TERKEDU saat matanya dan mata perempuan itu bertemu. Farel yang tidak menjangka pertemuan itu hanya memaku pandangan ke wajah cantik itu. Seksi! Itulah tanggapan pertama apabila matanya menjamah seluruh tubuh wanita itu.
Dengan gaun pendek separas paha yang ketat membalut tubuh, rambut panjang mencecah dada yang dikerinting kasar dan kasut jenis wedges merah garang yang menangkap pandangannya, penampilan Raina nampak berbeza ketika ini. Ternyata jarak hampir dua tahun tidak bertemu mampu merubah Raina menjadi seperti itu. Sungguh tak disangka!
"Rel, kenalkan teman aku setiap malam minggu atau kalau aku rasa tension sangat dengan kerja... Miss Raina Badrina." Lelaki bernama Emad Al-Faheed itu memperkenalkan seraya menarik tangan Raina untuk duduk di sebelahnya.
Setelah lebih setahun dia bekerja dengan Farel, panggilan mereka juga sudah berubah. Farel tidak benarkan mereka terlalu formal. Tambahan lagi, mereka kerap keluar makan bersama dan telah menjadi rapat sepanjang waktu itu.
Raina hanya berlagak selamba dan menghulurkan tangan gaya menggoda ke arah Farel. Senyuman manis dilempar ke wajah Farel yang bersih, jauh lebih kacak daripada potret yang dipahat kemas dalam kepalanya.
"Farel," sambut Farel dengan wajah yang turut diselambakan. Ikutkan hatinya, mahu dia meloncat dek terkejut beruk bertemu Raina dalam keadaan begitu tetapi dia tenangkan diri sebagaimana tenangnya Raina saat itu.
"Raina, Farel is my boss," terang Emad. Lelaki berketurunan Arab itu melingkar tangannya ke pinggang Raina seraya menarik tubuh itu supaya dekat padanya.
"Owh..." Hanya itu yang terluah dari bibir nipis Raina yang merah dioles gincu. Dia tersenyum menentang pandangan tajam Farel. Entahkan kerana terkejut bertemunya ataupun kagum dengan penampilannya.
Farel berlagak tenang walaupun dia terpana dengan tingkah Raina. Tidak segan silu diperlakukan begitu oleh lelaki yang dia kira bukan suami. Mustahil Emad suami Raina kerana tak mungkin suami isteri akan bertemu di tempat begitu. Tambahan lagi dia masih belum menceraikan Raina.
Hanya satu perkara sahaja berlegar di kepalanya, sama ada Raina GRO ataupun pelacur kelas atasan. Kerana bilik yang mereka tempah ini bukan bilik yang dikhaskan untuk pengunjung biasa. Bilik itu khas untuk VIP sahaja.
"You nak buat apa malam ni? Nak I teman minum aje atau nak nyanyi sekali?" soal Raina sambil mengalih pandangan kepada wajah Emad. Rimas dia melihat renungan Farel.
"You keluar dulu, boleh? Malam ni I nak minum-minum aje dengan kawan I ni. Kalau nak nyanyi nanti I panggil you." Emad berkata sambil menarik tangan Raina lalu dikucupnya. Bimbang Raina terasa hati dengan kata-katanya.
"Ala... Kenapa tak bagitahu awal-awal? Kalau tahu, tak ingin I masuk tahu..." rengek Raina manja.
"Sorry darling, I nak entertain virgin boy ni dulu." Emad berseloroh dalam rasa bersalah sambil menjeling Farel di sebelahnya.
"Okey honey, do call when you need me..." Raina bangun dan membetulkan skirt yang tadinya tertarik sedikit ke atas. Dia kemudian, meleret senyum manis kepada Farel sebelum berjalan menuju ke pintu.
"Enjoy your night virgin boy." Nakal nada Raina beserta jelingan menggoda.
Terangkat tinggi kening Farel dengan gelagat Raina yang seolah-olah cuba menggoda. Melonjak juga hati lelakinya dek tergoda!
"Raina darling, nanti ajak kawan you sorang. Buat teman Farel. Nanti I settle payment dengan Mama Deja."
"Okey honey." Raina kenyitkan matanya ke arah Emad yang sempat menyampaikan pesan.
Farel yang memerhati sudah meneguk air liur. Manjanya Raina!
YOU ARE READING
Kerana Aku Isteri Bidaan
General FictionKarya keempat Tulip Ungu ini berkisarkan mengenai Raina yang terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontr...