Bab 25

6.1K 156 77
                                    


Aku duduk sendirian kat cafe. Masih menunggu hujan berhenti. Aku tengok jam. Dah nak dekat jam 4. Alahai.. Bosannya. Fiona dan Shane pula busy. Nak borak lama-lama dengan diorang pun tak dapat. Sebenarnya boleh je keluar tapi aku malas nak pegang payung. Leceh tau tak.

Aku mengeluh selepas menjeling ke luar tingkap. Bagus aku tidur kat dalam bilik. Aku bangun dari tempat aku duduk. Baru saja aku melangkah setapak, pintu cafe dibuka. Itu Ika and the gang. Dah puas berjalan agaknya. Untunglah...

"Pandang apa?" jeling Tina dengan muka sombongnya. Nasib baik lawa. Kalau tak, aku dah tarik besi kat gigi dia tu. Haihh..

Aku tak menjawab. Aku cuma kerutkan dahi sambil merenung tajam ke arah dia. Nak jeling tapi tak sampai hati pulak. Kan aku seorang yang berjiwa lembut. Hahaha.. Aku nampak mulut Ika terkumat-kamit seperti menyebut 'Sorry' selepas rakan-rakannya sudah jalan di hadapannya. Aku tak faham Ika ni. Kenapa dia pulak nak minta maaf? Hmm entahlah. Malas aku nak sesakkan fikiran fikir pasal diorang ni. Tak penting pun dalam hidup aku.

Selepas mereka dah hilang masuk ke dalam bilik, aku juga turut memanjat ke tingkat dua. Nak tidur sebab aku dah kecewa hari ni aku tak dapat meronda. Saat aku memulas tombol pintu Bilik 101, pintu Bilik 110 terbuka. Belum sempat aku pusing, tangan aku dah disambar pantas. Aku panik.

"Just follow me." Ika menarik aku laju turun ke bawah kemudian keluar dari premis itu.

Aku terpinga-pinga menurut sahaja jejak langkah Ika. Dia nak bawa aku ke mana ni? Aik.. Tahu pulak hujan ni bila nak berhenti ek. Aku tak cakap apa-apa. Aku biarkan je Ika tarik tangan aku. Aku tengok dia dari belakang. Tiba-tiba aku teringat Tirah. Aku terkenang saat temankan dia shopping. Ada sale besar-besaran. Dia tarik aku ke hulu ke hilir sebab aku jalan slow sangat. Dia kata, kalau tengah sale kena bergerak dengan pantas. Comel je tengok muka dia yang focus melihat kiri kanan mencari benda nak rembat. I wish I can see her one more time....

Kami tiba di satu tempat yang sesak dengan pelbagai kiosk. Macam-macam ada. Makanan, souvenirs, benda-benda pelik dan banyak lagi. Akhirnya Ika berjalan seperti biasa. Dia lepaskan tangan aku. Aku mempercepatkan langkahku lalu berjalan bersama di sampingnya. Dia tidak berkata apa-apa. Aku pun ikut diam la. Sekali sekala aku jeling kat dia. Macam-macam persoalan timbul dalam kepala aku.

Ika berhenti di satu tempat yang jauh sedikit daripada orang ramai. Dia duduk di bawah sebatang pokok yang rendang. Aku ikutkan je langkah dia dan duduk di sebelahnya tanpa banyak soal. Walaupun kami tak bercakap sepatah pun, aku tak rasa awkward sangat. Macam dah kenal lama walaupun ni baru hari kedua aku kat sini.

"Sorry..." Ika memecahkan kesunyian antara kami berdua. Sorry lagi? Tak habis-habis. Aku pandang dia dalam-dalam dan mengerutkan dahi. Seriously, aku tak faham kenapa dia perlu minta maaf berjuta kali. Hmm..

"Kawan I.. Diorang tak open sangat." Pandangan Ika hanyut di dalam kesesakkan orang ramai yang tak jauh dari tempat kami duduk.

"I know. Tapi kenapa you have to say sorry banyak kali?"

"Entah lah. Maybe sebab I taknak you benci kat diorang."

"So what kalau I benci? It won't affect your life kan? Lagipun, after kita settle hal handphone, I takkan kacau hidup you and kawan-kawan you lagi." balas aku tenang walaupun dalam hati aku macam ada sedikit geram.

"Really? Kita takkan jumpa lagi?" Ika tiba-tiba berpaling ke arah aku. Anak matanya merenung jauh ke dalam mata aku.

"Are you gay, Ika?" Aku dah malas nak cakap berlapik. Direct to the point je. Boleh jimat masa.

Ika diam tidak menjawab, matanya melirik kembali ke tempat asal. "Entahlah. I don't know why I rasa comfortable around you so easily." sambungnya lagi.

BengkokWhere stories live. Discover now