BAB 5

11.3K 34 3
                                    


"APA kita nak buat, bang?" Norita semakin resah apabila Borhan masih lagi duduk termenung di ruang sofa. Sejak peristiwa pagi tadi, itulah sikap suaminya. Bermenung sahaja sehingga mengendalakan semua kerja.

Raina juga sejak tadi, telah menguncikan dirinya di dalam bilik.

"Saya malu bang, tak tahu mana nak letak muka ni. Entah-entah dah kecoh fasal Raina." keluh Norita, walaupun Haji Meon sendiri mengakui tidak mahu kecohkan perkara itu, mana tahu ada mulut yang membocor cerita. Mulut manusia, bukan mulut tempayan.

"Kita kahwinkan aje la." Borhan berkata dalam renungan jauh. Seolah-olah dia masih hilang dari dunia nyata.

"Takkan Haji Meon nak lagi bang, anak awak tu dah....." Tak mampu Norita nak menghabiskan ayat itu. Luluh hati ibunya.

"Bukan dengan Meon. Dengan Farel," balas Borhan perlahan. Jauh di sudut hatinya dia kecewa. Itu yang mahu dijauhi, itu juga yang datang. Hendak lari dari mulut buaya tapi ke mulut harimau perginya.

"Tapi abang kan tak su..."

"Pedulikan apa yang abang cakap sebelum ni. Yang penting maruah kita ni," potong Borhan sebelum sempat isterinya menghabiskan kata-kata.

Norita hanya mengangguk lemah.

"Awak pergi bagitahu dia, nanti saya jumpa dengan budak lelaki tu, kita nikahkan diaorang." Borhan merasakan dia sudah tidak mampu hendak memandang wajah Raina. Setiap kali diulang tayang kata-kata Raina, terasa hatinya pedih.

Sementara itu di dalam bilik, Raina duduk menyandar di kepala katil sambil memeluk lutut. Dia sudah terlanjur mereka cerita dan sekarang dapat dilihat kekecewaan yang sedang melanda abah dan ibunya.

"Abah, ibu, maafkan Rai." Jauh di sudut hatinya, dia berasa sebak juga. Kerana kelancangan mulut dan pendek akalnya, kini dia sudah tidak boleh berpatah balik lagi. Mana mungkin berita yang tersebar itu akan dapat ditarik kembali.

Larut dalam perasaan sendiri, tiba-tiba ibunya masuk tanpa mengetuk pintu terlebih dahulu. Norita tanpa suara terus duduk di birai katil Raina. Raina pula takut mahu memandang wajah sugul ibunya. Melihat ke wajah ibu yang sedih buat dia rasa bersalah yang sangat.

"Abah akan nikahkan kamu berdua. Esok pagi-pagi abah ke sana, jumpa keluarga dia," kata Norita pendek dan tanpa menunggu jawapan Raina, dia terus bangkit dan meninggalkan anak gadisnya itu.

Raina terpempan. Bibir pun bergerak-gerak namun satu patah perkataan pun tidak terkeluar dari mulutnya. Hanya air matanya yang mengalir perlahan-lahan melihat belakang badan Norita yang meninggalkan biliknya.

Ibu! Rai tipu... Rai reka semua cerita tu bu... Namun kata-kata Raina hanya dijerit kuat dalam hati. Betullah kata orang, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

Raina terus merenung pintu. Dia tidak menyangka perbuatannya akan membawanya lebih jauh daripada rancangan asal. Sangkanya, dia hanya dihalau keluar dari rumah saja. Abah tak suka Farel. Jadi, tentulah dia boleh melarikan diri bersama Aznor nanti.

Raina bangun dari katil. Meratapi apa yang sudah terjadi tidak berguna lagi. Sekarang masalah baru yang harus dia fikir.

Ke hulu hilir dia di sekitar bilik. Mahukah Farel mengahwininya kalau sebenarnya semua itu tidak berlaku? Apa reaksi Farel nanti apabila abahnya membuka cerita rekaannya? Arghhhh... Serabut kepalanya ini berfikir.

Nak mengelak kahwin dengan duda tua, tapi kena kahwin dengan penjenayah pulak! Bentaknya dalam hati.

TERGESA-GESA Juwita membuka pintu hadapan apabila terdengar suara orang lelaki memberi salam.

Kerana Aku Isteri BidaanWhere stories live. Discover now