Sudah hampir dua minggu Ika menghilang. Aku pergi rumah sewanya, kosong. Mungkin sekarang tengah cuti mid semester. Tapi kenapa dia tak bagitahu aku yang dia nak balik kampung? Mungkin aku tak penting dalam hidup dia. Setiap hari aku akan lalu depan rumah dia, tapi sama je keadaannya. Ariana pula tak henti menganggu hidup aku. Makin lama makin teruk. Tapi yang peliknya, tiap kali Ariana dekat dengan aku, aku tak rasa annoyed macam sekarang. Aku syak dia pakai sesuatu untuk buat aku tertarik pada dia. Theresa siap ajak aku pergi berubat tradisional. Pelik kan? Tak sangka orang kaya macam Theresa tu percaya benda-benda macam ni. Haha.
Dipendekkan cerita, aku sekarang ada kat depan rumah sewa Ika. Bila habis kerja je, aku akan singgah sini. Dengan harapan ada orang buka pintu dan bagitau aku Ika kat mana. Contact dia through phone? Memang tak dapat lah. WhatsApp blocked. Call blocked. Semua kena blocked. Ika lesap macam tu je.
Aku melepaskan satu keluhan yang agak berat. Hidup aku jadi semakin kacau-bilau sejak pemergian Tirah.
"Cari siapa ye?" Ada suara menegur aku. Aku berpaling melihat tuan punya suara.
"Ehhh.. You.." I know her tapi aku lupa nama dia. Si gigi besi. Apa dia buat kat sini? Bukankah sekarang tengah cuti semester?
"YOU?!!" Dia pun terkejut bila nampak muka aku. "Apa kau buat kat sini??" soalnya lagi. Kasar.
"I'm here to find Ika." jawab aku tenang. Mungkin dia tahu mana nak cari Ika.
"Dia dah balik kampung. Cuti mid semester."
Hmm... As expected. "Mana kampung dia?"
"Kenapa aku perlu bagitau kau?"
"Sebab aku ada hal penting nak cakap dengan dia."
Tina diam sebentar. Matanya tak lari dari merenung muka aku. Aku dah tak peduli. Kau nak benci aku ke, halau aku ke.. Lantaklah. Aku cuma nak tahu satu tu je. Mana Ika?
"Apa hubungan kau dengan Ika?" soal Tina ringkas. Mungkin dia sudah dapat menghidu hubungan sulit aku dengan Ika.
"Kami kawan." Kalau aku bagitau perkara sebenar, confirm Ika akan kena pulau. Aku taknak la tambahkan masalah dia.
"Kawan? Ye ke?" wajah Tina menunjukkan seribu satu keraguan terhadap jawapan ringkas aku. Dia dah syak kot sebab Ika selalu hilang selepas mengenali aku.
Aku cuma mengangguk. Sekali lagi Tina senyap, kemudian dia bersuara lagi, "Sorry, aku tak boleh bagitahu kau."
"Why?!" Aku naik angin. Aku dah hilang sabar layan karenah dia sejak kali pertama kami jumpa. Nasib baik Ika selalu pujuk aku untuk bersabar. Sekarang tak ada orang nak pujuk, aku rasa macam nak tumbuk je gigi dia. Biar berterabur balik... Aduhh.. Geramnya.
"Pehal kau nak marah pula? Kau takde hak nak tahu. Kalau betul kau kawan Ika, mesti Ika dah bagitahu kau dia pergi mana. So, sebelum kau nak naik angin kat sini, better kau cermin sikit diri tu. Jangan nak marah-marah depan rumah orang." Lancang je mulut Tina membalas aku padahal aku tanya satu patah tu je. Jawapan dia panjang berjela. Girls gais girls... Hahaha.
Mungkin salah aku juga naik angin tak tentu pasal. Dia bukannya tahu apa. Tak mungkin Ika nak cerita tentang aku pada kawan-kawan dia especially Tina ni, paling anti orang LGBT.
"Sorry..." Aku mengeluh lagi. Aku kesal dengan tindakkan naik angin tiba-tiba tadi. "I'm gonna leave now. Sorry ganggu."
"Wait..." halang Tina. Aku berhenti. "Can you stay awhile?" sambungnya lagi.
"Stay awhile?" Aku bingung. Tadi bukan main marah kat aku.
"Teman I jap. Nak check rumah. Takut pula sorang-sorang kat sini." Tina membuka kunci mangga di pagar depan, kemudian masuk ke dalam. Tanpa banyak soal, aku pun mengekori Tina dari belakang.
YOU ARE READING
Bengkok
Romance"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang insan bergelar perempuan." Ini adalah kisah perjalanan hidup Zee, seorang tomboy, di dalam dunia LGBT. Tidak semua orang dilahirkan dengan nalu...