Aku duduk menyandar sambil merenung ke siling. Sudah 4 jam May di dalam bilik kecemasan. Selepas menemui May di rumah usang petang tadi, Mark cepat-cepat mengangkatnya masuk kereta. Keadaan dia sangat kritikal. Ada kesan kelar di lengannya dan mulutnya ada sedikit berbuih. Mungkin dia cuba untuk membunuh diri. Mujur kami menemuinya sebelum benda lebih teruk terjadi padanya. Aku tak sangka May akan bertindak bodoh. Walau apa pun terjadi, bunuh diri bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik. Tapi aku tak nafikan, aku juga pernah cuba untuk bunuh diri. Cerita lama but now I'm more matured. Haha...
Aku tengok ke arah koridor di hadapan bilik kecemasan. Mark nampak sangat risau, dia asyik mundar-mandir di depan pintu. Sesekali dia akan menjenguk ke dalam bilik itu melalui tingkap kecil di pintu. Kesha pula berdiri menyandar di situ, nampak tenang. Tangannya bersilang, kepalanya tunduk merenung lantai. Aku taknak kacau dia, biarlah dia tenangkan diri dahulu dan kemudian aku akan bertanya perihal sebenar.
"Zee..." Tirah datang menghulurkan segelas kopi suam. Dia tahu aku anti sangat dengan kopi yang terlalu panas. "Belum ada khabar ke?" soalnya sejurus melabuhkan punggung di kerusi sebelahku.
Aku hanya menggeleng sambil menikmati kopi suamku. Jam dinding di ruang menunggu itu tepat menandakan sudah jam 10.30 malam. Apa yang lama sangat ni? Makin risau aku dibuatnya. Saat aku tengok May terbaring di dalam sampan tadi, aku sangkakan dia sudah mati. Teruk sangat keadaan dia, dah macam zombie.
"Zee.. Tirah," tegur Kesha. Wajah Kesha tidak seperti selalu. Keadaannya umpama ibu kehilangan anak.
"Dah okay ke?" aku bingkas bangun. Begitu juga Tirah.
"Belum lagi."
"Aku harap May akan selamat. Tadi aku terhidu bau bangkai, hati aku jadi tak tenang terus. Risau jugak kalau..... Hmmm," aku tak sanggup meluahkannya dalam keadaan sekarang ni. Takut mulut masin nanti.
"Bau bangkai? Kat rumah usang tadi ke?" soal Kesha.
Aku mengangguk.
"Wey, sorry lah... Aku rasa kau dah sedut gas kentut aku. Tahan lama kat dalam kereta tadi."
"WTFFF??!!! Kuang hajooooooo!"
Tirah ketawa besar dan Kesha hanya mampu tersengih malu. Aku fikirkan bau bangkai, rupanya... Hmmm jahanam! Entah apa dia makan keluar bau haram macam tu? Aku rasa nak tumbuk je Kesha ni. Nasib baik sekarang kat hospital.
"Apa yang lucu sangat ni?" Mark muncul tiba-tiba.
"Bau bangkai.. Puikkk!"
"Ehh you ada hidu juga tadi? I dah risau giler lepas terhidu bau tu. I thought...." Mark tertunduk sedih. Adakah dia fikir benda yang aku fikirkan tadi?
"Tu bau-"
Belum sempat aku menghabiskan ayat, Kesha laju menyiku aku. "Diam lah bodoh!" bisiknya lagi.
"Bau apa?" soal Mark lagi.
"Ohh maybe bau dead animal.. Kot.. Hehehe.."
"Yea lah. Takkan lah bau kentut pulak kan haha," gelak Mark. Dia cuba menghiburkan dirinya. Biarlah dia terhibur sendiri huhu. Rasa bersalah pulak...
Kami berempat ketawa bersama-sama. Aku rasa awkward sangat. Aku taktau nak gelakkan lawak hambar Mark atau bau kentut Kesha. Huhuhu...
***
Sementara itu di rumah mereka. Fiona tidak dapat ikut ke hospital kerana kondisi kakinya itu. Shane pula menemani Fiona di rumah dan dia juga perlu unpack her stuff into her new room.
"Do you need anything, Fiona?" Shane menyelak daun pintu bilik Fiona yang sudah memang terbuka sedikit lalu menjenguk ke dalam.
YOU ARE READING
Bengkok
Romance"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang insan bergelar perempuan." Ini adalah kisah perjalanan hidup Zee, seorang tomboy, di dalam dunia LGBT. Tidak semua orang dilahirkan dengan nalu...