BAB 14

7.2K 252 2
                                    

Hari ni zafran macam tak boleh buat kerja. Kepalanya kusut. Macam-macam yang dia fikir. Sekejap terbayang tentang mamanya. Sekejap terbayangkan qaisara.

"Ish. Tak kan sampai terbau perfume qaisara? Aduh. Melampau ni", zafran menutup failnya. Rambutnya ditolak kebelakang.

"Welcome back to office boss!", sergah suha. Entah bila dia masuk dalam pejabat zafran.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu?!", muka zafran kelihatan tegang.

"Maaf boss. Tapi saya dah ketuk pintu tadi. Saya siap bagi salam lagi. Boss tak jawap apa-apa pun. Maafkan saya.", cik suha meminta maaf banyak kali. Bossnya nampak sangat terkejut tadi.

"Tak apa. Haihh.. eh, awak nak apa? Saya ada meeting ke hari ni?", soal zafran. Dia mengeluh. Termenung lama sangat kot.

"Meeting tak ada. Tapi puan kata nak jumpa boss hari ni. Dia datang tengah hari nanti. Dia cakap jangan lari. Lunch dengan dia hari ni.", cik suha menerangkan jadualnya. Zafran mengangguk sambil menolak rambutnya yang kusut sekusut fikirannya.

"Encik ada masalah ke? Bukan encik baru balik dari bercuti?", soal cik suha prihatin.

"Tak ada apa. Cuma.. em. Awak pakai perfume apa ye?",

Muka cik suha merah padam. "Aku buat dia tergoda ke kali ni? Yess!", cik suha menjerit keriangan dalam hati.

"Eh. Apa boss ni. Hari ni saya nampak lain ke?",

"No. I mean, saya macam pernah bau perfume ni sebelum ni. ", cik suha tertunduk malu. Gagal lagi nak pikat hati boss dia ni!

"Saya beli perfume ni dekat spa yang baru buka tu. Bau dia wangi dan tahan lama. Murah pula tu. Katanya tuan spa tu buat sendiri.", terang cik suha. Harapan dia musnah lagi.

Zafran mengangguk kan kepalanya. Dia terus menyelak langsir untuk melihat spa yang selalu menjadi buah mulut orang.

Cik suha keluar dari pejabat zafran. Perasaan sakit hati perlahan-lahan dibuang.

Eddy mengetuk meja zafran. Kali ni ketukan eddy pula tak dilayan. Betul- betul dah gila boss ni! Lepas suha, eddy pula!

"Dahla tenung spa adik aku tu.", eddy menolak badan zafran sampai terjatuh dari kerusi.

"Spa adik kau?! Biar betul? Bila dia ada spa? Eh. Bila kau masuk ni?", soal zafran cemas.

"Rilekslah bro. Kau ni agak-agak lah. Aku dah lama ketuk pintu. Meja pun dah ketuk kot. Tu la, tenung spa 'adik' aku tu lama sangat." sengaja perkataan adik ditekan.

Zafran menunduk malu.

"Semakin wangi suha sekarangkan?", Eddy menukar topik.

"Ha'a. Dia kata dia pakai perfume yang spa yang baru buka tu jual.",

"Patutlah. Macam bau qaisara", eddy tersengih melihat muka zafran.

"Tu kedai dia ke? Dia boss eh?",

"Yupp. Dia boss. Dia yang buat perfume tu.", eddy menyelak langsir pejabat zafran. Zafran hanya mendiam kan diri.

"Aku ingatkan dia tak nak jual.",kata eddy.

"Kenapa dia buat perfume? Pakai je la minyak wangi kat luar sana. Banyak jenama ada.", soal zafran

"Adik aku tu ada masalah sikit. Dia tak boleh pakai perfume sesuka hati. Nanti mula la mabuk. Dia pernah asthma sebab terbau perfuma shima. Mungkin sebab alkohol kuat kot.", terang eddy. Zafran mendengar dengan fokus. Senyumannya melebar. Satu lagi perkara tentang qaisara yang dia tahu.

"Apa yang rancak sangat? Zafran! You owe me an explaination. Dengar sini ye. Mama tak nak kamu ada apa-apa hubungan dengan mana-mana owner spa dekat belakang atau depan syarikat kamu. Melainkan.... budak tu anak dato. Faham?! Give me 2 hour. Mama nak pergi buat facial sekejap.", mama zafran bercakap tanpa henti. Langsung tak bagi zafran menjawap.

Mereka berdua tercengang. Dah la tiba-tiba muncul.

"Yang ni. Aku tak boleh tolong.", eddy megangkat kedua-dua belah tangannya tanda mengaku kalah. Zafran mengeluh.

Selepas 10 minit mama zafran meninggalkan pejabat zafran. Dia menyelak langsir. Mamanya masuk ke dalam spa qaisara. 'Selamat berkenalan dengan buah hati fran.', zafran bermonolog.

"Kak qai. Saya takut la nak handle seorang costumer ni. Dia macam datin. Saya takut nanti kalau ada tersalah buat ke. Habis spa akak.", seorang pekerja qaisara mengadu pada qaisara tentang mama zafran yang baru masuk.

"Tak pa. Awak masih baru lagi. Biar saya yang handle dia. Awak jaga kaunter ye?", jawap qaisara mesra. Dia faham tentang pekerja-pekerjanya. Kalau ada yang berpangkat sahaja, mesti dia akan mengambil alih.

"Puan, saya cik qaisara. owner kedai ni. Pekerja saya tadi terpaksa minta diri. kita mulakan facial ye?", qaisara memperkenalkan dirinya sebelum memulakan rawatan. Memang itu peraturan dispanya.

(Kenalkan diri pada pelanggan sebelum lakukan apa-apa) peraturan yang ke 20 daripada 100.

Mama zafran hanya akur. Sepanjang rawatan dia hanya diam tak bersuara. Qaisara mula risau. Takut kalau pelanggan nya ada menyimpan sesuatu dalam hati. Biasanya pelanggan akan bercakap dengan jurukecantikan.

Habis rawatan, qaisara memberi nasihat penjagaan muka pada mama zafran.

"Saya nak ingatkan sesuatu pada awak. Dekat sini ramai usahawan muda yang belum berkahwin. Ramai juga yang menggoda anak saya. Anak saya tu ceo keempat syarikat depan spa awak. Jadi, jangan berharap untuk dapatkan anak saya. Terima kasih untuk rawatan dan nasihat tadi. Ingat ya? Saya minta diri dulu.", mama zafran ambil kesempatan yang ada untuk memberi peringatan pada qaisara.

Qaisara ketawa perlahan. "Macam-macam perangai orang zaman sekarang",

*****
"What?!! kenapa mama buat macam tu? Malulah fran.", zafran terkejut dengan pemberitahuan mamanya tentang perbualan dengan pekerja yang bernama qaisara dispa tadi.

"Mama buat untuk kebaikkan kamu. Dia tu bukan anak dato. Haa cakap pasak anak dato. Where did you go last week? Kamu malukan mama depan dato tu! Kamu menghilang entah kemana. Bla bla bla.", mama zafran membebel panjang.

"Papakan dah bagitahu mama. Fran outstasionlah. Alang-alang tu..",

"Alang-alang apa?! Alang-alang tu kamu boleh pergi panjat gunung?! Kamu ingat mama tak tahu? Kamu bawa balik perempuan ke kampung kan?!", mama zafran memotong. Zafran hanya mampu mendengar.

"Macam nilah. Hujung bulan ni. Mama nak kamu kahwin dengan anak dato tu. Kamu tahu tak mama malu dengan keluarga dia? Malu sangat.", rintih mama zafran. Zafran menunduk ke lantai.

Hujung minggu tu, zafran berjumpa dengan anak dato yang mama maksudkan. Mereka makan bersama-sama.

'Uwekkk' anak dato tadi tiba-tiba muntah. Zafran terkejut. Dia bertambah terkejut bila perempuan tu pengsan!

"Encik. Tahniah! Puan disahkan mengandung 2 minggu.", kata doktor yang merawat. Zafran terkejut. Dia berterima kasih pada doktor.

Tanpa berfikir panjang. Zafran terus balik tinggalkan anak dato tadi.

"Patutla nak kahwin dengan aku cepat sangat! Dah ada anak dalam perut rupanya! Bodoh!", zafran memukul stereng keretanya. Dia membatalkan pernikahan. Mamanya juga terkejut.

Sekarang, Misi zafran memikat hati missQ bermula!

MAHALNYA CINTAWhere stories live. Discover now