Semua ahli rumah berkumpul di ruang tamu malam itu. Kehadiran Shane petang tadi memberi sedikit impak kepada Fiona. Dia banyak membisu sejak Shane meninggalkan rumah kami. Apa agaknya gadis itu fikirkan? Aku beranggapan bahawa ini kali pertama dia bertemu golongan seperti Shane, a transman. Aku tidak ada sebarang bantahan jika Shane ingin menjadi teman serumahku. Aku dah bosan mencari. Aku harap yang lain boleh menerima Shane dan berhenti menerima pelawat yang kurang diingini. Haha.
"So.......? Dah ada kata putus?" Aku memecahkan kesunyian. Masing-masing sibuk dengan telefon bimbit. Memang tak habis lah meeting kalau aku tak bersuara.
Fiona mengalihkan pandangannya ke arahku. Dia tenung aku. Senyap. Aku membalas tenungannya sambil menaikkan keningku sedikit. Nampak sangat dia bukan dirinya saat ini. Dia kelihatan kosong.
"Are you okay, Fiona?" Tanya ku lagi. Aku menjadi kurang selesa apabila ditenung lama seperti itu. Dia seperti hendak menjamahku. Okay, aku bergurau. Aku tak faham renungannya. Selalunya aku sangat cekap membaca raut wajahnya terutama saat menjawab test di dalam kelas. Fiona banyak membantu aku dalam menjawab soalan objektif. Kalau jawapan A, dia akan naikkan kening sebelah kiri. Okay! Aku taknak ajar korang meniru, tak elok. Usaha sendiri please! Jangan jadi seperti saya. Huhu.
"Kenapa kau senyap je, Fiona? Something bothering you?" Tirah duduk sebelah Fiona. Dia menggenggam erat tangan Fiona. Sejuk. "Kau sakit ke? Kenapa sejuk ni?"
Aku dan Kesha berpandangan antara satu sama lain. Bingung. Fiona masih membisu.
"Fiona... Are you there??" Kesha duduk di hadapan Fiona. Dia menggoyang lembut bahu Fiona dengan harapan dia sedar daripada lamunannya yang amat merisaukan itu. Fiona umpama dirasuk semangat jahat. Daripada tadi dia asyik membisu, langsung tidak menjawab apa-apa.
"Mungkin aku kena tampar dia?" Aku bangun lalu memasang kuda-kuda, bersiap untuk memberikan sedas tamparan untuk menyedarkan Fiona. Tetapi belum sempat tanganku menyambar pipinya, sedas cubitan cili padi hinggap di pehaku. Kecil tetapi sakit dia tak dapat aku huraikan. Biarlah hati berbicara, haha.
"Ehhh Zee! Gila ke? She's your friend! Tak elok buat macam tu." Tirah lebih pantas daripada aku. Sesungguhnya cubitan Tirah seperti disengat tebuan. Directly on skin!
"Sakitlah giler! Wuuu dah merahhh! Kau kena bertanggupjawab ni Tirah," jeritku sambil menggosok kesan cubitan Tirah yang lemak berkrim itu.
"Malam ni okay sayang?" Tirah kenyit mata. Aku terdiam.
"Ok darling," balasku lembut sambil tersengih.
"WTF?! Can you guys keep it between you guys je? I don't want to know!!" Kesha menutup telinganya. Mungkin itu agak keterlaluan baginya. Tetapi aku selalu nampak dia dan May berbalas ciuman kalau diorang lepak kat rumah. Aku buat lek je. Over pulak Kesha ni. Dehhh...
"Elehhhhh... Cakap oranggg! Sendiri.... Hmmmmm" Aku tertawa kecil bila teringatkan gelagat Kesha dan May. Mereka lebih nakal daripada aku dan Tirah. Time tengah tengok TV pun boleh make out. Aku selalu gak curi tengok. Bukan stalker okay! Aku cuma nak belajar cara nak make out yang betul. Hehehehe..
"Weyy korang! Focus sat. Fiona ni macam mana?" Tirah menyampuk. Keadaan Fiona amat membimbangkan.
"I'm fine. Jangan risau. Sorry aku tak respond apa-apa tadi. Aku tengah fikir...." Fiona akhirnya bersuara. Runtuh sedikit kegusaran dalam hati aku. "Aku okay je kalau korang nak ambik Shane," sambungnya lagi.
"Aku pun okay." Aku angkat tangan. Tirah dan Kesha mengangguk tanda setuju. Aku taknak soal Fiona banyak. Aku tahu dia macam mana. Bila dia rasa dah okay, dia akan cerita juga. Aku akan nantikan cerita dia. Mesti worth to wait.
Jam 11.30 malam, Fiona dan Kesha masuk bilik masing-masing. Aku masih terpacak di depan TV, menonton wayang orang putih. Angelina Jolie terpampang di kaca TV saat Tirah datang untuk memanggilku masuk tidur.
"Tak cukup lagi ke aku punya?" Soal Tirah, serius.
"Huh??" Aku berpaling ke arah Tirah, hairan dengan soalan yang dilemparkan. "What do you mean sayang?" Aku tarik dia duduk di sebelahku perlahan. Kemudian aku merangkul bahunya. Memeluk dia erat sambil memberikan kucupan mesra di dahinya.
"Suka sangat kan dengan Angelina Jolie? Hmmm," Tirah menjelingku. Aku rasa geli hati dengan soalannya. Takkan lah dia cemburu dengan Angelina Jolie? Hahaha. "Aku tahu breast aku tak macam Angelina Jolie. Kau mesti teringin nak rasa yang macam tu kan? Tulah mata tak kelip tengok cerita ni. Hmmmm," tambahnya lagi.
Aku tak tahu nak jawab apa. Aku rasa nak gelak tapi aku tengok Tirah nampak serius. Ada tanda-tanda overly attached girlfriend ni. Hahaha..
"Tengok apa Zee? Eeee orang tanya bukan nak jawab! Sengih.. Sengih.." Satu cubitan lagi hinggap di perutku. Lebih sakit daripada sebelum ini. Aku menggosok-gosok perutku. Aku tergelak sedikit. Entah kenapa aku rasa Tirah comel je cakap benda tu semua. Merepek but for her it's a real deal.
"Hahahaha... Are you being serious sayang?" Aku memeluk dia ketat-ketat. Geram.
"Eeee lepaslah giler!" Tirah menolak aku jauh-jauh kemudian bingkas bangun dan masuk ke dalam bilik. Aku masih ketawa, terhibur dengan telatah Tirah yang kadang-kadang aku tak faham. Aku tak sangka dia macam ni. Aku menutup suis TV lalu masuk ke dalam bilik. Aku nampak Tirah sudah baring berselimut dan bantal aku sudah selamat di atas lantai.
"Aik, tak bagi aku tidur atas katil ke?
"A'ah. Pegi tidur atas lantai dengan Angelina Jolie kau tu. Goodnight!"
"Hmmmm... Okay, if you say so...." Aku baring di atas lantai sambil menjeling sedikit ke arah Tirah. Aku masih tersengih tapi aku cuba kawal. Suasana sepi seketika, aku pura-pura sudah terlena. Tidak lama selepas itu, aku dengar Tirah bangun. Dia datang mendapatkan aku.
"Eeee jahat! Senang-senang je tidur. Aku merajuk bukan nak pujuk!"
Aku tertawa besar. Gelagat Tirah kali ini berjaya menghiburkan aku. Lebih terhibur daripada layan Maharaja Lawak. Aku memeluk Tirah erat-erat. Dia jatuh ke atas badanku. Aku cium dahinya bertubi-tubi. Aku rasa sangat bahagia malam ni. Kehadiran Tirah ke dalam hidup aku mewarnai hari-hariku.
"You're so adorable." Aku merenung ke dalam mata Tirah. Aku nampak reflection aku sendiri. Aku nampak sangat gembira. Aku harap Tirah nampak betapa aku menyayangi dia lebih daripada Angelina Jolie. "Jom tidur!" Aku mengangkat Tirah lalu membaringkan dia di atas katil.
Saat Tirah berpaut di leher ku, dia sempat mencium bibirku. Nafasnya hangat terasa. Saat dia sudah terbaring, kami masih berbalas ciuman. Semakin lama semakin deras. Aku cium telinganya sambil bernafas perlahan. Tangannya sibuk meramas rambutku membuatkan aku semakin buas.
"Sayang....," panggil Tirah, lemah.
"Hmmmm..." Aku masih sibuk mencium Tirah. Dari telinga kemudian turun ke lehernya. Tirah bernafas semakin deras. Badannya naik turun. Aku cium dadanya........
******
Dalam masa yang sama, Fiona sedang menyelongkar biliknya. Dia seperti sedang mencari sesuatu. Dia membuka laci di meja belajarnya. Kelihatan sebuah kotak kecil di dalam laci itu. Kotak berwarna hitam. Fiona ambil kotak itu lalu dibawanya ke katil. Lama dia renung kotak itu. Kemudian dia membuka penutup kotak. Di dalam ada sekeping gambar.
"Shane...."

ANDA SEDANG MEMBACA
Bengkok
Romance"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang insan bergelar perempuan." Ini adalah kisah perjalanan hidup Zee, seorang tomboy, di dalam dunia LGBT. Tidak semua orang dilahirkan dengan nalu...