Bab 34

6.2K 159 43
                                    

Aku tengok Ika menangis sebelah aku. Walaupun senyap, aku nampak air matanya perlahan-lahan turun ke pipi. Aku nak tegur tapi taknak ganggu dia focus tengok movie Me Before You. Aku tak faham movie ni. Apa yang sedih sangat? Dari tadi aku membebel tanya itu ini, tapi Ika langsung tak layan persoalan aku. Dia suruh aku diam dan hayati. So, sekarang aku pun diam. Haha..

Ohya. Hari ni aku tak pergi kerja. MC. Demam aku tak surut lagi. Ika pula sanggup ponteng kelas gara-gara nak jaga aku. Terharu giler. Pagi tadi aku bangun, dia dah siap-siap text Theresa inform tentang keadaan aku. Bila aku dah rasa kepala aku macam dah ringan sikit, aku bangun then keluar dari bilik. Aku nampak pemandangan paling indah di mata aku. Ika sedang menyediakan sarapan pagi. Dah lama dapur aku tak berasap.

Selesai je Ika siapkan sarapan pagi, kami pun duduk depan TV. Sambil makan, sambil tengok movie ni.

"Kenapa-" tak sempat habis ayat, percakapan aku dibidas.

"SHHHH! Diam. Habiskan semua tu."

Aku buat muka sedih. Kesian aku tak dilayan. Huhu.. Nak habiskan makanan, memang semua dah habis pun. Yang tinggal pun hanya lebihan junk food Theresa semalam. Tak kan nak makan tu for breakfast?

Aku berpaling ke dapur. Aku masih nampak bekas yang Ariana bagi semalam di atas kaunter. Tak berani aku nak makan selepas kejadian kereta rosak semalam. Dia tak tahu ke aku nampak dia dari tepi jalan? Hmm.. Macam-macam persoalan timbul dalam kepala aku.

"Tengok apa?" soal Ika. Dia nampak aku merenung ke arah dapur. FYI, you don't have to lie when a girl ask that kind of question. 99% she already knew what you are up to.

"Bekas semalam tu. Taknak buang ke?" Aku memuncungkan bibir ke arah bekas itu.

"Dah buang isinya pagi tadi. Dah tak elok."

Aik? Cepatnya rosak. Setahu aku bubur boleh tahan lama sikit kan? Atau sebab aku tak letak dalam peti? I don't know. Aku jarang masuk dapur. Huhu. Tiba-tiba aku teringat suara semalam. Be careful? Itu ke maksud dia? Huhu. Scary...

"Buang sekali dengan bekas dia." jawab ku spontan. Sebenarnya dah takut. Haha.

"Gila ke? It's Tupperware. Mahal kot."

"Eeee.. Nanti ada keluar jin dari bekas tu. Tak takut ke?" Aku saja nak sakat Ika. I know it won't happen. Or it will? Hmmm..

"Tulah. Tengok banyak sangat horror movies." Ika bangun dari sofa. Mengemas meja di depan kami. Kemudian dia masuk ke dapur. Aku ikut Ika.

"Then nak buat apa dengan bekas ni?" soalku sesaat tiba di kaunter dapur.

"Kau makan ler." gurau Ika. Yea, very funny!! Hmmm... Aku termenung je depan bekas tu. Tak tahu kenapa aku rasa semacam. Adakah kerana demam aku atau benda ni memang berpuaka? Nak try gosok ke? Maybe keluar jin. Hahahaha...

"Rindu Ariana ke?" jeling Ika selepas dia selesai membasuh pinggan mangkuk. Dia kembali di depan TV. Macam biasa, aku follow dia seperti anak anjing yang manja dengan tuannya.

"No lah. I cuma rasa pelik." Aku menceritakan sekali lagi tentang kejadian petang semalam. Kali ini, Ika dengar dengan tekun setiap ayat yang keluar dari mulut aku. Wajahnya berubah.

"Jangan kawan dengan dia lagi lah. Macam tak betul je dia tu."

"Yes. Hopefully she's normal."

"How's your head? Masih pening ke?" Ika memeriksa suhu di dahiku, kemudian beralih ke leherku.

"Dah okay sikit. Thank you for taking care of me." Aku senyum sampai telinga. Happy sangat dia ada di depan aku sekarang. Aku memuncungkan bibir minta dicium. Yes, I know. Gedik giler kan? So what??!!!! I need kasih sayang ok. HAHAHAHA!

BengkokWhere stories live. Discover now