Bab 14

7.6K 161 25
                                    


Matahari tegak terpacak di atas kepala. Bunyi ombak kecil memukul pantai jelas kedengaran. Begitu juga suara gelak tawa kawan-kawan aku yang sedang sibuk berBBQ di bawah kawasan yang teduh tidak jauh dari tempat aku duduk bersantai. Sungguh nyaman cuaca pada hari ini, cerah tetapi tidak terlalu panas.

Sudah seminggu berlalu sejak May dimasukkan hospital. Kini dia lebih sihat dan aktif seperti selalu. Aku tengok dia dan Kesha sudah kembali seperti dulu tetapi lebih mesra daripada selalu. It's good to see them are okay now. Dah lama tak lepak santai-santai macam hari ni. Everyone looks happy.

"Zee, tak nak join kami mandi?" ajak Tirah yang sedang berlari-lari anak ke tempat aku sedang duduk. Tirah mengenakan pakaian mandi yang agak mengghairahkan di mata aku. Kalau boleh, aku nak terkam dia sekarang. Gewam! Haha..

"Nope. It's okay. You guys pergilah. I'm just gonna stay here and watch ok." aku menolak pelawaan Tirah.

Sebenarnya aku fobia dengan laut disebabkan pengalaman buruk sewaktu aku masih kecil. Aku hampir lemas, mujur ayahku sempat menarik aku naik ke pantai. Sampai sekarang aku dah tak berani nak mendekati laut. Cukuplah sekadar duduk di tepi pandai, lemaskan kaki ke dalam pasirnya yang putih ni.

"Sure? Nanti kau bosan duduk sorang-sorang sini."

"It's okay. I'm good.. Hmmm. Can I join Shane and others berBBQ?"

"NO! Stay here. Hmp!"

Tudiaaa... Jealous teruk. Aku nampak Tirah menjeling ke arah tempat kawan-kawan aku yang lain sedang berBBQ. Ada Theresa di situ sedang duduk berborak dengan Shane dan Fiona. Yes, that's why aku duduk di sini berseorangan. Selepas kejadian text WhatsApp tempoh hari, Tirah jadi semakin paranoid. Dia akan tanya dengan siapa aku texting, siapa call aku, siapa Liked gambar aku di Facebook dan Instagram.. Pokoknya, dia jadi semakin kuat cemburu. Aku tak kisah pun selagi dia tak jadi psycho girlfriend. Haha..

"Okay sayang..." aku akur.

Tirah kembali ke dalam air, bermain bersama Kesha dan May. Oh I wish I know how to swim. Syioknya... Aku tahu berenang gaya batu je. Terjun dalam air then dah tak timbul-timbul lagi. It sucks to be me. Huhu..

"Hai.. Duduk je ke?"

Seseorang menegurku mesra. Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan orangnya yang menegurku tu.

"Th-Theresa.." aku pucat.

Theresa berdiri hampir di belakang aku. Aku nampak pahanya yang putih gebu hanya beberapa inci dari muka aku. Theresa memakai bikini yang agak terdedah tetapi dia cuba tutup menggunakan selendang yang terikat rapi di pinggang. Aku terpukau seketika dengan keindahan bentuk badan Theresa yang persis seorang model antarabangsa.

"Why, Zee? Macam nampak hantu je?" Theresa tertawa kecil.

Aduhhh... Cantiknyaa!!! Bisik hatiku. Kenapa kuat sangat dugaan kali ni? Mata aku tak dapat lari daripada merenung buah dadanya yang cantik membulat. 

"Can I sit here?" soal Theresa. Dia terus duduk selepas tidak mendapat apa-apa respon daripada aku. Aku dah memang tak boleh nak cakap apa-apa. Macam mulut ni dah terkunci. Aku tak tahu lah apa nasib aku lepas ni kalau Tirah nampak aku duduk berduaan dengan Theresa kat sini. Tapi bukan salah aku. Theresa yang datang, bukan aku ajak. Hmmm...

"Hmmm..." Theresa melambaikan tangannya di depan muka aku. Aku tak sedar dia dah duduk di sebelah aku. Dia nampak lebih cantik bersanggul tinggi. Sedikit messy tapi nampak lebih santai.

"Err sorry.. I'm.. Err.." aku gagap. Aku tak tahu nak cakap apa. Aku jadi panik. Seminggu akan datang, Theresa akan menjadi boss aku di syarikat keluarganya. Aku kena berbaik dengan dia atau result aku nanti tak okay. 

BengkokWhere stories live. Discover now