The Closure

6.6K 173 72
                                    

Aku menyedut rokok dalam-dalam. Aku ingin semua masalah aku hilang cepat-cepat tapi aku tahu tiada yang selesai kalau aku asyik lari daripada masalah. Aku duduk di birai katil, menghadap tingkap yang terbuka luas. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa. Sejuk.

Aku bangun dari katil lalu mencapai baju-T yang tergantung di kerusi tidak jauh dari katil. Mungkin korang tertanya-tanya apa dah jadi kat hidup aku sekarang kan? Aku pernah cakap nak jadi better person kan? Too bad, lagi mudah cakap daripada buat.

Dah banyak perubahan pada diri aku dalam masa 3 tahun ni. Yes, aku dah start ambik testosterone 2 tahun lalu. Last year aku dah buat top surgery. Aku gembira tengok perubahan aku sekarang tapi aku masih rasa kosong. Ada yang kurang....

"Good morning, babe..." suara manja mengejutkan aku daripada lamunanku. Aku tengok di atas katil. Ada seorang gadis berambut blond sedang menggeliat. Dia hanya berselimut, tiada seurat benang pun di atas badannya.

"Morning..." aku hembus asap rokok perlahan-lahan. Shit. Aku tak ingat nama dia.

"You up early. Come here in bed with me." gadis blond itu menghulurkan tangannya. Tanpa berfikir panjang, aku menyambut pelawaannya dengan lembut kemudian melabuhkan badan di sisinya. Jari jemari gadis blond itu merayap di atas dadaku. Aku langsung tidak menghiraukannya. Fikiran aku melayang entah ke mana.

Sekarang aku hidup di perantauan. New York. Kebanyakkan orang kat sini memang open minded. Mereka menerima orang-orang macam aku. Transguy. But you have to inform them first.

Macam mana aku sampai sini? Haha. Aku rasa korang mesti dah boleh agak. Mestilah dengan bantuan Theresa also known as my stepmum. Crazy right? Tapi takkan aku nak halang ayah aku kan? Dia dapat menerima aku seadanya, takkan aku nak halang mereka pula. As long as my dad happy, I'm happy. Family 69. Haha.. Nasib baik Qis normal.

"Are you OK?" gadis blond tu menegurku bila aku langsung tak bagi respon dengan kemanjaannya. Matanya yang biru tu merenung aku dalam-dalam.

"I think you should go. I'll call you later ok." Aku menolak tangannya ke tepi kemudian bangun dari katil. Aku matikan rokok di ashtray kemudian memungut pakaian gadis itu yang bersepah di atas lantai. Gadis itu nampak bingung.

"Have I done something wrong?" Dia duduk di atas katil, menarik selimut membaluti tubuhnya. Aku lempar pakaiannya ke arahnya. Aku nak dia pergi cepat.

"No. You're fine. I'll call you later ok." Aku mencium dahinya saat dia sedang sibuk berpakaian. Dia nampak marah. Yelah. Siapa je tak marah kena buat macam gitu kan?

Aku rasa aku jumpa dia kat club semalam. Tak ingat sangat. Sejak tinggal kat perantauan ni, hidup aku jadi tak tentu arah. Siang kerja, malam clubbing. Kalau tak clubbing, text random girl dalam contact list then ajak keluar dating. Entahlah... Mungkin aku cuba mengisi kekosongan dengan cara macam ni kot.

Sakitnya kepala aku. Kesan alkohol semalam tak habis lagi. I need black coffee. Selesai je gadis blond tu bersiap, aku sajalah bertukar number phone dengan dia untuk sedapkan hati. At least, dia pergi dengan hati yang senang. Baguslah.

Aku membuka kabinet di dapur mencari serbuk kopi namun sia-sia. Aku lupa beli barang dapur. Aduh. Begini la hidup orang bujang. Tak terurus. Hmmm.. Terpaksalah turun bawah beli kopi. Nasib baik ada kedai kopi kat seberang jalan. Aku capai bomber jacket dan pakai jeans, kemudian berjalan lemah keluar dari apartmen aku. Selepas tengok kiri dan kanan, aku pun melintas ke seberang mengikut aroma kopi Arabica yang sedang dibrew.

"Good morning, Zee." Barista di cafe itu menegurku sejurus aku melangkah masuh. Mestilah dia kenal kalau dah hari-hari muka aku masuk sini. Haha.

"Morning Maria. Give me the usual, please. Thank you!" Aku duduk di satu sudut yang terpencil dan malap. Kurang sikit sakit kepala aku. Aku keluarkan phone. Sambil tunggu kopi aku sampai, aku update diri aku dengan hal ehwal semasa. Aku tengok news. Kerja aku memerlukan aku untuk peka dengan isu semasa yang berlaku di setiap pelosok dunia.

BengkokWhere stories live. Discover now