Pintu pejabat diketuk. "Tuan, hari ni tuan kena interview..." kata-kata cik Suha, PA Tuan Ammaruddin terhenti apabila tuan Ammaruddin mengangkat tangannya.
"Panggil dia masuk. Saya ada meeting dengan client pukul 2 nanti". Arah tuan ammaruddin sambil memandang jam tangannya. Suha terus ke depan dan memanggil shima.
"Selamat pagi Tuan.", kata shima
"Pagi. Cik Qaisara Insyirah kan?" Soal tuan ammaruddin dengan pantas. Seperti mengejar sesuatu. Seboleh-bolehnya mahu memotong percakapan orang.
"Emm, salah tuan. Nama saya Nur Shima Iwani. Qaisara tu adik saya. Memang dia ada minta untuk kerja dekat sini. Tapi dah cancel . "
"Baiklah cik shima. Silakan duduk. Kita mulakan temu bual kita." Kata Tuan Ammaruddin.
****
"So, how was your day? Berapa banyak kedai kau pergi tengok? Dah beli apa-apa untuk relaxing spa kau tu?", soal eddy kepada Qaisara."Tanya satu- satu boleh tak? Ish, Serabut la ed. Kedai tu mahal tapi kecil. Yang dekat area aroma tu besar tapi tempat tak strategik.", bebel qaisara. Hampir satu kawasan berdekatan perumahannya dia merantau. Habis minyak kereta sebab mencari kedai sahaja.
"Kau ikut aku pergi ofis. Mana tahu kawasan situ ada kedai yang ok? Waktu rehat aku pun dah nak habis ni. Cepat habiskan makanan kau ." Eddy menolak pinggan Qaisara dengan kasar. Mana eddy tak marah, Sejak mereka sampai lagi qaisara tak lekang mata dengan telefon bimbitnya.
"Aku bungkus je kot. Kenyang pula. Hehe", kata qaisara sambil tersengeh. Telefon bimbitnya diletakkan diatas meja. kemudian memanggil pelayan untuk membungkuskan makanan
"Ingatkan dah tak reti nak letak handphone. Tunggu aku dekat sini, aku pergi bayar jap", kata eddy.
"Sesaknya jalan ni. Betul ke jalan yang ed bawa aku ni? Ish. ", qaisara membebel seorang diri lagi. Sudah kali keberapa Qaisara menekan brek keretanya.
"Kau boleh uruskan sendirikan? Aku masuk pejabat dulu tau. Jaga diri. Hati-hati. Kau adik aku. Kau sepupu aku.", kata eddy sambil menggosok kepala qaisara seperti biasa. Setiap kali eddy mahu ke mana-mana, pasti ayat tersebut menjadi ayat rutinnya.
"Iye, kaulah abang aku. Kaulah sepupu aku. Buat kerja elok-elok. Jangan kena buang pula. Hahaha", mulut qaisara terus ditekup.
"Mulut kau jangan celupar!," marah eddy dengan nada perlahan. Qaisara menolak tangan eddy dari mulutnya. "Busuklah! Pergi masuk pejabat sana!"
Qaisara meneruskan misi mencari kedainya. "Aku bukannya memilih, tapi ni untuk mencapai cita-cita dan impian aku. Haih", qaisara bercakap sorang-sorang tak berhenti. Suka sangat cakap dengan diri sendiri kuat-kuat sampai orang lalu lalang rasa takut.
"Ed, aku dapat kerja dekat bawah apartment encik tengku zafran asyraf. Mesti orang tua juga kan? Dah la tadi aku interview dengan orang tua. Tuan apa entah nama dia. Nasib baik aku diterima masuk sini. Mungkin sebab aku cantik kot." Shima menghantar mesej tersebut kepada eddy dengan bangga.
"Kau jangan macam-macam. Tuan tu terima kau dah kira cukup baik lah tu. Lagi satu, Encik tengku zafran tu tegas tau. Mesti kau masuk esok. Do your best on your firstday. 😊" balas eddy. Nak menyampah, adik beradik susuan sendiri. Terima sajalah kekurangan dia.
Qaisara memicit kakinya yang terseliuh. "Aduh, satu kedai tak jumpa lagi. Masalah pula datang. Balik je lah.," kata qaisara pasrah. Sedang Qaisara melangkah terinjut-injut, tiba-tiba dia terpijak satu kertas.
'FOR SALE / RENT'
"Wahh! Macam ada hikmah pula sakit kaki ni. Sekejap, kedai ni yang...", qaisara nencari-cari kedai yang tertampal kertas yang sama. Dah serupa zirafah lehernya.
Qaisara melihat kertas tersebut dan baner yang digantung pada satu kedai yang besar dihadapannya berulang kali. "Subhanallah rezeki. Simpan lah dulu. Balik ni call."
"Ya Allah Qaisara! Kenapa dengan kaki kamu ni?" ,soal mama risau. Mama meletakkan barangnya di atas meja lalu mendapatkan qaisara di halaman rumah.
Qaisara mengangkat kasut tumit tingginya yang patah sambil tersengeh. Mama faham maksud qaisara. "Sengeh sajelah kerja kamu!," Marah mama sambil menggelengkan kepala.
Minyak angin disapu pada kaki. Mama yang baru masuk ke dalam bilik terus mencapai kaki qaisara dan mengurutnya.
Qaisara menahan sakit. Tangan digenggam, mata dipejam rapat-rapat. "Argh, mama. Sakit. perlahan la sikit." Kata qaisara tersekat-sekat. Lama kelamaan, mata semakin layu. Urutan pada kaki dah tak sesakit tadi.
"Shima, kamu tolong belikan makanan untuk malam ni boleh? Papa balik lambat. Qaisara pula tak sihat sikit. Kamu tolong ye?" Pinta mama melalui mesej. Mama memandang sayu kearah qaisara yang kepenatan. Dah la pergi mencari kedai sendiri. Balik-balik, sakit kaki.
Seingat puan marsya, dia sudahpun menyuruh qaisara menukar kasutnya pagi tadi. Nak marah pun, benda dah jadi.
Puan marsya terus bangun dan pergi ke ruang tamu untuk menyambung kerjanya yang tergendala.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomanceSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...