Bab 15

7.5K 174 58
                                        

Aku berdiri di depan bangunan yang tinggi berwarna putih. Langit cerah terbentang luas. Aku melihat kiri dan kanan, semua sibuk dengan hal masing-masing. It's morning so kebanyakkan orang ingin menjalankan tanggungjawab masing-masing. Cari makan, cari duit, cari jodoh, cari pasal dan banyak lagilah.

Hari ini hari pertama aku memulakan internship di syarikat milik keluarga Theresa, Emergent Co. Syarikat ini adalah pembekal barangan produk kesihatan terbesar di negara ni. Sebut je nama syarikat ni kat mana-mana, mostly orang akan kenal. Sebelum keluar rumah tadi, Tirah dah warning awal-awal. Dia nak aku report apa yang aku buat kat office setiap masa. Matilah kalau macam ni hari-hari. Huhu..

"Hi, good morning. Welcome to Emergent Co. You must be Zee, right?"

Receptionist di lobi bangunan itu menegurku sejurus aku melangkah di depan kaunter. Macam mana dia kenal aku? Terasa seperti VIP pulak.

"Yes, I'm Zee. I'm here for the internship."

"Ms Theresa already informed me about your arrival today. Here's your badge. You'll need this to enter your assigned department."

Receptionist tadi menghulurkan aku satu kad pengenalan yang mengandungi gambar, nama dan jawatan yang dipegang. Di belakangnya pula mempunyai satu kod bar, untuk tujuan scan kad barangkali.

"Thank you," aku senyum pada receptionist tadi kemudian berjalan ke arah lift. Sambil berjalan, aku belek-belek kad tadi. Macam mana diorang dapat gambar aku ni? Hairan jugak. Aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

"What's wrong, Zee?"

Theresa tiba-tiba muncul di belakangku. Terkejut jugak aku dibuatnya.

"Huhh.. Theresa. Terkejut I."

"Sorry, didn't mean to kejutkan you. Baru sampai ke?"

Aku mengangguk sahaja. Hari ini Theresa mengenakan blouse berwarna pink pastel, turtle neck berlengan paras siku. Skirtnya berwarna hitam paras lutut dan dikenakan pula dengan kasut tumit tinggi bertutup warna hitam. Dia nampak sungguh elegant seperti biasa walaupun rambutnya dibiarkan tidak berikat. Boleh cair hati aku ni kalau hari-hari kena hadap dia. Please be strong, my heart. Ingat Tirah... Huhu.

"Let's go."

Theresa masuk ke dalam lift bersama-sama aku. Yang peliknya pekerja lain tidak mengikuti kami. Mereka masuk lift yang lain. Memang macam tu ke rules nye? Tak boleh share lift dengan boss? Hmm merepek.

Kami tiba di aras 49. Pintu lift terbuka dan aku nampak koridor putih yang membawa kami ke sebuah pintu besar yang berada di hujung. Aku mengekori Theresa di belakang, kami senyap sahaja. Mata aku tak dapat lari daripada melihat lenggokan Theresa yang mengancam itu. Aku masih tertanya-tanya kenapa dia masih single hingga kini?

"Kenapa senyap je, Zee?"

Aku terkejut daripada lamunanku. Kami sudah berada di depan pintu besar. Theresa berdiri mengadapku.

"Err.. Nervous kot. First time merasa suasana kerja. Haha.." aku ketawa kecil. Aku cuba mengalihkan pandanganku daripada menatap wajah Theresa yang putih gebu itu. Aku tak kuat gais!

"Relax okay, Zee. Everything will be ok. You'll be working under my supervision. So, you don't have to worry about anything." Theresa menepuk lembut bahuku dan sedikit sebanyak dapat membantu menenangkan aku.

Aku menarik nafas lega, "Thank you, Theresa. It means a lot to me."

Aku perasan Theresa mendekatkan wajahnya ke arah aku. Aku tak membantah atau menolak, lalu Theresa memberikan aku satu kucupan mesra di pipiku. Jantung aku lantas berdegup kencang.

BengkokTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang