Bab 5

11.7K 214 25
                                    

Isnin. Hujung minggu berlalu dengan pantas. Dua hari bagaikan 2 minit. Tak rasa sangat beristirehat. Tirah baru balik pagi tue. Kelas dia dan Kesha mula jam 10.30 pagi. Aku dan Fiona pula mula jam 11 pagi. Kami akan berjalan bersama ke kolej nanti. Kolej dari rumah sewa kami tak jauh. 15 minit berjalan kaki sahaja. Tempat yang strategik dan sewa yang rendah. Sangat berbaloi.

"Hi kawan-kawan. Lama tak jumpa," Tirah berdiri di muka pintu dengan beberapa bakul plastik di tangan. Shopping barang dapur ke? Tirah selalu begitu. Walaupun jarang berada di rumah, dia tak pernah berkira untuk bayar api dan air sama rata. Barang-barang dapur juga dia selalu belikan tanpa mengharapkan satu sen pun daripada kami.

"Eh, Tirah! Ko beli apa lagi nie?" Fiona bingkas bangun. Awal pagi lagi dah buka TV. Tengok kartun budak-budak sambil menghirup teh panas. Dia membantu mengangkat barang-barang Tirah ke dapur.

"Barang sikit untuk kauorang masak-masak. Hehe."

"Laa, tak payah beli banyak-banyak. Ko bukan selalu kat rumah nie." Fiona menyelongkar barang-barang dalam plastik. Ada Milo, Nescafe, tepung, sayur-sayur, Keropok Mony.

"Takpe la, Fio."

Mereka berdua menyusun barang-barang ke tempat sepatutnya.

"Zee and Kesha mane? Tak bangun lagi?" soal Tirah.

"Tengah siap-siap kot. Tadi nampak Zee masuk toilet dah. Kesha pun."

"Masuk toilet sama-sama?"

Fiona ketawa. Soalan yang Tirah ajukan tadi menggelikan hatinya. Tirah hanya turut ketawa. Kes Kesha dan May kelmarin dia belum tahu. Sambil mereka mengemas barang, Fiona menceritakan segalanya. Tirah terkejut besar. Ketawanya yang kecil tadi menjadi lantang. Kesha cepat-cepat keluar dari biliknya.

"Apa yang lucu sangat awal pagi nie?"

"Wow Kesha.. so, May is your first kiss?" Tirah mengusik. Wajah Kesha berubah. Selepas May balik kelmarin petang, Zee terus menceritakan perihal Kesha dicium May. Mereka ketawa tak henti semalam.

"Wey korang.. Jangan la usik Kesha. Haha," aku turun dari tingkat atas. Sudah selesai bersiap. Kesha mendekati aku dan menghadiahkan aku sedas cubitan yang amat perit di lengan. Muka amai-amai terus jadi fresh! "OUCH! Kesha.. apa nie?!" aku mengosok-gosok tempat yang dicubit.

"Balasan sebab ko ceritakan!" Kesha masuk ke dalam biliknya semula. Aku hanya menggeleng-geleng. Senyum. Semalam okay je, hari ini emosi pula. Haha.

"So, she's a lesbian? Kenapa dia pilih Kesha? Bukan Zee?" Tirah masih dalam tanda tanya.

"Dia suka yang lady like. Dia tak suka yang nampak keras macam aku nie," jawabku ringkas sambil menuang air teh ke dalam cawan.

"Hmmm.. Apa rasanya ek kalau jatuh cinta dengan perempuan?" Tirah memandang aku. Aku terhenti. Fiona juga. Nada Tirah kedengaran serius.

"Ko nak test ke, Tirah?" soal Fiona. Aku diam saja.

"Kalau ada yang sudi, nak juga try." Tirah senyum. I thought she's in love with her boyfriend.

Fiona datang menghampiri Tirah. Dia pegang bahu Tirah. Mendekatkan mukanya ke arah Tirah. Tirah hanya berdiri kaku. Aku terbeliak besar. Kalau aku kartun, mungkin biji mataku sudah keluar bergolek. Dengan otak sekali terkeluar melalui soket mata.

Fiona berhenti. Memandang Tirah yang masih tenang berdiri di depannya. Ternyata gadis itu kelihatan cantik jika dilihat dekat-dekat. Bulu matanya lentik dan tebal. Tak perlu pakai eyeliner. Kulitnya lembut. Kalau aku tak kenal Tirah, mungkin aku ada crush dengan dia.

"Woi, kauorang buat apa nie?" aku memecahkan kesunyian.

Tiba-tiba Tirah menangis. Dia peluk Fiona ketat-ketat sambil menangis teresak-esak. Aku terkejut, Fiona juga. Aku berdiri lalu mencapai tisu untuk diberikan kepada Tirah. Aku dan Fiona dilanda seribu persoalan. Fiona bawa Tirah ke ruang tamu, mereka duduk di sofa. Tangisan Tirah berkurangan.

"Tirah, kenapa nie? Did I scare you?" soal Fiona perlahan. Dia mengusap-usap rambut Tirah.

"No.." Tirah menjawab, masih menangis.

Aku duduk di hadapan mereka berdua, bersila di atas lantai. Aku amati wajah Tirah lama-lama. Tirah memandang aku. Air matanya masih deras membasahi pipi. Aku menyapu pipinya dengan tisu. Dia melepaskan Fiona kemudian berpaling ke arah aku. Aku dan Fiona berpandangan.

"Zee, be my girlfriend." Tirah pegang tangan aku.

Your girlfriend?! Aku tak mampu berkata-kata. Kenapa tiba-tiba sahaja hidup aku penuh dengan drama nie? Mana Eman? Banyak soalan bermain dalam kepala aku. Ingin bertanya namun bibir aku terkunci rapat.

"Tirah?" Fiona memegang bahu Tirah. Tirah pandang Fiona. "Eman?" soal Fiona ringkas.

Tirah hanya teresak-esak. Belum ada jawapan keluar dari mulutnya. Aku dapat rasakan ada benda terjadi antara dia dan Eman. "Eman dah kahwin," jawab Tirah tak lama selepas itu.

Aku dan Fiona terkejut lagi. Dah kahwin? Tirah menceritakan semuanya. Rupa-rupanya Eman sudah bergelar suami orang sejak pertama kali mereka berkenalan. Wajah Eman yang awet muda berjaya memperbodohkan sesiapa sahaja.

Hari Sabtu yang lalu Eman membawanya keluar awal dengan hasrat ingin mempertemukan Tirah dengan isterinya. Eman sudah memasang hajat untuk menjadikan Tirah isteri kedua. Eman baik. Dia tak pernah buat jahat kepada Tirah. Cuma berita tentang Eman sudah berkahwin membuatkan Tirah tidak dapat menerima Eman lagi walaupun hajat Eman tak salah disisi undang-undang. Eman menghormati Tirah, tak pernah sentuh Tirah apa lagi membuat lebih-lebih. Isteri Eman memberi kebenaran kepada Eman kerana tidak dapat memberikan zuriat kepada Eman. Hanya Tirah yang tak dapat menerima. Dia tak nak berkongsi kasih sayang. Dia tahu isteri Eman juga berat ingin dimadukan. Tirah tarik diri. Dia tak sanggup. Dari raut wajah isteri Eman nampak sedikit kelegaan kerana sangat peritnya apabila dimadukan.

Aku dan Fiona terkejut. Tirah terus menangis. Aku memeluk Tirah, biar dia menangis dalam dakapan aku. Aku seperti faham dengan apa yang Tirah rasakan sekarang. Perasaan apabila orang yang kita sayang memiliki orang lain. Perit. Sakit. Tapi itulah lumrah dunia. No pain, no gain. Sekarang aku lebih tabah.

"Zee? Tirah?" Kesha muncul. Dia tertanya-tanya.

Aku pusing melihat Kesha. Tirah masih menangis. Macam mana nak pergi kelas nie nanti? Fiona melihat jam. Sudah pukul 9.34 pagi. Dia belum bersiap lagi. Dia pantas naik ke tingkat atas. Kesha menghampiri aku. Dia melihat Tirah yang lemah menangis dalam pelukan aku. Mata kami bertentang. Kesha angguk. Dia faham.

Hari Isnin. Kami pergi melepak di shopping mall. Main bowling, karaoke, makan luar dan tengok wayang. Aku, Fiona dan Kesha bersetuju untuk ponteng hari ini. Satu kelas je, tak apa. Kami tak nak biar Tirah berduka. Dia selalu bantu kami. Sekarang masanya untuk kami membalas budi baiknya selama ini. Aku ingin Tirah tersenyum kembali. Senyum untuk kami. Senyum untuk dirinya sendiri. Jangan sedih, Tirah. Kami ada!

BengkokWhere stories live. Discover now