Bab 26

6K 154 53
                                    


Home sweet home. Aku renung di setiap bucu rumah aku. The memories are still there. In every corner of this room. Aku masih dapat rasakan kehadiran Tirah. Yalah, dia pergi pun tak sampai sebulan. Aku masih belum biasa kehilangan dia. Inikan pula untuk selamanya. Aku dah terlalu biasa dia ada di sisi aku setiap masa. Menjaga makan minum aku. Susah senang bersama-sama. Bila dia dah tak ada, separuh jiwa aku turut pergi. Sebab tulah ada pepatah berkata, kalau bercinta jangan bagi 100% kerana jikalau berpisah kau jadi 100% orang lain lepas tu. I've learned my lesson.

Aku menarik luggage masuk ke dalam bilik kemudian keluar semula ke ruang tamu. Aku rasa kosong sangat. Tak tau nak buat apa. Selalu ada je orang nak kacau. Kali ni, hanya memori kami bersama menghiburkan hari-hari aku.

Aku melabuhkan badan di atas sofa yang empuk. Letih juga. Jam dah menunjukkan tepat pukul 6 petang. Esok aku dah start kerja. Aku harap aku dapat lalui semua ni dengan tabah. Sedang aku asyik melayan perasaan, handphone aku berbunyi. Ada text WhatsApp masuk. Sekarang orang dah jarang pakai SMS.

 > Hi. Ni Leen. Dah boleh datang ambik phone kau.

Tepat pada masanya! Aku pun dah mereput dok lama-lama kat dalam rumah ni. Sekarang dah ada motif untuk keluar. Selepas membalas text Leen, aku bingkas bangun dari sofa lalu mencapai kunci kereta yang tergantung kemas di dinding bersama kunci-kunci lain. Aku harap Kesha tak lupa untuk hidupkan enjin kereta aku sepanjang aku tak ada kat sini. Kalau dia lupa, peratusan kereta aku untuk tidak hidup sangat tinggi!

Aku berjalan ke arah kereta ku, Axia kuning yang diparkir di bawah pokok tidak jauh daripada bangunan apartmen aku. Mata aku liar melihat sekeliling kemudian terhenti pada sebuah kereta yang sedang dipandu laju menghampiri aku. Aku terkejut. Nak langgar orang ke ni? Gila! Aku mempercepatkan langkah, berdiri di tempat yang lebih selamat.

"Going out?" tegur tuan kereta itu sejurus cermin keretanya diturunkan. Oh, Theresa rupanya. Kalau dia yang drive memang macam orang nak cari gaduh sikit. Laju semacam.

"Ishh.. Ingatkan siapa tadi. Yes, I'm going out. Why are you here?"

"Duhh! I want to see you, Zee. Tak kan I nak jumpa Pak Guard depan tu pulak? They are not my type OK."

Aku tergelak dengar jawapan Theresa. Aku pernah nak try adjust kan Theresa dengan pak guard yang menjaga kawasan apartment ni. Yalah, Theresa pernah cakap taste dia yang ala-ala foreigner. Aku kasi lah pak guard Bangladesh kat dia. Satu hari tu dia maki-hamun aku tak henti. Geram dengan aku. HAHAHA! Tapi aku rasa terhibur melihat gelagat Theresa. Dia seorang boss yang sangat baik dan caring. Aku beruntung dapat kenal orang macam Theresa.

"What are you laughing at?" soal Theresa, hairan dengan perangai aku.

"HAHAHA! Nothing.. Nothing.. I cuma teringat kejadian hari tu je."

Theresa menarik kaca mata Ray-Ban nya dari muka, menampakkan anak matanya yang merenung aku tajam. Aku terus menutup mulut selepas melihat matanya umpama helang yang sedang mencari mangsa. Ya, ya. Aku diam. Huhuhu.

"Tau takut. Come on, hop in." Theresa menaikkan kembali cermin keretanya. Tak sempat aku nak jawab. Pasrah jelah.

Aku berlari-lari anak ke tempat duduk penumpang di sebelah. Aku buka pintu lalu masuk ke dalam kereta mewah berwarna merah itu. WOW! Benda pertama sekali aku terfokus ialah peha gebu milik Theresa. Dia mengenakan seluan Jeans mini dan baju baby-T berwarna hitam dengan sedikit aksesori tambahan seperti gelang buckle dan rantai choker. Rambutnya dibiarkan terurai rapi. Theresa ni tak pernah la nampak tak lawa. She's always look good in everything she wears. Is it because of her body or her confidence? Whatever it is, I have a drop dead gorgeous boss! Haha.

BengkokWhere stories live. Discover now