BAB 8

10.6K 25 0
                                    


"Apa yang dia nak?" soal Farel sebaik dia duduk di sofa. Dia masih ingat lagi nombor plat kereta yang pernah sekali bertandang ke kampung itu dulu. Kebetulan semasa di simpang masuk ke rumahnya tadi, dia bertembung lagi dengan kereta bercermin gelap itu. Walau tidak nampak pemandunya namun dia yakin siapa pemiliknya. Mana mungkin dia lupa hari saat emaknya membongkar segala cerita. Ketika itu dia berusia 10 tahun. Itu pun sebab dia mendesak kerana nama bapanya sering menjadi pertikaian kawan-kawan sekolah.

"Dia cari Rel tapi mak bagitahu Rel masih kat kebun, lambat balik."

"Ada dia cakap apa-apa?"

"Dia bagi mak ni. Dia suruh bagi pada Rel." Juwita hulurkan sekeping kad kepada Farel.

Walau keberatan, Farel sambut jua. Ditelek kad yang berada di tangan. Tertera satu nama dan nombor di atas kad, nama yang tidak asing namun empunya nama cukup asing kepadanya.

"Mak rasa dia nak Rel telefon dia," beritahu Juwita. Tetamu yang datang tidak menunggu lama selepas diberitahu Farel tiada di rumah.

"Telefon buat apa!" rengus Farel lalu meletakkan kad nama itu di atas meja di hadapannya.

"Dia tak sihat Rel." Juwita kendurkan suaranya. Hatinya turut diruntun sayu apabila teringatkan tetamunya tadi.

"Doktor kan ada, lelaki kaya macam dia, takkan tak mampu nak bayar doktor." Sinis nada Farel membalas kata-kata Juwita.

"Dia bukan sakit biasa, dia sakit teruk."

"Hah! Dah sakit baru pandai nak cari semula. Dulu dia yang buang, takkan sekarang nak jilat balik ludah dia."

"Rel..." Juwita yang tidak suka dengan nada Farel menegur. Dia memang tidak mendidik Farel begitu.

"Mungkin dah tiba masanya Rel maafkan dia."

"Entahlah mak, Rel malas nak fikir." Farel terus bangun dan meninggalkan Juwita. Pening kisah dengan Raina pun belum habis lagi. Borhan asyik ada saja di mana-mana. Mungkin mengendapnya supaya tidak lari sehinggalah majlis selesai nanti. Rimas betul dia.

Juwita hanya menggeleng-gelengkan kepalanya.

BORHAN pandang Raina yang tunduk di hadapannya. Ikut hati memang seminggu yang lepas, mati dia kerjakan Raina. Tetapi menyedari mengajar anak yang sudah 'tua' seperti Raina bukan dengan cara itu, cara inilah yang difikir terbaik sekali. Nikahkan Raina!

"Semuanya abah dah bincangkan dengan Farel. Nanti dah buat semua persiapan, kau nikah dengan dia," beritahu Borhan ketika semuanya ada di ruang tamu rumah.

Raina tidak mampu membalas kata-kata abahnya. Dia hanya diam mendengar. Bersetuju ataupun tidak semuanya sudah dirancang. Dan dia sebenarnya hairan bagaimana dengan mudahnya Farel bersetuju mengahwininya. Tidakkah lelaki itu menafikan tuduhan abahnya?

"Farel setuju?"

"Kau rasa?" Soalan dijawab dengan soalan. Malas Borhan hendak bersoal jawab dengan Raina. Kalau dah buat, tentulah bertanggungjawab. Soalan seperti itupun masih mahu ditanya. Apa yang berlaku sudah cukup memeningkan kepala. Tiada apa yang dia harapkan melainkan semuanya segera selesai.

Raina terdiam mendengarkan balasan kata abahnya. Tahulah dia bahawa Farel tidak menentang.

Macam mana dia boleh terima aku? Raina tidak puas hati.

Hesy mamat ni pun satu. Bodoh sangat sampai tak bantah, jangan-jangan dia saja nak kenakan aku kut. Mana tahu nak lari hari kahwin nanti. Aku mesti jumpa dia, bisik Raina sendiri. Tidak dapat mengelak dari berfikir yang bukan-bukan.

Kerana Aku Isteri BidaanWhere stories live. Discover now