun gosok gigi ke.."

May hanya ketawa melihat telatah kami. Fiona memang selalu memarahi aku. Dia seperti seorang kakak. Aku buat masalah, dia akan berceramah dahulu kemudian akan membantu aku.

"Dah-dah.. Pergi mandi dulu. Kejutkan Kesha. Kita breakfast sama-sama," arah Fiona, tegas. Mungkin sebab itulah kekasihnya dulu memutuskan dia. Kuat mengarah. Tapi bagi aku, Fiona sangat okay. Gayanya yang tegas bisa membantu sesiapa sahaja yang lambat untuk bangun mengharungi seharian. Terutama orang seperti aku. Kuat berkhayal.

"Zee, ko pegi mandi. Biar aku kejutkan Kesha," May sudah berdiri di depan pintu bilik Kesha. Aku hanya angguk lalu naik ke tingkat atas.

Pagi itu kami makan bersama-sama. Cerita tak henti-henti. Serba sedikit, cerita tentang latar belakang May terbuka. Ibu bapa May selalu berpindah randah. Atas urusan business. Cuma kali nie dia hendak tinggal di kota tempat dia belajar. Dia sukakan kawasan ini. Ibu bapanya setuju. Lagipun, May kena habiskan pembelajarannya cepat. Sudah lama tertangguh gara-gara pola kehidupan ibubapanya.

"So, sekarang nie ko tinggal sendirian ke? Tak takut?"

"Ye, takut apa. Dah besar la. Aku bukan macam Kesha," May ketawa. Yang lain juga turut ketawa termasuk Kesha.

"Ko tengok sendiri movie tue. Confirm ko taknak tinggal sendirian da."

"It's ok. I'll pass! Haha.." May menghirup teh panasnya. "Sebab tue la aku tak suka tengok benda-benda macam tue. Seram!"

Pagi itu aku dapat rasakan May akan menjadi salah seorang daripada geng kami. Dia senang berbicara tentang pelbagai topik dengan kami. Aku juga senang. Setiap kali nampak dia ketawa, aku rasa bahagia. Tiba-tiba...

"Zee, takde girlfriend ke?" soal May.

Aku tersedak dengan soalan May. Boleh mati tercekik aku. Tanya pun saat aku sedang menghirup Nescafe Tarik panas nie. Kesha menepuk belakangku, cuba membantu. Aku nampak Kesha ketawa.

"Tak- takde.." jawab aku tersekat-sekat. Batuk.

"Aihh.. How come? You all nie pelik la. Kesha, Fiona, Zee.. tiga-tiga ada daya tarikan sendiri. Why keep single?" dia tercari-cari. "Tirah mana? Baru perasan tak nampak dia daripada kelmarin."

Kami hanya membalas May dengan tawa riang yg bersilih ganti. Masing-masing tak tahu nak jawab apa. Mungkin belum ada jodoh?

"Ko dah ada boyfriend ke, May?" aku memberanikan diri untuk bertanya.

"Nope. Aku tak suka lelaki," jawabnya ringkas. Matanya tepat melirik kearah aku. Aku tak tahu jika ingin membalas atau alih ke tempat lain. Tetapi matanya yang berwarna coklat itu, menarik perhatian aku. Kami berbalas renungan.

"So, you're......" Fiona cuba ingin mendapatkan kepastian daripada jawapan May tadi.

"Me what?" dia menghirup teh lagi. "A lesbian?" Tenang.

Kami terdiam. Tapi aku pantas angguk. Perasaan ingin tahu aku membuak-buak saat itu.

"Hmmm... Maybe yes?" May senyum. Aku seperti dipanah petir. Begitu mudah dia keluar daripada almari. "But I like girls yang look like a girl. Bukan macam Zee."

Hancur berderai hati aku. Taste dia lebih kepada yang berwatakan perempuan. Aku mengeluh. Nampak sangat ada perasaan kecewa di situ. Selesai bersarapan, aku dan Kesha membasuh pinggan mangkuk. May dan Fiona duduk beristirehat di ruang tamu. Nampaknya Fiona dan Kesha boleh menerima selera May sebegitu. Mungkin sudah terbuka sejak mereka mengenali aku.

"Zee.." Kesha berdiri sebelah aku, membasuh gelas. Aku tukang sabun.

"Yes, Kesha?"

"You said we're friend, right?"

"Yups."

"You kissed me this morning. Kat bibir."

Aku terkejut beruk. Kiss? Bibir? Kesha?! Biar betul?! Seingat aku tak ada pun. Lepas menggeliat pagi tadi, aku terus keluar.

"Jam berapa?"

"I don't know. Dekat-dekat jam 9 macam tue."

Jam 9? Aku borak-borak dengan Fiona dan May di dapur sebelum tue. Then, aku pergi naik ke atas untuk mandi. Aku rasa seperti dipanah petir lagi. Sebelum aku naik, May ada kata nak kejutkan Kesha. Takkan dia..... *gulp*

"Kesha, aku rasa aku tau siapa...." aku merenung Kesha.

Kesha seperti memahamiku. Kami dua-dua melihat May di ruang tamu dari singki nie. Kemudian berpandangan antara satu sama lain. Aku angguk. Wajah Kesha berubah pucat.

BengkokWhere stories live. Discover now