Dah berbulan berlalu sejak kejadian kekasih aku hampir dijadikan isteri orang. Berbulan? Maybe dah nak dekat setahun. Cepat masa berlalu. Selepas kejadian tu, aku jadi lebih rapat dengan keluarga Tirah. Mereka menerima aku seadanya, seperti anak mereka sendiri. Aku tak pasti kalau kedua orang tua Tirah mengetahui hubungan kami atau tidak. Kadang-kadang aku tertanya-tanya juga tetapi Tirah tidak ingin membangkitkan isu itu dihadapan ibu bapanya. Dia selesa dengan keadaan kami sekarang.
Hari ini hari Ahad. Aku memutuskan untuk beristirehat di rumah sahaja. Rumah apartment 2 bilik 1 tandas yang dilengkapi dengan dapur dan ruang tamu selebar 2 depa. Okay lah untuk orang bujang macam aku. Lepas habis study hari tu, Theresa memberikan peluang pekerjaan di syarikatnya sebagai Junior Marketing Executive. Rezeki jangan ditolak kan? Apartment ni pun Theresa sponsor sebab dia kata aku banyak tolong dia sejak Eman mencemuhnya. Macam-macam terjadi beberapa bulan lepas dan aku rasa lebih kuat kini.
"Tak keluar hari ni?" Tirah menegurku sejurus dia keluar dari bilik.
"Tak. Nak rehat je hari ni." Aku menghulurkan tangan ke arah Tirah, menarik dia duduk bersama aku di sofa ruang tamu. Tirah duduk di sisi aku lalu melabuhkan badannya di bahuku. Aku peluk dia erat-erat. Aku cium dahinya, renung matanya dalam-dalam. I wish this moment will never last.
"What's wrong, Zee?" Tirah mengusap lembut rambutku, dia membalas renunganku.
"How do I live without you?"
Suasana di dalam rumah sepi seketika. Hanya bunyi kesibukkan ibu kota di luar rumah yang memberikan sedikit gangguan saat itu. Tirah menggenggam erat tangan aku.
"Kan kita dah bincang." Aku nampak mata Tirah mulai berkaca, menahan sebak barangkali. Tapi dia masih mencuba membalas renungan aku setenang yang boleh.
"Sorry... Kadang-kadang aku tak dapat berhenti fikir. I shouldn't ask that." Aku mengesat air mata Tirah yang hampir jatuh ke pipinya. I will miss her soft skin.
"Aku faham, Zee." Sebuah senyuman terukir di wajah Tirah walaupun matanya terpapar seribu satu kesedihan yang aku tahu dia dah tak dapat tanggung sendiri. Aku cuba untuk mengurangkan kesedihannya tapi Tirah seperti tidak membenarkan aku masuk ke dalam mindanya. Bukan nak acah-acah Edward Cullen ok boleh baca mind orang tapi sekadar untuk berkongsi perasaan. Setiap kali aku cuba tanya, Tirah akan mengubah topik. Aku tak sanggup tengok dia menderita sendiri.
"Hmmm... Jom keluar tengok wayang. Dah lama kita tak movie date." Aku cuba menceriakan Tirah.
"Today?"
Aku angguk.
"Sorry, tak dapat Zee. Aku ada medical check up."
"Oh, kenapa tak bagitau? Nak aku hantarkan?"
"Takpe. My parents datang ambik nanti."
Aku terdiam. Tirah seperti ingin menolak aku daripada hidupnya. Tipulah kalau aku cakap aku tak kesah. Sebenarnya aku kecil hati juga. Dia dah jarang bagitau aku apa-apa. Aku dapat tahu tentang penyakit dia pun daripada Theresa. Theresa terlepas cakap. Kanser otak katanya. Aku terus call Tirah tanya kesahihan berita yang aku dengar daripada Theresa. Tirah tenang menjawab, dia kata baru peringkat pertama. It's treatable. Aku marah juga sebab Tirah taknak bagitau tapi apakan daya, sampai bila aku nak marah kan. She have something else to think about. Aku taknak tambah peningkan kepala dia.
"Jam berapa appointment?"
"Dalam jam 2."
Suasana sepi kembali. Kadang-kadang aku rindukan Tirah yang dahulu. Seorang yang ceria dan bertenaga. Kini dia nampak sentiasa letih. Mungkin kesan daripada kemoterapi. Aku tak tahu nak buat apa dah. Semakin aku cuba untuk membantu, semakin keras dia menolak aku jauh dari hidupnya. Aku dah buntu.
"Aku nak rehat dalam bilik ok." Tirah bangun dari sofa. Aku cuma mengangguk. Sebelum Tirah masuk ke bilik, dia berpaling..
"I love you, Zee."
* * * *
Itu kali terakhir aku mendengar suara Tirah. Memori ni tak pernah lupus dari ingatan aku. Duduk dalam rumah buat aku jadi semakin tak tentu arah. Malam dan siang tiada beza. Aku belum bersedia untuk kehilangan Tirah tapi semuanya terjadi sepantas kilat. Aku tak sangka itu kali terakhir aku merenung wajahnya. Aku tak pernah sayang seseorang seperti aku menyayangi Tirah. She was my everything and now I have nothing.
Bila aku renung dapur, aku nampak Tirah sedang menyediakan breakfast untuk aku. Bila aku tengok bilik kami, aku nampak dia membetulkan rambutnya di depan meja solek. Di ruang tamu, dia suka duduk di atas kerusi dekat tingkap sambil membaca buku. Katanya di situ dia rasa tenang dan lebih focus tapi aku selalu balas kat situ bising bunyi enjin kereta. Too many memories here.. I can't. Aku menangis sekuat hati. Aku memang dah tak kuat.
TOK TOK TOK! Ada orang ketuk pintu. Jam berapa ni? Sakitnya kepala aku. Aku tertidur di sofa semalam. Aku bangun perlahan-lahan lalu duduk sebentar. Beratnya kepala aku.
TOK TOK TOK TOK!!! Ketukkan semakin kencang. Siapa yang tak reti sabar ni? Aku berdiri kemudian aku nampak seluruh rumah itu berpusing-pusing. Gelap.
Aku dengar suara bercakap-cakap tapi tak jelas. Aku membuka mata perlahan-lahan.
"Wey... Zee dah bangun."
Kawan-kawan aku. Mereka semua ada di sini. May menghulurkan aku segelas air masak. Aku teguk perlahan-lahan selepas kepalaku diangkat sedikit oleh Kesha.
"What happened guys?" soalku selepas selesai membasahkan tekak.
"Kau pengsan. Demam panas. Dah 3 hari kau tak sedarkan diri. Nasib baik kami datang melawat hari tu," Kesha meletakkan tapak tangannya ke dahiku, "Demam kau dah reda sikit. Nasib baik." sambungnya lagi.
"Sorry guys. Aku dah buat korang risau." Aku rasa sebak. Rasa nak nangis.
"Zee, please take good care of yourself." sampuk Theresa. Dia juga risau setelah aku tidak datang kerja 3 hari berturut-turut selepas kematian Tirah. Theresa memiliki kunci salinan untuk apartment yang aku duduk. Selepas mendengar bunyi benda jatuh tempoh hari, dia terus menggunakan kunci itu untuk membuka pintu. Nasib baik Theresa ada bersama.
"Yes.. Sure. Sorry.." Aku mengesat air mata. I'm not alone. I have my friends.
"It's okay.. Kami pun rindukan Tirah. Kami faham, Zee. Aku yakin Tirah taknak nampak kau sedih macam ni. Jangan seksa diri kau." Kesha cuba menenangkan aku. Dia peluk aku erat-erat.
"Thank you, guys. I don't know if I can go through this without you all."
"We're here for you, Zee." May juga turut memelukku.
"Btw, Fiona and Shane mana?"
"Diorang dah bahagia sekarang. Haha.." balas Kesha.
"Bahagia?"
"Dia ikut Shane tinggal kat Krabi. Diorang ada buka cafe kat sana."
"Wow! Fiona.. Hahahaha.. Hari tu kemain taknak kat Shane." aku ketawa besar mendengar berita itu. Patutlah mereka senyap je sejak habis belajar. I'm happy for her.
"Yea lor. Hahaha.. Well, kita hanya mampu merancang, kan?"
Aku diam. Yea, kita hanya mampu merancang. What's next? I have to rearrange my plan since my biggest plan dah tak boleh jalan. Aku mengeluh.
"Zee.." tegur Theresa.
"Ya? Sorry.. Aku-"
"Take a week off. Find yourself back. OK?"
Aku hairan. Oh yalah! Theresa kan boss aku. Aku betul-betul dah lost sejak kematian Tirah. A week off? What should I do? Aku tak boleh nak duduk lama dalam rumah tu lagi. Hmmm.. Maybe it's time to visit my family. Aku tak ingat bila kali terakhir aku balik kampung tanya khabar orang rumah. Selalu on the phone je. Tiba-tiba aku rasa rindu nak balik. This is it. New plan.
YOU ARE READING
Bengkok
Romantizm"Iya, aku bengkok. Kenapa? Aku pun tak tahu. Sejak aku mengenal erti cinta, hati aku terpaut pada seorang insan bergelar perempuan." Ini adalah kisah perjalanan hidup Zee, seorang tomboy, di dalam dunia LGBT. Tidak semua orang dilahirkan dengan nalu...