BAB 17

9.8K 19 0
                                    


Raina menyelinap perlahan-lahan apabila tidak ternampak kelibat sesiapa di muka pintu. Kepalanya tertoleh ke kiri dan kanan sewaktu menjengah keluar bilik. Keluar sahaja dari pintu, dia terus berlari melintasi beberapa bilik yang tertutup rapat. Lega apabila tiada yang mengekori langkahnya namun Raina tidak tahu hendak menuju ke mana.

Tiba di hujung susunan bilik-bilik, langkahnya terhenti. Di hadapannya kini terdapat dua jalan, satu ke kiri dan satu ke kanan. Dia buntu.

"Mana satu ni?" soalnya kepada diri sendiri kerana kedua-dua arah nampak sama sahaja. Oleh kerana dia tiada masa hendak berfikir, Raina terjah ke arah sebelah kanan, namun lariannya mati tiba-tiba apabila di hadapannya kini terdapat beberapa orang bodyguard tegap yang sedang berkumpul dan bersembang sesama sendiri.

"Hoi!"

Sebelum sempat dia berpaling, kehadirannya telah disedari. Namun Raina nekad, dia berpusing dan angkat langkah seribu tetapi saat dia panik hendak menyelamatkan diri, tubuhnya terlanggar kuat dengan satu tubuh tegap.

"Tangkap dia!"

Suara dari belakangnya membuatkan Raina bertambah panik. Dia cuba menolak tubuh itu namun tiba-tiba lengannya dicengkam kuat. Raina angkat wajah dan terlihat wajah bengis lelaki yang dilanggarnya tadi. Dengan kepala botak dan body shirt hitam membalut tubuh, tiba-tiba dia berasa gerun.

"Kau cuba nak lari ya?" soal lelaki itu.

Raina cuak, sekali lagi dia tolak tubuh lelaki sasa itu namun sedikit pun tidak mendatangkan kesan apa-apa.

"Kau ni memang tak serik kan?" soal lelaki yang tadi mengejarnya dari belakang. Teringat yang gadis inilah yang pernah cuba melarikan diri ketika kali pertama dibawa ke kelab ini.

"Bro, macam biasa," kata lelaki itu kepada sahabatnya yang masih kemas memegang Raina.

Tubuh Raina kemudiannya diheret menuju ke sebuah bilik. Raina yang sudah tahu dia akan dibawa ke mana terus meronta kuat namun sia-sia. Masuk sahaja dalam bilik itu, terus tubuhnya dihempas ke lantai. Dan lelaki itu menutup pintu di belakangnya.

Raina yang belum beputus asa bingkas bangkit dan berlari ke pintu namun tangannya ditarik kasar.

"Lepaslah!" Raina meronta lagi namun sepantas itu juga pipinya ditampar.

"Kurang ajar kau! Berani tampar aku!"

Sekelip mata, Raina ditampar lagi. Terus dia terduduk di lantai. Berpinar-pinar matanya, rasa hendak pitam. Memang lagi sakit daripada tamparan pertama tadi.

"Kau nak lari ke mana, hah?" soal salah seorang daripada bodyguard, tajam matanya menikam wajah Raina. Memang mereka diberi arahan untuk menjaga gadis-gadis di sini. Andai ada yang terlepas, mereka akan dipertanggungjawabkan untuk 'mengajar' asalkan tidak mati sahaja. Dan cubaan Raina hendak melarikan diri memang membuatkan mereka naik angin.

Raina tentang berani mata kedua-duanya. Mencari akal hendak melepaskan diri sekali lagi namun dia tahu tiada jalan keluar kerana satu-satunya pintu yang ada sudah dikepung tubuh gagah.

"Yang ini betul-betul liar," komen salah seorang daripada mereka sambil tergelak kuat.

"Dan yang degil macam ni kena ajar lebih sikit," sambut yang seorang lagi sambil memegang kedua-dua tangan Raina dan dikilas ke belakang. Membuatkan Raina terjerit sakit.

"Lepaslah!"

"Buk!" Perut Raina ditumbuk sehingga menyebabkan tubuhnya bergerak sekali. Mata Raina terasa berpinar namun dia tentang berani mata lelaki yang menamparnya.

Kerana Aku Isteri BidaanWhere stories live. Discover now