Bab 9

10.1K 183 11
                                    

"Good morning!"

Aku dengar suara lembut berbisik di telingaku. Dah pagi ke? Urgh.. Tak puas lagi tidur. Aku rasa badan ni lenguh-lenguh. Apa aku buat semalam? Hmmm.. Ahh! Okay.

"Morning sayaaang...." Aku pusing ke belakang. "WTF?! Kesha?? Apa kau buat sini?"

"Hahahaha.. Sayang konon.. Bangunlah!" Kesha menarikku bangun. "Tirah tengah prepare breakfast. Dia suruh aku kejutkan kau."

"Ohh. Okay okay." Aku duduk kemudian menggeliat. What an awesome night. I won't forget it sampai bila-bila. Aku tak pernah terbayang benda tu akan jadi kat aku. Inikan pulak dengan Tirah. Umpama mimpi jadi kenyataan. "Dah jam berapa ni, Kesha?" Soalku saat aku bangun dari katil.

"7.30. Awal lagi. Wey, aku ada cerita nak bagitau kat kau ni."

"Huh? Apadia?" Aku gantung tuala di leherku. Bersiap untuk mandi.

"Kau p mandi dulu. Nanti aku cerita." Kesha keluar dari bilik lalu menutup daun pintu bilikku. Kenapa hidup aku tiba-tiba penuh dengan tanda tanya ni? Semalam Fiona, kini Kesha pulak. Hmmm... Ntah pape ntah. Perempuan memang banyak drama sikit. Layankan jelah. Haha.

Aku dapat master bedroom so ada toilet dalam bilik tu. Aku masuk tandas dan mandi. Saat aku sedang mandi, aku dengar pintu tandas diketuk. Siapa pulak mengacau ni?

"Sayang, boleh cepat tak?"

"Aik? Kenapa??" Aku menutup shower. Kebetulan juga aku dah siap mandi. Aku lap badan dan pakai baju.

"Cepatlah!!!" Tirah mengetuk kencang pintu tandas. Hampir nak pecah dia kerjakan. Aku pantas bersiap dan membuka pintu.

"Why? What happened?" Aku terpinga-pinga. Aku tengok Tirah tenang sahaja.

"Kenapa lama sangat? I miss you." Tirah memelukku erat. Aku menarik nafas lega. Sejak dua menjak ni, macam-macam terjadi so aku jadi paranoid sikit. Kejadian di depan kolej tempoh hari membuatkan aku menjadi lebih berhati-hati.

"Laaa.. Buat aku panic je kau ni." Aku membalas pelukan Tirah lalu mencium dahinya. Matanya yang bulat itu merenung tepat ke dalam mataku. Bulu matanya lentik. Keningnya tebal sedikit dan nampak kemas. Siapa sangka Tirah akan menjadi milik aku. "Breakfast dah siap?" Sambungku lagi.

"Yups. Dah. Jom makan."

Aku dan Tirah keluar dari bilik. Kelihatan Kesha sedang duduk di ruang tamu menonton TV. Dah lama aku tak nampak Kesha lepak dengan May. Kalau selalu, every weekend mereka akan bertapak depan TV bersama. I wonder what happened between them?

"Kesha, jom breakfast. Fiona mana?" Soal Tirah.

Kesha bingkas bangun dan berjalan ke ruang makan, "Entah lah Tirah. Tadi aku masuk bilik dia, kosong. Aku text dia tapi tak reply lagi. Call pun tak jawab."

Kesha duduk di sebelahku. Aku dan Tirah berpandangan antara satu sama lain. Selalu Fiona akan bagitau kalau dia nak keluar. Pelik. Kami menjamu mengikut selera masing-masing. Tirah memang pandai jaga perut kami satu rumah. Dia tahu apa yang kami suka dan tak makan. Dia akan selalu pastikan kami tak pernah tinggal every meal in every day kecuali kalau dia balik rumah keluarganya.

"Hmmm.. Korang tak risau ke?" aku memecahkan kesunyian. Fikiran aku tak dapat lari daripada memikirkan tentang keadaan Fiona. Antara kami semua, Fiona lebih rapat dengan aku. Dia satu kelas aku sejak sekolah menengah lagi. Aku kenal dia lebih daripada kawan-kawanku yang lain. Bila benda macam ni terjadi, aku jadi tak keruan. Macam-macam senario bermain dalam kepala aku sekarang.

"Risau juga. Tapi aku dah try contact, dia memang tak balas sepatah pun," balas Kesha.

"Hmmmm..." aku diam semula. Kemana agaknya Fiona pergi. I hope she's okay.

BengkokWhere stories live. Discover now