Bab 3

13.6K 213 20
                                    


Seminggu berlalu. Pantas. May semakin akrab dengan kami berempat. Mula-mula kusangkakan pendiam, rupa-rupanya paling banyak bercakap. Dia bukan bercakap kosong. Setiap ungkap kata ada makna tersirat. Dia umpama penulis novel fiction yang kaya dengan pelbagai bahasa. Aku kagum dengan May. Perwatakan dia, hilai tawanya. Mungkin aku jatuh cinta?

Hujung minggu. Masa untuk bermalas-malasan. Fiona mengajak May melepak di rumah sewa kami. Pada mulanya aku kurang bersetuju kerana aku ingin menakluki ruang tamu itu sepanjang hari. Bermain PS3. Kesha tak kisah kerana aku pasti dia akan menjadi Player Two aku. Tirah pula memang confirm akan keluar bersama encik abangnya. Hanya tinggal Fiona yang sudah naik bosan melihat aku dan Kesha bermain permainan video daripada pagi sampai ke malam.

"Alaaa.. Fionaaa.. aku nak conquer ruang tamu. Kalau May datang, tak dapat la aku nak layan game baru nie," aku menjatuhkan tubuhku di atas sofa. Malas. Kesha hanya melihat.

"Aishh.. kalau ko nak main game, main la. Takde kami nak halang. Aku ajak May sebab nak mintak ajar dia bake cookies. So, most of the time kami akan duk kat dapur je," jelas Fiona. Dia sibuk mengemas rumah. Maklumlah, tetamu nak datang bertandang.

Aku pantas bangun lalu membantu Fiona mengemas. Kesha tergelak kecil melihat telatah kami. Kadang-kadang aku tengok Kesha nie comel juga. Senyum nampak braces. Sweet je nampak. Aku hairan kenapa dia tak ada boyfriend lagi? Package cukup dah. Lelaki pun dah berbaris tunggu dia. Tapi tetap je dia nak single.

"Kesha.. please la. Tak kan nak tolong tengok je. Jangan nak berat bontot sangat," aku menarik Kesha bangun. Dia terpaksa akur dengan permintaanku. Aku kan Player One dia. Mestilah dengar cakap.

"Tirah dah keluar ke?" tanya Fiona. Aku dan Kesha angguk. "Awalnya dating. Mungkin diaorang tolong buka mall, kan?" Hilai tawa kami memecahkan kesunyian di rumah dua tingkat itu. Eman, kekasih Tirah, yang membantu kami mendapatkan rumah sewa ini dengan kadar yang rendah. Untunglah jadi anak Dato' kan.

Selang 2 jam, May tiba dengan segalas beg. Beg apa pula besar-besar nie? Tak kan nak stay overnight? Kalau ya, bagaimana? Hmmmm... padam padam! Tak boleh fikir macam tue la!

"Hi Zee, Kesha," May melemparkan senyuman. Laju saja senyuman itu menusuk hati aku. Seperti dipanah Dewi Cinta. Berbunga-bunga rasanya.

"Hi May. Masuklah. Buat macam rumah sendiri," Kesha membalas. "Fiona ada kat dapur tue. Ko duduk la dulu k."

Aku hanya membalas May dengan senyuman. Entahlah sejak bila aku segan silu dengan budak nie. Kesha nampak raut wajah aku. Dia faham. May duduk di sofa, memerhatikan aku menyiapkan PS3 untuk sedia dimain. Kesha sudah hilang masuk ke dapur, mencari Fiona. Kini aku berduaan dengan May.

DUB DAB DUB DAB... semakin pantas degupan aku. Rasa awkward pula ketika diperhatikan. May mendekati aku. Aroma badan May segera menusuk rongga hidungku. Harum.

"Game baru ke?" May mengangkat kotak game yang terbaring di atas lantai, di sebelah aku. Dia membelek-belek kotak itu. Membaca setiap perkataan yang ada.

"A'ah.. Baru release last month."

Resident Evil 6. Leon Kennedy adalah idola aku. Gaya rambut kami hampir sama. Kalau aku lelaki, berkemungkinan besar aku boleh berlakon sebagai Leon. Puji diri sendiri pun boleh...

May angguk-angguk. Dia meletakkan kembali kotak game itu kemudian duduk di sisiku. Too near. Aku mengesat peluh dingin. Nervous! Aku dapat rasakan May merenung aku. Aku buat biasa. Kalau nampak cuak, pasti dia akan tahu.

BengkokWhere stories live. Discover now