Bab 12

8.7K 168 11
                                    


"Macam mana boleh lupa bawa kunci ni? Hmm..."

Sudah tengah malam, aku dan Tirah baru sampai rumah. Mark menghantar kami pulang, manakala Kesha pula tinggal di hospital. Jangan risau, May selamat cuma keadaannya sangat lemah sekarang. Pelawat masih tidak dibenarkan melawat.

Selepas menghantar kami tadi, Mark mendapat satu panggilan telefon daripada tunang May. Dia sudah kembali dari luar negara. Kemungkinan besar, dia akan datang melawat May esok. Aku harap Kesha okay.

"Zee, daripada kau duk termenung bagus kau tolong aku buka pintu ni," kedengaran suara Tirah sedikit geram. Yalah, dah tengah malam, penat, aku boleh pulak layan perasaan. Siapa tak marah kan? Haha...

"Sorry sorry..." aku cepat-cepat mengeluarkan telefon bimbitku. Aku cari nama Shane lalu mendail nombornya. Nasib baik aku ada save nombor dia kalau tak memang mereput la kat luar. Kalau nak harapkan Fiona, dia selalu tidur mati. Phone pulak silent kalau tengah tidur. Aku harap Shane belum tidur lagi sebab aku nampak lampu bilik dia masih terang.

Suara Shane kedengaran di hujung talian. Dia masih berjaga kerana sedang menunggu kami pulang. Aku tak sangka pula dia akan tunggu. So sweet.

Pintu rumah di buka tidak lama selepas itu. Shane berdiri di depan pintu dengan seluar boxer dan singlet. Badannya fit seperti seorang atlet. Kalau aku tak kenal Shane, mungkin aku dah sangkakan dia seorang lelaki. Mata aku tak dapat tahan daripada melihat Shane dari atas ke bawah. Body dia.. Perghhhh.. 

"Kau dah kenapa, Zee?" tegur Tirah, dahinya berkerut. Dia dapat rasakan kerakusan aku merenung Shane dari atas ke bawah tak berkelip.

Aku berpaling ke arah Tirah sambil tersengih, "HAHAHAHA! Nothing.. Jom masuk."

Aku tarik Tirah masuk ke bilik cepat-cepat. Shane bingung melihat gelagat aku.

"Kejaplah, Zee. Ni cepat-cepat nak buat apaaaa?" Tirah melepaskan tangannya daripada genggaman aku. "Sabar okay sayang. Hmmm.."

"EHH! Apa ni? Bukanlah!" aku menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Aku pun tak tahu kenapa rushing sangat nak masuk bilik. Nak cakap horny, tak juga. Entahlah... Haha.

"You guys okay ke tak? May macam mana?" soal Shane, bingung.

"Kami okay. Don't worry haha," jawabku. Tirah pergi ke dapur membuka peti sejuk. Dia lapar kot, tu yang taknak masuk bilik lagi. "May okay. Keadaan dia dah stabil tapi still lemah. Doktor tak bagi masuk tengok tadi. Kesha dan Mark tinggal kat hospital tunggu May sedar. Kenapa kau tak tidur lagi, Shane?" soalku pula.

"I was waiting for you guys balik. Risau juga dah lewat tak balik-balik lagi. Nak call tapi takut ganggu pula. Good to hear that. I hope May will be better tomorrow. I'm going to bed now. Good night guys."

"Thank you for waiting, Shane. Good night too!"

Shane masuk ke biliknya di tingkat atas. Aku pula pergi ke dapur untuk mendapatkan kekasihku. Kalau dia makan before tidur, nahaslah aku. Hmm...

"Lapar ke?" aku peluk Tirah dari belakang saat dia sedang sibuk menyiapkan sesuatu untuk makan. Aku cium lehernya.

"Ahh.. Kau tak lapar ke? Ada dinner tak tadi?" soal Tirah kembali. Aku dapat rasakan kehangatan bibirnya saat dia membalas ciuman aku di pipi.

"Belum dinner lagi. Tadi macam kelam-kabut sikit. Tak sempat nak makan tapi aku tak lapar jugak. Kau masak apa ni?" tanganku masih erat memeluknya. Kepala aku letakkan di atas bahunya. Aku dapat hidu bau Tirah. Wanginya dia walaupun dah lama kat luar. 

"Masak maggi je. Aku masak untuk kau juga ye."

"Ehh takpe. Aku tak lapar sayang. Aku cuma dahagakan kasih sayang kau."

BengkokWhere stories live. Discover now