Bab 16

6.8K 155 24
                                    

ARGHHHHHHH!!!!!!!!!

Bergegar satu rumah bila dengar Tirah mengamuk di dalam bilik. Fiona dan Shane berpandangan antara satu sama lain. Hanya mereka bertiga di rumah saat itu. Tidak pernah lagi mereka mengalami suasana tegang seperti sekarang. Tirah seorang yang lemah lembut dan manja, tetapi apa yang mereka dengar sebentar tadi ternyata milik Godzilla kematian anak.

"Should we do something, Fiona?" soal Shane.

"I don't know. Ni first time I dengar Tirah mengamuk." balas Fiona. Mereka duduk bersantai di ruang tamu sambil menonton TV tetapi amukan Tirah lebih menarik perhatian mereka.

"Cuba you ketuk pintu then tanya."

"Gila apa?! You tak dengar ke tadi? That's a 'do not enter' scream!"

"Hmmm....."

Fiona dan Shane dilanda kegusaran. Dilemma. Tiba-tiba, pintu bilik Tirah terbuka. Sekujur tubuh kecik molek berdiri di muka pintu. Rambutnya terurai menutup muka. Fiona dan Shane terkejut, pucat. Fiona cepat-cepat melompat ke belakang Shane. Shane berdiri lalu mencapai apa sahaja yang dekat dengannya untuk langkah berjaga-jaga.

"A pillow?? So A PILLOW can save us???" sindir Fiona.

"Pillow fight maybe? Ha-ha..." Shane tersengih malu kerana hanya bantal itu sahaja yang mampu dia capai sebagai senjata mempertahankan diri.

"Not funny, Shane! Huhhh... I don't know why I fell for you." Fiona menggeleng-geleng kepala.

Shane pantas mengalihkan pandangannya ke arah Fiona, "Fell for me? Means that you do love me, kan?"

Bersinar-sinar mata Shane setelah mendengar ayat Fiona yang terakhir. Ini kali pertama dia dengar ayat seumpama itu keluar dari mulut Fiona. Sebelum ini, hanya ayat 'jangan perasan' sahaja. Finally she admit it!

"What???? NO! Jangan perasan!"

"But you said you fell for me. Just now.. I dengar."

"Perasaan you je tu, Shane. Ok? We have another issue here. Tuuuu.." Fiona menolak Shane menghadap bilik Tirah. Tubuh itu masih berdiri kaku di tempat yang sama.

"Mengaku jelah, Fiona. Aku pun dengar apa yang Shane dengar. Tak payah nak berdalih." Kedua-dua belah tangannya disatukan kemudian ditangkup ke muka, perlahan- lahan dilurutkan ke atas sehingga menyelak rambutnya ke belakang. Tirah masih waras.

"THANK YOU, Tirah!" Shane tersenyum lebar, dari hujung telinga ke hujung lagi satu. Gembira. "By the way, are you ok Tirah?" sambung Shane lagi.

Tirah mengeluh panjang. Dia pergi ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di sofa. Duduk di sebelah Fiona.

"Urghhh.. Kau side siapa ni, Tirah? I thought we are friend?!"

"Aku side kebenaran. Sorry, Fiona. Lagipun, Shane is a nice person. Jujur, SETIA!, baik. Kenapa kau taknak terima dia?"

"Hellooo.. Perlu ke nak bincang time dia ada kat depan kita?? Goshh Tirah! Give me a break." keluh Fiona. Shane hanya mendengar perbualan mereka dengan hati yang senang. Sedikit sebanyak terungkai jua perasaan yang dipendam elok oleh Fiona. "and you Shane! Please jangan perasan. HUH!"

"It's okay. Hahaha.." Shane ketawa lalu dia berdiri meninggalkan dua orang gadis itu bersendirian.

"Huhh... So annoying la Shane ni!"

"But you looooove him right?" Tirah tersenyum sinis. Sejak kebelakangan ini, Shane dan Fiona nampak sangat akrab. Layanan Shane yang lembut dan tenang, menyenangkan hati Fiona.

Fiona tidak menjawab. Dia hanya mengeluh pendek. Tidak lama kemudian dia menjawab, "I don't know, Tirah. Shane baik. Baik sangat. Tapi aku takut aku tak dapat bagi apa yang dia nak."

BengkokWhere stories live. Discover now