Bab 6

11.4K 204 12
                                    



Aku buka mata. Sudah pagi. Hari ini kelas jam 10.30. Aku tengok jam di meja belajar. Baru pukul 8.10 pagi. Aku cuba untuk lelap kembali namun otakku sudah pasang enjin. Tak dapat tidur, aku bangkit. Melihat sekeliling bilikku.

Sudah sebulan kisah Tirah ingin dijadikan isteri kedua berlalu. Kadang-kadang ada Eman datang ingin memujuk tapi Tirah tekad dengan keputusannya. Dia tidak mahu menjadi yang kedua. Macam-macam dunia sekarang nie. Aku tersengih. Sepanjang sebulan tue aku nampak Kesha dan May semakin rapat. Aku tak nak tanya. Biarlah mereka. Walaupun bunyi agak pelik sedikit, tapi aku doakan mereka gembira bersama.

"Awalnya bangun..."

Aku pusing. Melihat Tirah baru bangun di sebelah. Aku senyum padanya. Kata orang, kalau nak tengok seseorang itu cantik atau tidak, tengok saat mereka baru bangun. Ternyata Tirah kelihatan sangat cantik saat itu. Aku bertuah.

"Tak dapat nak tidur lagi la. Ko tidur la. Hari nie takde kelas kan?"

"Hmm.. Takde. Boleh tidur sampai besok," Tirah senyum lebar, menampakkan giginya yang tersusun rapi. Dia menggeliat, menggosok-gosok matanya kemudian melihat aku. "Macam tak percaya pula kan.."

Aku membalas senyumannya. Kejadian 3 hari lepas masih segar diingatan aku. Saat Tirah menerima aku sebagai pasangan hidupnya.

***

Aku, Kesha, Fiona dan Tirah berjalan bersama ke kelas. Seperti hari-hari biasa. Dalam perjalan kami akan rancak berbual. Kadang-kadang singgah di kedai runcit beli icecream.

Tirah sudah melupakan kisah dia dan Eman. Semuanya hanyalah tinggal kenangan. Eman juga faham. Salah dia juga kerana tidak berterus-terang daripada awal perkenalan mereka lagi. Tapi kadang-kadang Eman akan menunggu di depan kolej kami untuk bertemu Tirah. Dah banyak kali Tirah mengelak tetapi lelaki itu tetap saja akan menunggu. Ingin meminta maaf dan berharap Tirah akan menerimanya semula.

"Eman... Please jangan bazir masa awak tunggu kat sini lagi," tegur Tirah saat tiba di depan pintu pagar kolej.

Eman pusing menghadap Tirah. Aku, Kesha dan Fiona tunggu di sana. Takut-takut Eman buat kerja gila. Maklumlah, orang putus cinta. Aku berdiri paling dekat dengan Tirah saat itu.

"Tirah, please.. saye minta maaf sangat-sangat sebab tak bagitahu awak awal-awal. Tapi saye ikhlas, Tirah. Saye nak jadikan awak halal kepada saye. Saye jujur, Tirah." rayu Eman. Dia datang dekat ke hadapan Tirah. Tirah undur satu langkah.

"Eman, we're over. You're a nice guy. Saye yakin pasti ada orang yang lebih cocok dengan awal. Yang dapat terima poligami. Saye tak boleh Eman. Sorry.." Tirah tunduk. Dia tidak mahu memandang lelaki itu lama-lama. Raut wajah Eman yang tampan bisa saja mencairkan dia.

"Saye janji akan jaga awak dan Shilah sama rata. Kasih sayang juga saye akan bahagikan sama rata. Saye janji, Tirah. I don't want to lose you..." Eman serius. Shilah? Mungkin isteri pertamanya.

"No! Saye tetap taknak, Eman. Please understand. Saye pun sayangkan awak tapi saye taknak berkongsi, Eman. Shilah baik. Walaupun dia tak dapat bagi awak zuriat, ada banyak lagi jalan untuk kamu selesaikan hal ini. Sekarang zaman moden. Macam-macam cara sudah diperkenalkan," suara Tirah semakin keras. Mungkin dia sudah muak dengan pujuk rayu Eman.

Eman senyap. Aku nampak dia genggam tangannya kuat-kuat. Tahan marah atau sedih? Aku harus bersiap sedia. "Kenapa kau cepat berubah nie, Tirah?!" tengking Eman. Tekaan aku betul. Suasana menjadi tegang. Orang sekeliling mulai mengalihkan tumpuan ke arah kami. Bisik-bisik.

Tirah tidak menjawab. Dia merenung tajam lelaki yang pernah bergelar sebagai "baby" dalam telefon bimbitnya. Setelah tidak mendapat apa-apa jawapan daripada Tirah, Eman bertindak ganas. Dia menyambar lengan Tirah. Kuat. Kesha dan Fiona cepat-cepat memegang Tirah dan aku pula....

DAMMM... satu tumbukan hinggap di muka Eman. Aku tak tau dari mana semangat ini datang. Mungkin kerana nampak kawan aku disakiti. Eman jatuh. Dia mengurut-urut rahangnya. Bibirnya berdarah. Buku lima aku bergegar. Ini kali pertama aku tumbuk orang.

"Kurang ajar!!!!" Eman bangun lalu menghayunkan buku limanya ke muka aku. Aku sempat elak. Aku teringat gaya Leon Kennedy menyepak zombie dalam game. Aku cuba mempraktikkannya ke atas Eman. Aku berjaya. Sepakkan 360 darjah tepat di muka Eman. Dia terundur beberapa langkah.

"WOW! Zee, macam Leon la ko!" Kesha bersorak. Dia selalu teman aku main, mestilah dia tahu.

"Thank you-thank you.." aku buat gaya. Bangga. Orang ramai juga berpusu-pusu mengelilingi kami. Sedang asyik buat gaya, perut aku ditumbuk. Senak. Kalau 3 hari tak berak, confirm cirit.

Kesha datang membantu aku. Tapi dia gagal. Belum angkat penumbuk, sudah rebah. Eman lebih pantas daripadanya. Atlet apa nie? Slow. Eman pusing tengok Tirah. Fiona disisi Tirah saat itu. Dua orang gadis itu menggeletar. Tak pernah nampak Eman mengganas seperti ini. Tiba-tiba...

"En. Eman. Berhenti!" suara garau jelas kedengaran. Polis. Ada dua orang. May di sisi mereka. Salah seorang daripadanya mengacukan pistol. Eman segera mengangkat kedua belah tangannya ke udara. "Ikut kami ke balai."

Eman digari dan dimasukkan ke dalam kereta polis. Aku dan Kesha dibawa ke klinik dalam kolej. Perut aku lebam. Kuat juga si celaka tue. Kesha tak apa-apa. Dia cuma ditolak. Ada calar-calar sahaja di tapak tangan dan siku. Tetapi untuk langkah berjaga-jaga, kami dibiarkan berehat di dalam wad kecil kolej itu. Katil aku di sebelah tingkap. Sepanjang hari aku menghadap ke luar. Kesha dan May hangat berasmara dana di katil sebelah. Risau katanya. Sampai ponteng kelas.

"Zee.. dah ok tak?" Tirah datang, membawa sebungkus makanan.

"Yups, ok. Takyah risau k," aku senyum pada Tirah. Sejak kejadian hari Sabtu itu, aku dan Tirah semakin rapat. Dia jaga makan minum aku, lebih daripada selalu. Mula-mula aku tak perasaan. Fiona yang tegur.

"Thanks, Zee.." dia duduk di sisi aku. Kesha dan May dah keluar entah kemana. Tinggal kami berdua dalam wad.

"You're most welcome."

Tirah merenung aku. Entah apa yang dia fikirkan sekarang. Dalam kepala aku hanya caci maki kepada Eman. Aku masih tak puas hati.

"Zee, if you're a guy, I will definitely be your lover."

Aku tenang mendengar statement Tirah. Sayangnya aku bukan lelaki. Aku mengeluh. Aku tahu Tirah kawan aku. Tetapi entah bila sudah ada terbit rasa sayang terhadap dia. Aku tunduk sahaja.

"Zee.." Tirah menarik muka aku. Dia renung mata aku. "But I don't care. I love you the person, not the gender."

Bibir kami bertemu. Hangat. Adakah ini mimpi atau kenyataan? Tirah dalam dakapan aku. Mencium aku. Aku membalas. Tirah, my first kiss.    

BengkokWhere stories live. Discover now