SEBAIK keluar dari bilik itu, Raina termenung panjang. Memang dia rasa nak gugur jantung melihat siapa yang Emad bawa bersama tadi. Setelah lama mengenali Emad, inilah pertama kali Emad bawa kawan. Kenapa?
Farel... Macam mana aku boleh jumpa dia di sini? Raina menyandar di dinding kelab yang agak tersembunyi. Air yang diminta di bar tadi, dipegang sambil dia sesekali menghirupnya, melepaskan rasa sesak di dada.
"Rai, Emad panggil kau masuk semula."
Raina menoleh pada Mama Deja yang menyapa. Di sisinya, Lily tersenyum.
Tentu Lily diminta menemankan Farel, bisik hati Raina.
"Kau pergi dengan Lily. Emad ada bawak kawan, kan?"
Raina angguk walaupun dia rasa tidak sanggup bertembung mata dengan Farel dalam situasinya yang begini. Raina tarik nafas seketika, sebelum mengajak Lily bersamanya.
"Hai..." Raina masuk dan terus duduk di sisi Emad semula. Manakala Lily di sisi Farel.
Farel memerhati dari ekor mata. Selamba sahaja Raina peluk pinggang Emad dan menyilang kakinya di sebelah Emad. Isterinya itu langsung tidak mengendahkan kehadirannya di situ, malah leka melayan Emad menyanyi dan minum.
Tidak dapat digambarkan betapa berapi perasaannya yang melihat. Terasa ingin mengheret tangan Raina supaya keluar dari situ sekarang juga. Ingin dia mohon penjelasan bagaimana Raina boleh berada di situ dan menjamu matanya dengan adegan gedik begitu. Namun demi Emad, dia sabarkan hatinya. Dia memang perlu bertemu empat mata dengan Raina tetapi masanya bukan sekarang.
"Hai darling, dari tadi you tenung air tu, bila nak minum?" tegur perempuan yang datang bersama Raina tadi. Dan teguran GRO itu membuatkan Raina yang sedang bergelak ketawa dengan Emad berpaling. Dan tika itu juga mata mereka bertembung.
"Agaknya air tu lagi seksi dari you tak, Lily." Raina ketawa halus sejurus menuturkan kata-kata itu, dijeling saja wajah Farel yang turut memandangnya tajam.
Emad ketawa besar.
"You jangan ketawakan bos I Rai, nanti dia marah, I hilang kerja tahu." Emad tambah berseloroh namun wajah Farel biasa-biasa saja. Langsung tidak beriak, marah mahupun lucu.
"Muka handsome takkan la kejam sampai nak pecat you dear."
"Whoo, you jangan puji lebih-lebih sayang, nanti dia jatuh cinta pada you, melepas I."
"Mengarut you ni." Raina tumbuk dada Emad dalam ketawa, membuatkan Emad menarik bahu Raina lebih mendekat.
Farel yang menyaksikan sudah rasa semacam, serasa tidak sabar hendak bangun dan cabut saja dari situ sambil menarik tangan Raina namun dengan kehadiran Emad, semua itu mustahil.
"Kalau lebih seksi daripada I, dah lama dia teguk air tu," sambung Lily dalam ketawa.
"You goda dia lebih sikit, baru dia nak tengok you. Macam baby I ni buat," tambah Emad.
Raina dan Lily ketawa halus dengan kata-kata Emad. Namun Farel masih selamba tanpa reaksi apa-apa. Riak wajah Farel yang sukar dibaca itu membuatkan Raina cepat sahaja mengambil air yang ditenung Farel lalu terus diteguk sehingga habis. Kemudian dia letak kembali gelas yang sudah kosong di hadapan lelaki itu.
"Daripada you tenung air tu, lagi baik tengok muka Lily tahu. Rugi dia bercantik-cantik untuk you tapi you tak pandang," ujar Raina sambil memandang wajah Farel yang sudah menjeling dek tindakannya tadi.
"Betul tu." Lily memainkan jari jemarinya di lengan Farel. Entah kenapa sejak tadi lelaki di sebelahnya ini seperti kayu.
Farel dan Raina bertentang mata, namun Farel akhirnya mengalah. Dia pantas berpaling pada gadis yang sudah menyendengkan kepala ke bahunya dan perempuan itu menjelingnya manja. Tergerak di hatinya hendak membalas perbuatan yang sama kepada Raina.
YOU ARE READING
Kerana Aku Isteri Bidaan
Ficción GeneralKarya keempat Tulip Ungu ini berkisarkan mengenai Raina yang terperangkap dalam dunia GRO gara-gara percaya dengan janji kekasih hati yang membawanya lari dari dunia kampung dan dunia Farel. Hari pertama bertugas, dia bertemu Emad dan mengikat kontr...