Aku berdiri di depan rumah. Sudah jam 3 pagi. Mesti semua orang dah tidur. Selepas mengucapkan selamat tinggal, Theresa terus memandu pergi. Aku melepaskan satu keluhan. YES! Aku pun kecewa macam korang jugak. Muka lawa macam Victoria's Secret angels namun... Masih terngiang-ngiang confession Theresa tadi. Transwoman? But why she looks so damn pretty?! Flawless... Haizzz... Dah lah. Nak kecewa lama sangat pun dah tak guna. Dia dah lama transgender. Sejak umur 19 tahun. Sekarang dia dah 30-an. Mungkin sebab tu dia dah transform elok punya. Hmmm...
"Nak tidur luar ke?"
Satu suara menegurku. Aku terkejut daripada lamunan kemudian mencari-cari tuan empunya suara itu. Aku nampak pintu rumah terbuka dan ada sedikit cahaya keluar. Siapa tak tidur lagi ni? Tirah ke?
"Tirah? Tak tidur lagi ke?"
"Bukanlah, bongok. Ni aku, Kesha."
"Laaa.. Kau berdiri dalam gelap mana la aku cam. Yang lain semua dah tidur ke?"
"Dah kot. Senyap je."
"Tirah?"
"Dia balik rumah parents dia."
Aku terkejut. Balik rumah parents dia??? Kenapa tak bagitau aku dulu? OHYA! Aku lupa. Aku dah matikan phone aku tadi. Oh my.. Matilah aku. Aku cepat-cepat mengeluarkan telefon dari dalam poket seluar kemudian menghidupkannya.
"Kenapa kau off phone doe?" Kesha mula membuka soalan. Suara dia macam sedikit kasar.
"Aku... Errr..." aku tak mampu nak jawab soalan Kesha sebab aku sendiri tak tahu kenapa aku matikan telefon tadi. Kalau aku jawab aku rimas okay ke? Hmmm.. Mestilah tak okay kan. Nampak sangat aku ada niat tak baik.
"Tirah nangis teruk kot tadi. Kami try call kau, tak dapat. May try call Theresa pun, tak dapat. Kesian aku tengok Tirah tadi. I harap kau ada alasan yang kukuh untuk backup diri kau, Zee."
Aku diam sahaja. Tertunduk. Saat phone aku dah hidup, berpusu-pusu notifications masuk. WhatsApp, SMS, misscall dan lain-lain. Aku tak tahu nak cakap apa kat Kesha. Dia berdiri saja di depan pintu, melihat aku yang sedang scroll phone.
"Tak payah la tengok, Zee. Dah terlambat."
"I'm sorry aku dah buat korang risau." Aku menjawab lemah. Aku rasa bersalah sangat terutama pada Tirah. Aku buka WhatsApp text daripada Tirah. Banyak sangat. Aku baca satu-satu. Marah, risau, sedih, takut dan kecewa. All in one time. Apa aku dah buat kat Tirah? Text dia yang terakhir mengucapkan selamat tinggal. Aku terkedu. Selamat tinggal? Dia tinggalkan aku ke?
"Dah lah, Zee. Aku nak tidur dulu. Kalau kau betul-betul sayangkan Tirah, bagus kau pergi pujuk dia cepat." Kesha meninggalkan aku sendirian di luar. Kaki aku dah macam kena simen. Berat, tak mampu nak gerak. Too much shocking news in one night. Aku rasa pandangan aku dah berpusing-pusing. Kepala aku dah berat. Tiba-tiba semua jadi gelap.
* * * * * *
"Dia off phone!!" pekik Tirah. Mukanya yang putih gebu tu jadi merah padam.
"Mungkin phone dia habis battery, Tirah." Shane cuba menenangkan Tirah yang sudah naik berang. Mereka semua lepak berkumpul di ruang tamu. Masing-masing cuba untuk menenangkan suasana.
"Janganlah fikir bukan-bukan, Tirah. Theresa tu kan boss dia. Takkan la Zee nak curang dengan boss dia sendiri." Kali ini Kesha pula cuba menenangkan kawan baiknya itu.
"Korang tak nampak ke cara Theresa tengok Zee? Cara dia cakap dengan Zee? Cara dia layan Zee?" balas Tirah pula dengan nada yang semakin kencang.
"Dia memang layan semua orang macam tu kot. Lagipun, Theresa takkan dapat buat apa-apa kalau Zee setia kat kau. I know Zee, dia takkan curang." jawab Fiona. Dia kenal aku lebih lama daripada Kesha dan Tirah mengenaliku. Sejak sekolah menengah lagi. Aku memang susah nak rapat dengan orang.
"I don't know anymore...." Tirah terduduk lemah di sofa. Dia pasrah dengan apa yang akan terjadi. "You guys nak tahu something tak?" sambungnya lagi.
Kesha, Fiona dan Shane mengangguk serentak. Tirah merenung rakannya seorang demi seorang. Sayu sahaja.
"My dad..." Tirah terdiam seketika kemudian sambung, "My dad... Dia nak aku kahwin dengan Eman."
WHAT??!! Tiga sekawan itu terkejut beruk mendengar berita dari mulut Tirah. Kahwin dengan Eman yang dah beristeri tu?
"But why so sudden???" soal Fiona, terkejut.
"Eman baru je divorced and kalau kami kahwin boleh bantu expand business family aku. So.. Yeah, I have no choice guys." Air mata Tirah semakin deras membasahi pipinya. Dia cuba kuat walaupun dia sudah tidak mampu menanggung seorang diri. Kerana itulah dia terpaksa memberitahu rakan-rakannya. Lagipun sampai bila dia nak rahsiakan hal ini. Soon or later, they have to go to her wedding jugak.
Fiona dan Kesha duduk di sebelah Tirah. Cuba untuk menenangkannya. She has been through so many things.
"Zee tahu ke pasal ni?" soal Kesha.
Tirah hanya menggeleng. Kesha dan Fiona berpandangan antara satu sama lain.
"When is the wedding?" Fiona pula bertanya.
"I don't know. My dad dah call banyak kali suruh balik and set the date. Tapi aku keep tangguh-tangguh. Aku takut nak hadapi semua tu.. Padahal dulu time aku dengan Eman, getting married was my favorite topic. But bila nak bincang sekarang, aku rasa nak lari je."
"Lari?? Lari p mana?"
"Taktau... Anywhere... with Zee."
"You really love her kan, Tirah?" Shane tiba-tiba menyampuk.
"Of course I love her sangat-sangat. She's different. Whenever I'm with her, I feel warm and safe. She's my home. Aku dah terlanjur sayang sangat kat Zee. Layanan dia buat aku rasa sangat dihargai. Aku tak tahu macam mana nak bagitau dia nanti...." tangisan Tirah semakin kuat, badannya menggeletar menahan sebak.
"Kenapa aku rasa sakit sangat? Time dengan Eman dulu, aku tak rasa sakit macam ni." sambung Tirah lagi. Dia sudah tidak dapat menahan rasa sebak di dada.
"Because real love hurt so bad."
YOU ARE READING
Bengkok
عاطفية"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang insan bergelar perempuan." Ini adalah kisah perjalanan hidup Zee, seorang tomboy, di dalam dunia LGBT. Tidak semua orang dilahirkan dengan nalu...