Bab 31

6K 163 59
                                    

"I love you."

Finally, the 3 magical words slipped out of my mouth. Aku tak sedar pun ayat tu keluar dari mulut aku. Yes, it's too soon but it feels so right. Aku harap Ika rasa seperti apa yang aku rasa.

"Bye. Hati-hati driving." balas Ika.

Aku terkedu seketika. Tiada 'I love you too'? Ke aku je syok sendiri ni? Aku pandang Ika dengan wajah yang berkerut. Masih menanti ucapan yang sama daripada Ika tetapi Ika hanya memberikan aku senyuman yang sangat menenangkan. Hmm.. Mungkin dia belum ready. Tak apalah. She will say it when she's ready. Kan?

Aku keluar dari rumah kemudian berdiri di hadapan pintu lift. Sambil menunggu, aku buka WhatsApp Theresa.

> Zee, I won't be in the office today. See you tomorrow!

Laaa.. Penat je rushing. Menyesal tak buka WhatsApp tadi. Haha. Takpa lah. Nanti ada yang tak masuk office juga. Pintu lift terbuka, aku pun masuk. Ada dua orang mak cik sedang rancak berborak. Masing-masing pegang bakul di tangan. Nak ke pasar agaknya.

"Wah, so handsome today ah boy." Aunty Anne menegur aku sambil mencuit bahuku. Selalu juga aku terserempak dengan mereka ni. Yang seorang lagi aku panggil Aunty Mary. Mereka dah biasa panggil aku Ah Boy. Aku dah bagitau aku ni perempuan tapi masih juga nama tu melekat dengan aku. Haha. They are very friendly neighbours. 

"Yes, aunty. Nak pergi kerja ni." balasku sambil senyum mesra.

"Aiya. Sudah lewat ni. Kenapa baru keluar?" Aunty Mary tanya sambil menunjuk jam tangannya.

"Lewat bangun, aunty." Aku tersengih-sengih.

"Ohh.. Bini you tak kasi lepas ka semalam?" Mereka ketawa sambil menyiku antara satu sama lain. Aku terkejut dengan soalan mereka tapi cuba buat seperti biasa. Cool, Zee.

"Hahaha.. Apa la aunty ni. Saya manada bini."

"Yaka? Itu Tirah mana sudah?"

Ouch! Pagi-pagi dah buat aku emo. Aduhai. Tirah rajin layan mak cik ni. Aku kadang-kadang je layan. Kalau Tirah pergi beli barang dapur, selalunya diorang pergi bersama. Besarnya peranan Tirah dalam hidup aku sebelum ni. Bila dia dah tiada, aku rasa dunia aku tak lengkap. Bila dah start nak move on, ada orang ingatkan pula. Hmmm...

"Dia dah tak ada, aunty." Berat aku nak ucapkan ayat tu, tapi aku cuba juga. Aku tertunduk sikit tapi masih senyum. 

"Tak ada?" Mak cik berdua tu berpandangan antara satu sama lain. Aku harap diorang faham. Aku tak mampu nak explain lebih lagi. Aku cuma mengangguk.

Mak cik berdua itu diam selepas melihat perubahan pada diri aku. Nasib baik diorang faham. Tak lama kemudian, pintu lift terbuka. Dah sampai ground floor. Aku keluar selepas mak cik berdua tu keluar. Baru je aku nak jalan ke tempat parkir, mak cik tu menegur aku lagi.

"You kuat Ah Boy. Jangan sedih-sedih okay."

Aku senyum je mendengar kata-kata semangat daripada mak cik tu. Walaupun ucapannya ringkas dan pendek, sedikit sebanyak memberikan aku sedikit kekuatan. Diorang dah lama hidup, dah banyak pengalaman. Mesti diorang lebih memahami daripada aku yang masih setahun jagung ni.

"Sedih kenapa?" satu suara menyampuk perbualan kami.

Kami mengalihkan perhatian pada suara tadi. Eh? Ariana. Kenapa dia masih ada kat sini? Dia tak buka cafe lagi ke?

"Hai Ah Moi. Morning. Tidak pergi kedai ka?" Aunty Anne menegur Ariana seperti sudah kenal lama.

"Baru nak pergi aunty. Saya lambat bangun tadi." jawab Ariana. Pantas mak cik berdua tu berpandangan antara satu sama lain kemudian berpaling ke arah aku pula dengan renungan yang agak sinis.

BengkokWhere stories live. Discover now