Qayyum di bawa masuk ke dalam rumah dahulu. Qaisara pula dibiarkan duduk memeluk kaki tanpa suara di tempat duduk belakang. "Q tunggu sini ye, babah kena uruskan umi.", qayyum diletakkan kedalam katil bayi didalam bilik.
'Klik'
"Lepaslah. Orang boleh jalan sendiri.", qaisara berjalan dengan terhuyung-hayang. Kemudian terduduk atas lantai.
"Dah pukul 6.30 ni. Hey. Pandang bie, sayang", muka qaisara ditarik kemukanya. Badan zafran terus ditolak kebelakang.
Tanpa berlengah, zafran mendukung qaisara masuk kedalam rumah. Qaisara masih meracau macam depan spa tadi. Lepas kunci pintu, qaisara didukung semula ke dalam bilik.
"Turunkan ara laaaaaa!", boleh pecah gegendang telinga zafran. Qaisara dibawa kedalam tandas dan diletak keatas lantai yang masih kering.
Qaisara beriak seperti terkejut dan takut. Dia berundur kebekalang hingga ke dinding. "Bie nak buat apa ni?", soal qaisara dalam terketar-ketar. Zafran menggelengkan kepala. Dia mengeluh perlahan.
Jari qaisara diteliti satu persatu. "Kuku panjang sikit ni.", pengetip kuku diambil. Kuku qaisara dipotong dengan berhati-hati. Qaisara pula hanya memerhati dengan takut. Macam tak kenal siapa zafran yang ada depan dia.
"Nak mandi ke? Dah senja ni. Nasib baik bie sempat solat asar tadi. Kita mandi la sekejap. Bie ambil tuala sekejap.", qaisara dimasukkan kedalam bath up kemudian air dipasang. Selesai mandi, zafran membantu qaisara mengambil wudhu'.
Qaisara solat mengikut gerak geri zafran dari belakang. Macam tak pernah solat. Yang ni betul-betul buat zafran pelik.
"Sayang nak pergi mana? Duduk sebelah bie ni.", arah zafran. Qaisara meneruskan langkah keluar bilik.
"Bie cakap apa?", tangan qaisara ditarik. Entah kenapa hari ni semua nak kena dipaksa.
"Blah la!", marah qaisara. Zafran menarik qaisara kearah katil. Badan zafran tak berhenti dipukul.
'Pap!' Qaisara tertampar zafran. Zafran terus menolak qaisara kekatil dengan kuat sehingga qaisara terdiam dan tak bergerak kerana terkejut. Jantung qaisara berdegup laju.
Zafran mengelap pipinya yang ditampar tadi.
*****
Qaisara terjaga dari tidur. Belakang badan zafran yang penuh dengan luka seperti cakaran disentuh lembut."Emm. Auch. Auch.", kata zafran dalam keadaan mamai. Qaisara terus menarik tangannya. Kukunya diperhatikan. Pendek. "Bie potongkan ke?",
Qaisara bangun dari katil. Dia mencari qayyum. Baru dia teringat tentang anaknya. "Qayyum mana? Qayyum?",
"Shh.. Q ada dekat sebelah katil bie ni. Dia tidur.", jawap zafran. Matanya masih tertutup.
Qaisara pergi kearah katil bayi. Pipi qayyum dicium lembut. Kemudian qaisara mencium dahi zafran. "Luka tu sayang ke yang buat? Maafkan sayang. Sayang tak boleh kawal. Sayang nampak bie dalam keadaan kabur je semalam. ", qaisara berlari kedalam tandas.
Zafran terdengar esakan qaisara. Zafran memeluk badannya sendiri. "Dia tak tahu nak salahkan siapa.",
Zafran terbangun tepat pukul 6 seperti biasa. Qaisara dah tak ada disebelahnya. Dia terus turun dari katil.
Zafran membuka lampu. Barulah nampak qaisaea yang terbaring atas lantai dengan telekung.
"Sayang tunggu azan subuh ke? Tunggu bie mandi sekejap. Lepastu kita solat ye?", qaisara menganggukkan kepala sambil menggosok matanya.
"Maafkan sayang. Sayang tak dapat nak halang diri dari buat semua tu. Semalam lepas bie ambil qayyum terus sayang pening sayang nampak bie pun kabur je. Bie takut. Dalam tandas tu sayang nampak bie bawa parang.", qaisara menangis semasa meminta maaf pada zafran selepas solat.
"Ya Allah. Sayang jangan takut. Bie telefon semua datang sini esok ye? Sayang ok kan?", qaisara menganggukkan kepala.
"Ok. I love you. Insyaallah bie akan selalu ada dengan sayang. Bie tak kan curang. No body can replace you 😉", sempat lagi zafran mengenyitkan mata.
"Bie nak pergi kerja. Em, sayang nak pergi spa ke?",
"Ha'a nak pergi. Sebab sayang tak sempat inform dekat pekerja pun. Nanti susah pula.",
"Ok. Nanti nak masuk spa baca ayat qursi dulu. Bagi salam sekurang-kurangnya tiga orang. Oh ya. Ni, ambil al-mathurat.
"Ok. Bie pun sama.", qaisara pergi bersiap bersama qayyum ke spanya.
Sampai sahaja ke spa, qaisara membaca surah dan memberi salam seperti yang zafran suruh. Pekerjanya sempat bertanya tentang semalam. Tapi qaisara hanya mampu menjawap tak tahu. Mana dia nak tahu, dia sendiri tak dapat nak halang diri dari buat apa-apa.
*****
'Pang!' Pintu pejabat zafran dihempas kuat. Beg kelengkapan bayi yang tergolek dilantai dipandang lama. Baru zafran sedar dari apa yang berlaku."Haiqa! Apa semua ni?", zafran menolak haiqa ke tepi kemudian terus mengejar qaisara.
"Sayang. I can explain", rayu zafran pada qaisara yang berlari ke spa.
"Explain apa?! Bie dah peluk haiqa! Apa lagi yang bie nak? Kalau qayyum boleh bercakap, dia sendiri akan benci ayah dia.😫 ", pintu spa terus dikunci dari dalam. Zafran tak dapat menghalang.
"Ma, ara penat la. Lepas satu, satu jadi. Zafran tu masih tak boleh nak lupakan haiqa. ", qaisara mengadu pada puan marsya melalui whatssap. Lama dia tunggu, tapi satu pun tak ada jawapan.
"Elok la tu. Tak pe la. Asalkan umi ada Q.", tangan qayyum dicium.
*****
Balik dari spa, qaisara mengemas barangnya. Makin geram bila ada whatssap dalam telefon zafran menunjukkan ada pesanan. Dan pesanan tersebut daripada haiqa. Dari ayat pertama yang dia baca lagi dia dah dapat agak ayat tersebut akan menyakitkan hatinya."Zafran macam lambat lagi nak keluar. Barang dah siap. Hantar whatssap je la.",
"Bie, ara dengan qayyum keluar. Love you.", terus qaisara menghidupkan enjin kereta dan memandu ke.. kemana-mana je.
Qayyum diletakkan di tempat duduk sebelahnya. Tali pinggang keledar dipakaikan untuk keselamatan. Nasib baik qayyum tak banyak ragam malam ni. Kalau tak, mesti dia dah merayap satu kereta. Biasalah, budak baru dapat berjalan.
"Selama aku duduk sini. Tak pernah pula aku tahu ada perkampungan dekat sini. Tak ada lampu pula tu. Bahaya betul.", persekitaran jalan yang dia lalui diperhatikan dengan betul. Tapi memang dia tak tahu jalan apa yang dia dah masuk.
Kampung. Rumah usang. Jalan sempit. Gelap. Dan, depan tu curam! Wow, macam mana orang boleh tinggal dekat sini? Hutan tebal.
"Aku dah salah jalan ni.", qaisara membuat keputusan untuk berpatah balik. Takut-takut terjadi apa-apa pada qayyum.
"Mana aku masuk tadi? Q tahu tak umi lalu dekat mana tadi? Tak tahu? Alahai.", jam ditangan dikerling. 12 malam! Dah lama rupanya.
'Pon! Pon!'
"Allah!" Kereta qaisara termasuk ke dalam hutan tebal.
"Berhenti! Qayyum!", tangan kiri qaisara setia menahan qayyum supaya bersandar. Tangan kanan mengawal stereng, kakinya menekan brek dengan kuat.
YOU ARE READING
MAHALNYA CINTA
RomantiekSemua orang tahu betapa susahnya untuk diri ni nak move on. Bila nak move on, mulalah banyak masalah nak datang. Jadi, aku dah bosan dengan semua ni. Sekarang, aku nak tumpukan perhatian dekat cita-cita aku. Workaholic? No. Kahwin? Ada jodoh kahwin...